Sedingin embunan dedaun kehijauanSesegar ingatan kenangan kisah silamKita seiringan bersatu dan berjuangMeniti titian persahabatanKau hadir bawa cahayaTerangi hatiku temanSaling memerlukan dan mengharapkanTangis gembira di saat bahagiaMoga kan kekal menuju ke syurgaKerana tuhan kita ditemukanAndai terpisah itu ketentuanSengketa dan kesilapanItulah fitrahnya insanKata dan teguranItulah pedoman
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”Riwayat Al-TabraniHuraiani) Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.ii) Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.iii) Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya.
Sabda Rasulullah saw "Mahukah kamu, saya beritahukan sesuatu tentang yang apabila kamu kerjakan kamu akan saling menyayangi? Budayakanlah ucapan salam diantara kamu" (Muslim)
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan 2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan 3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Alangkah susah mendapat kawan bukan kenalan di zaman ini,berpunca dari hati yang rosak,kerana dunia memautnya. Alangkah susah mencari kawan, kebaikan kita disoroknya bahkan didengkinya pula, kejahatan dicanang merata. Salah yang sikit dibesarkan, yang besar apatah lagi. Alangkah sepi dunia ini walaupun hidup di tengah ramai. Kerana kawan tiada lagi, yang ada hanyalah di jalanan.
Untuk renungan semua,siapakah orang yang sibuk?Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah dia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.Siapakah orang yang manis senyumannya?Orang yang manis senyumannya adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata"Innalillahhi wa inna ilaihi rajiuun",lalu sambil berkata,"Ya Rabbi,aku redha dengan ketentuanMU ini",sambil mengukir senyuman.Siapakah orang yang kaya?Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.Siapakah orang yang miskin?Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk-numpukkan harta
Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya. Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qana’ah menyertainya. Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya. Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya. Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya.
Thursday, June 26, 2008
Posted by Allahyarham achit at 12:02 AM 0 comments
Wednesday, June 25, 2008
PERCAYA KEPADA ALLAH
Semua penganut agama sama ada agama Islam atau bukan Islam percaya kepada konsep keTuhanan. Di sinilah membezakan sama ada seseorang itu beragama Islam atau bukan ialah daripada segi bagaimana mereka mempercayai Tuhan mereka.Islam mengajarkan 3 perkara berikut untuk membolehkan seseorang itu mempercayai Allah mengikut landasan yang betul yang telah disyariatkan.1. Tauhid Rububiah.Ialah “yakin berserta keimanan yang teguh , kukuh dan mantap (istiqamah) tanpa berbelah bagi dan waswas bahawa hanya Allah sahaja Tuhan yang mencipta segala-galanya. Allah yang maha pencipta (tiada pencipta lain kecuali Dia). Dia adalah Tuhan pemilik segalanya, tiada sekutu dan tiada penolongNya dalam mencipta segalanya. Hanya Allah sahaja yang benar-benar Tuhan yang Maha berkuasa di atas segala apa sahaja ciptaannya, memiliki dan memerintah mengikut kehendakNya, dan tiada kuasa atau perintah yang mutlak selain kuasa dan perintah yang ada padaNya”. (Jumhur ulama)Secara mudah, konsep rububiah Allah ini boleh dijelaskan sebagai “Allah sahaja yang berkuasa dalam mencipta dan mentadbir alam semesta ini”. Berdasarkan konsep rububiah ini, contohnya, apabila kita memandu kereta yang dirahmati Allah serta selamat daripada kemalangan, ini adalah sebenarnya disebabkan oleh kehendak Allah yang menyelamatkan kita daripada kemalangan, kerana mungkin disebabkan kita tidak melakukan tegahan Allah yang tertentu dan kita melakukan suruhan Allah. Apabila seseorang itu mengalami kemalangan pula, ini berlaku adalah disebabkan rububiah Allah yang menghendaki pemandu tersebut kemalangan, mungkin kerana Allah hendak menjadikannya sebagai satu musibah yang akan menjadi satu ujian untuk memperbaiki individu tersebut (sekiranya individu tersebut ingin memperbaiki dirinya) dan ia juga adalah satu kafarah iaitu menjadi penebus dosa seperti yang dinyatakan Allah pada surah Asy Syura: 30 di bawah. Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.Namun seperti kebiasaan (kelaziman) bagi sunah Allah, apabila Allah menghendaki seseorang itu mengalami sesuatu kemalangan, ini dilaksanakan melalui sebagai contohnya ialah tayar meletup, brek putus, terlelap, terlalai atau melalui orang lain yang melanggar kenderaan anda.Dengan segala kekuasaanNya, Allah boleh menjadikan seseorang itu pandai bagi suatu tempoh, dan pada tempoh masa yang lain orang yang sama akan menjadi bodoh pula. Ini banyak berlaku di masa kini, di mana seorang anak yang sangat bijak dari umur 2 tahun hingga darjah 4 sekolah rendah. Oleh kerana ibu kanak-kanak ini sangat riak dengan suka menceritakan kehebatan anak beliau kepada orang ramai terutama rakan-rakannya, Allah dengan perlahan lahan dan cantik menjadikan anak tersebut semakin hari semakin bebal dan akhirnya pencapaian SPM kanak-kanak ini setakat pangkat 3 sahaja.Di dalam dunia ini Allah melalui sifat rububiahNya mencipta, menyusun dan mentadbir setiap sesuatu hatta urusan makanan bagi ulat di dalam batu. Allah menjadikan ramai pelajar lelaki Melayu Islam di UTM semakin lama semakin jauh daripada rahmat Allah iaitu merosot pencapaian akademik mereka sebagai balasan musibah untuk mengingatkan mereka dosa menonton video lucah. Allah menghendaki ramai pasangan suami isteri Islam dilanda berbagai masalah kronik sebagai balasan musibah di atas segala dosa yang telah dilakukan seperti suka menonton video dan bahan internet lucah, menggalakkan isteri membuka aurat, bersolek untuk orang ramai dan gemar melakukan berbagai maksiat lain seperti zina, berjudi dan minum arak.Apakah lawan tauhid rububiah? Lawan bagi tauhid rububiah ialah beriktikad adanya pelaku bersama-sama Allah dalam mengatur alam semesta, dalam mengadakan atau meniadakan sesuatu, menghidup atau mematikan, mendatangkan kebaikan atau menolak keburukan atau beriktikad adanya sesuatu yang menandingi Allah dalam kandungan nama-namaNya dan sifat-sifatNya seperti mengetahui perkara ghaib, pemilikan keagungan, kebesaran dan sebagainya.Daripada penerangan ini jelas hanya dengan mempercayai bergambar 3 orang boleh membawa kematian kepada salah seorang sudah cukup untuk menjadikan seseorang itu menjadi kafir musyrik. Mempercayai jika biawak melintas sewaktu ingin pergi ke sesuatu tempat bakal mendatangkan kecelakaan juga satu perkara syirik. Konsep rububiah Allah ini selari dengan apa yang selalu dizikirkan selepas sembahyang;“La hawla wa laa quwwata illa billahil ... adziem”Tidak ada daya kekuatan melainkan dari Allah (sahaja).Kuasa, daya atau kekuatan adalah mutlak milik Allah tetapi apabila kita menafikan hak Allah lalu mengatakan bahawa kuasa itu milik nasib, milik tangkal, milik minda bawah sedar, milik manusia, milik bomoh, milik pengasih, milik pendinding, milik pelaris, milik wali yang sudah meninggal maka kita telah meletakkan taraf Allah lebih rendah atau sama taraf dari semua perkara-perkara ini dan dengan itu telah menjadikan pelaku melakukan syirik lalu boleh dipanggil kafir musyrik.Memanglah Allah menjadikan sunah Allah (kelaziman) seperti api itu akan memanas, biji benih disiram akan bercambah, bila rajin berusaha akan pandai dan sebagainya. Namun kelaziman atau sunah Allah ini boleh berubah pada bila-bila masa di atas kehendakNya. Sebagai contohnya kalau makan makanan kotor dan basi akan menyebabkan sakit perut dan sebagainya tetapi mengapa ini tidak berlaku kepada orang gila? Walau macam mana dahaga sekali pun kalau minum air satu liter sudah mencukupi namun mengapa orang minum arak hingga 4 atau 5 liter masih tidak mencukupi? Kalau mengikut sunah Allah atau kelaziman apabila sebahagian (separuh) dari otak manusia dibuang pasti mati tetapi kenapa dalam program “Ripley’s believe it or not” orang ini masih sihat dan kini telah mula memperbaiki pergerakannya?. Begitulah Allah melalui sifat rububiahNya boleh sahaja merubah kelaziman (sunah Allah) bila dikehendaki. Sebagai orang Islam tulen, bolehkah kita melakukan perkara-perkara seperti berikut :a. Seorang berkata “Saya yakin dengan LUX kerana ia menjadikan kulit saya gebu” tanpa mengaitkan langsung peranan Allah.Orang ini ingkar tauhid rububiah dan membawa kepada kerosakan akidah dan setiap kerosakan akidah menjadikan pelakunya tidak beriman dan membawa kepada kekafiran. Ini adalah kerana setiap sesuatu perkara yang berlaku sebenarnya adalah di atas kehendak, kekuasaan dan pentadbiran Allah. Sebagai suatu perbandingan, mengikut sunah Allah, seorang yang makan makanan yang kotor dan basi mengikut kebiasaannya akan menyebabkan orang tersebut mengalami keracunan dan ceret beret tetapi sedarkah kita bahawa ramai orang gila yang berpakaian compang campeng makan makanan kotor dan basi tetapi di atas kehendak dan kekuasaan Allah orang ini tidak mengalami sebarang keracunan makanan atau ceret beret.b. Seorang berkata “Saya dapat keputusan SPM cemerlang kerana saya belajar secara konsisten ...............................” tanpa menyebut pun faktor rububiah Allah.Sepatutnya sebagai orang Islam yang tulen, beliau sepatutnya berkata seperti ini “Alhamdulillah, saya mendapat keputusan SPM yang cemerlang kerana faktor utama ialah kerana atas izin dan kehendak Allah dan faktor keduanya mungkin kerana saya belajar secara konsisten ............................................”.c. Seorang berkata “Api membakar kerana sifatnya yang begitu dan begini........” tanpa mengaitkan sedikit pun faktor rububiah Allah.Allah mencipta api, memilikinya dan memerintah mengikut kehendaknya. Bila kita menyatakan api membakar kerana sifatnya yang begitu dan begini tanpa faktor rububiah Allah, maka kita telah menafikan tauhid rububiah Allah dan gugurlah akidah lalu menjuruskan pelaku kepada kekafiran.d. Seorang menceritakan kemalangan yang dialami kepada seorang rakannya “engkau tahu Mad, nasib baik betul aku semalam pakai tali keledar. Kalau tidak entah-entah aku hari ini dah jadi arwah. .................”. (Nasib yang mengatur kejadian ?)e. Disebabkan kemalangan yang kerap berlaku ke atas lori dan bas, seorang menteri telah memberikan komen seperti berikut “Puspakom patut dipersalahkan kerana gagal membuat semakan yang berkesan ke atas kenderaan berat lalu menyebabkan kenderaan ini terlibat dalam kemalangan.”f. Seseorang berkata kepada rakannya “Kalau aku tak ikut cakap kau, taklah aku terlibat sama di dalam kemalangan ini. Lain kali aku tak mahu ikut cakap kau lagi !”.g. Seorang isteri meleteri suaminya selepas kereta yang mereka naiki untuk balik ke kampung terlibat di dalam kemalangan “Itulah abang tak nak dengar cakap ayang. Kan ayang dah suruh balik tengah malam, kereta tak banyak, tapi abang degil nak jugak balik siang hari. Ha sekarang apa dah jadi?”h. Ahmad berkata kepada rakannya Amir sebelum mereka berdua memulakan perjalanan ke bandar “petang ini pasti hujan. Elok kita bawa baju hujan.” Amir tidak mengendahkan pesanan Ahmad dan tidak bawa baju hujan. Selepas kira-kira sejam menunggang motor tiba-tiba hujan lebat turun lalu Ahmad berkata “Ha kan aku dah cakap tapi engkau degil, sekarang kan dah basah kuyup.” i. “Jikalau tidak kerana anjing itu nescaya kami akan kecurian malam tadi” (Ibnu Masud R.A) (mempersekutukan Allah dengan Anjing!) Tukang sihir atau bomoh memang telah jelas kesyirikan mereka dan Nabi Muhammad telah bersabda mafhumnya :“Hukuman tukang sihir ialah dipenggal dengan pedang” (Riwayat Tirmizi dari Jundub).Gejala surat berantai masih lagi berleluasa semenjak puluhan tahun yang lampau sehingga kini dan masih berlaku juga di kampus UTM. Bagi sesetengah kes, penghantar surat berantai ini terdiri daripada kalangan pensyarah Islam. Antara pelbagai surat berantai ini ada yang dimulakan dengan nasihat yang agak baik tetapi bermotifkan agar selepas dibaca, diikuti dengan galakan membeli tiket loteri (berjudi) dan sebagai penutupnya adalah perosak akidah iaitu agar orang Islam membuat salinan sebanyak 20 salinan dan menghantar kepada 20 penerima lain. Ugutan yang diberikan di dalam surat berantai ini ialah sekiranya penerima tidak membuat 20 salinan untuk 20 penerima lain, penerima akan di timpa musibah. Mempercayai tidak memanjangkan surat berantai boleh mendatangkan musibah adalah merosakkan akidah lalu menjuruskan pelaku kepada kekafiran. Surat berantai adalah satu senjata ampuh musuh Allah yang ingin melihat orang Islam menjadi lemah, mudah ditakutkan dan seterusnya rosak akidah mereka.
Nov 4, '06 9:44 AMfor everyone
Kebaikan pertama yang disarankan Al Quran ialah seruan untuk mentauhidkan Allah. Al Quran diturunkan kepada Nabi SAW ketika umat manusia pada waktu itu mensyirikkan Allah. Persoalan penting kini ialah adakah umat “Islam” di Malaysia bebas dari mengerjakan perbuatan syirik?Agama Islam adalah agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Agama Islam mengakhiri dan menyempurnakan agama Allah yang lain sebelumnya.Agama Islam terdiri daripada akidah dan syariat. Akidah dari sudut bahasa Melayu ialah kepercayaan manakala menurut bahasa arab ia membawa maksud ikatan. Menurut syarak pula akidah bermaksud “ ikatan keimanan yang kukuh, teguh, kuat dan mantap terhadap Allah SWT, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, hari akhirat dan beriman terhadap qadak dan qadar sama ada yang baik atau yang buruk semuanya datang dari Allah SWT” (Jumhur ulama / disepakati semua ulama).Syariat bermaksud hukum-hukum yang terkandung dalam agama Islam. Syariat di dalam agama Islam adalah berdasarkan Al-Quran dan hadis. Syariat Islam terdiri daripada:1. Ibadah ; seperti solat, puasa, zakat dan haji. 2. Adab dan akhlak ; seperti jujur, menepati janji dan amanah.3. Muamalah ; seperti jual beli.4. Hubungan kekeluargaan ; seperti nikah, talak, dan faraid.5. Hukuman jenayah ; seperti qisas dan hadd.6. Hubungan antarabangsa.Seseorang individu dengan akidah yang mantap tetapi tidak melaksanakan syariat Islam adalah Islam yang sia-sia sahaja manakala syariat yang cantik tanpa diiringi dengan akidah yang sempurna menjadikan seseorang individu itu sama nilainya dengan orang kafir.Seperti yang dinyatakan di atas mengenai maksud akidah mengikut syarak, pokok kepada persoalan akidah di atas boleh diterjemahkan kepada rukun iman yang terdiri daripada 6 perkara iaitu :1. Percaya kepada Allah2. Percaya kepada malaikat3. Percaya kepada kitab-kitab Allah4. Percaya kepada Rasul5. Percaya kepada hari akhirat6. Percaya kepada qadak dan qadar
0 comments share
Biodata Emjay
Nov 1, '06 11:22 PMfor everyone
Seorang pensyarah kanan di sebuah IPTA. Bekas guru biologi 1980 - 1985, sekolah terakhir Sekolah Men Sains Raub, Pahang.Dah berusia 50, alhamdulillah, dah tua.Anak 6 orang, 2 lelaki 4 perempuan semoga Allah menjadikan anak-anak saya soleh/solehah dan matikan mereka dalam iman.
Tathayyur
Tathayyur (thiyarah) atau menganggap sial kerana sesuatu perkara masih mantap di kalangan masyarakat Melayu. Mari pertimbangkan kes-kes berikut:1. Isteri yang hamil membunuh seekor lipan menimbulkan tathayyur, lalu mereka semua mempercayai si bayi yang lahir kelak akan berwatak lipan atau jari macam lipan.2. Seorang tua sakit teruk selepas menghantar mayat ke kubur dikatakan sakit kena badi mayat.3. Burung hantu berbunyi waktu malam penanda ada orang di kampung akan mati.4. Bila suami membunuh kera yang merosak tanaman, kelak anak yang lahir akan terkena kenan kera.Baik lipan, mayat, burung hantu, iblis, hantu mahu pun kera tidak ada sebarang kuasa untuk menyebabkan sesuatu perkara berlaku dan setiap perkara yang berlaku semata-mata diatas kehendak Allah SWT. Bila tugas Allah dikatakan tugas lipan, mayat, burung hantu atau kera, maka pelaku telah melakukan syirik lalu menjerumuskan kepada kafir musyrik.Tafa’ulTafa’ul (fa’lu) pula ialah harapan akan datang kebaikan (ong dalam bahasa Cina) yang disebabkan oleh perkara tertentu. Contoh utama tafa’ul di Malaysia ialah pesta menuai yang dilakukan setiap tahun kerana mengharapkan rezeki dari tanaman tahun depan terus baik dan tidak mendapat kesusahan.Contoh lain pula ialah kalau naik haji tak buat majlis tahlil dan berzanji kelak mendatangkan kesusahan sewaktu perjalanan.Satu contoh yang kerap dilakukan oleh ramai keluarga Melayu kini ialah meletakkan surah Yaasin dibawah bantal atau tilam bayi dengan mengharapkan kebaikkan dan perlindungan darinya.Kaum Cina di Malaysia sangat gemar melakukan tafa’ul seperti:• Mempercayai kebaikan dengan menggunakan nombor tertentu seperti pada nombor kereta dan rumah. Contohnya nombor 8888 pada kereta adalah nombor bertuah.• Meletakkan objek dengan warna merah seperti kertas merah, kain merah, bunga merah pada hari sambutan Tahun Baru Cina akan mendatangkan ONG. Latihan 13: Senaraikan contoh-contoh tafa’ul di kalangan masyarakat Melayu Islam.Ramalan bintang (astrologi)Ramalan bintang juga adalah menyalahi sifat rububiah Allah SWT. Ramalan bintang yang menyalahi akidah ini juga adalah termasuk ramalan mengikut bintang gemini, pisces, cancer dan virgo yang kerap di tuliskan di majalah dan akhbar tertentu. Ramalan astrologi boleh diibaratkan sebagai seorang buta melempar batu ke arah orang ramai yang berada di sekelilingnya. Kalau ada mengena lemparan tersebut bukanlah kerana si buta pandai melempar tetapi adalah kerana terlalu ramainya manusia di sasaran. Ia sungguh tidak ilmiah dan hanya memperdaya fikiran manusia yang jumud (bodoh).Allah telah berfirman melalui Al An’am:59Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang terang nyata.Mempercayai dukun atau bomoh atau astrologi hanya menjadikan kita kafir menurut hadis Nabi SAW mafhumnya :Siapa yang mendatangi arraf, kahin (tukang ramal / bomoh) lalu membenarkannya (menyetujuinya), maka sungguh dia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad SAW.(Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi & Abu Daud)Menganggap sial atau pembawa sial terhadap sesuatu adalah sikap mental yang syirik dan dosa besar. Berikut adalah petikan dari ilmu falak berbahasa arab:“Ada pun tanggal 2 bulan itu , jika berniaga akan mendapat keuntungan dan jika belayar akan selamat pergi dan balik. Jika bertani juga baik....................................”Adakah hari atau waktu mempunyai kuasa untuk menentukan sesuatu yang dilakukan itu akan menyebabkan kejadian baik atau buruk? Masya Allah. BomohJuga dikenali dengan panggilan dukun, pengubat alternatif, pengubat tradisional, tabib dan pawang. Ia dapat didefinisikan sebagai orang yang mengubati orang sakit dengan cara kampung dan jampi-jampi yang menyalahi dari sisi Islam. Kebiasaannya mereka ini menggunakan khidmat khadam atau pembantu dari kalangan iblis dan jin. Berbeza dengan bomoh, terdapat juga orang yang mengubat dengan perubatan tradisional yang menggunakan tumbuhan dan herba untuk mengubati pesakit dan ini adalah tidak salah dari sisi islam. Pengubat tradisional ini tidak menggunakan jampi yang salah di sisi Islam dan hanya menggunakan jampi yang dibenarkan oleh Islam. Namun kebanyakan bomoh di Malaysia adalah dari kategori yang sesat dan ada juga yang mencampuradukkan yang benar dengan yang batil menjadikannya salah di sisi Islam.Untuk mengenal pasti bomoh yang menyalahi agama Islam dan perlu dijauhi, berikut diperturunkan serba sedikit panduan untuk mengenal pasti mereka dari golongan ini:1 Tiada kaunseling atau dakwah Islam.2 Gemar mengatakan perbuatan orang bagi setiap punca penyakit yang dialami.3 Memberikan objek sama ada tangkal, azimat atau air jampi untuk dibawa pulang.4 Ada menyuruh bawa objek seperti limau nipis, sirih atau kapor setiap kali datang berurusan.5 Ada upacara memotong limau di permulaan sesi mengubat.6 Suka pakai baju kuning (oren), hitam atau merah.7 Minta pengeras.8 Ada pemutus ubat setelah selesai perubatan.9 Minta duit dan kadang-kadang amaun yang diminta tidak masuk akal sama sekali sehingga mencecah beribu ringgit.10 Ada yang mengamalkan puasa pati geni (memutih) di peringkat awal untuk menjadi bomoh.11 Guna air dalam mangkuk untuk menelek.12 Melakukan perkara luar biasa seperti boleh membelah dada dan perut untuk mengeluarkan dan mencuci organ dalaman malahan boleh dirakam sewaktu pembedahan tersebut.13 Mengaku mempunyai keajaiban seperti kasyaf14 Pengamal Feng Shui adalah bomoh.15 Sami Budda, hindu dan sebahagian paderi adalah bomoh.16 Kebanyakan pengamal ilmu sesat ini sembahyang, puasa, pergi masjid, ada title haji / hajah, menggunakan bismillah dan insya Allah dalam pertuturan mereka dan perlakuan mereka lebih mirip kepada seolah-olah orang yang mendalami agama Islam. Ini semua adalah sebenarnya aset yang maha penting bagi iblis dan orang ini untuk terus sesat dan menyesatkan orang ramai.17 Setengah mereka ada title ustaz, ustazah malahan ada yang bergelar Dato’.18 Ada proses menurun sewaktu mengubat.19 Ada menyeru pelbagai nama seperti wali yang dah meninggal seperti wali songo dan syeikh Abdul Kadir Jailani, malaikat dan nama-nama lain yang pelik.20 Menggunakan objek pelik seperti keris, pedang, lilin dan sebagainya dalam proses mengubat.21 Kalau orang perempuan, selalunya tak pakai tudung atau tudung ringkas, bermake up dan banyak barang kemas.22 Ada hubung kait dengan sixth sense atau kuasa minda, aura, cahaya dan tenaga dalaman.23 Ada meditasi.24 Ada bertapa untuk mendapatkan ilmu tersebut.25 Mengaku mengetahui perkara ghaib seperti tahu siapa mencuri dan siapa yang mendengki.26 Mengaku boleh nampak jin.27 Banyak mengamal bidaah dan sangat kurang mengamalkan sunnah.28 Tergantung banyak ayat-ayat Al Quran di dinding rumah mereka.29 Gemar menjanjikan kesembuhan yang segera.30 Gemar riak dengan menceritakan kes-kes lalu yang telah berjaya diselesaikan termasuk menceritakan ramai orang besar kenamaan (VIP) telah berubat dengannya.31 Mengamalkan mandi laut waktu malam bagi membuang syaitan.32 Menggunakan khadam seperti jin dan “malaikat”.33 Melakukan semah seperti semah rumah dan gelanggang.34 Mengamalkan mandi bunga. Mandi bunga adalah amalan dari ajaran agama hindu.35 Memberikan pendinding bagi rumah, diri dan sebagainya.Berbanding pengamal perbomohan yang melanggar ajaran agama Islam, pengamal perubatan Islam dan tradisional yang dibenarkan dalam Islam mempunyai ciri-ciri seperti berikut:1. Menjalankan kaunseling dan dakwah islamiah kepada pesakit.2. Gemar mengatakan bahawa setiap bala musibah bukanlah disebabkan oleh orang yang menyihir dan dengki tetapi adalah di atas kehendak dan kekuasaan Allah jua.3. Tidak memberikan sebarang tangkal azimat untuk dibawa balik namun untuk kes-kes tertentu (bukan semua kes) ada diberikan air yang dijampi secara Islam.4. Tidak ada pengeras dan pemutus ubat.5. Tidak menentukan sebarang bayaran tetapi sedia menerima sebarang amaun sebagai hadiah. (dibenarkan dalam Islam mengikut hadis sahih – cerita nak sembelih kambing pemberian orang sakit yang dah sembuh) 6. Ada memberikan ubat yang disediakan dari tumbuhan, herba atau dari campuran bahan-bahan tertentu dan diiktikadkan sebagai jual beli ubat.7. Mengaku tidak ada kuasa ghaib8. Tidak melakukan sebarang perkara yang pelik dan luar biasa.9. Tidak mengenakan uniform khas dan warna-warna tertentu sewaktu mengubat pesakit. 10. Mengamalkan Islam dengan lebih cantik 11. Lebih cenderung mengamalkan sunah dan meninggalkan bidaah.12. Tiada ayat Al Quran tergantung di dinding rumah.13. Tidak materialistik dan dapat dilihat pada kenderaan dan rumah.14. Tidak menggunakan bantuan sebarang khadam termasuk jin dalam perubatannya. Semata-mata bertawakal kepada Allah. 15. Tidak menjanjikan kesembuhan yang segera. TaghutBererti sesuatu yang dipuja, dimulia, dipertahankan dan ditaati setaraf dengan darjat ketuhanan Allah swt. Sama ada ia berhala, tangkal, azimat, syaitan, keramat-keramat, sistem, ideologi, kebudayaan, manusia, pemimpin atau apa sahaja yang dipuja, ditaati dan dipatuhi setaraf dengan pengabdian diri terhadap Allah swt adalah termasuk dalam istilah taghut.Allah berfirman dalam Az-Zumar: 17 “Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang menggembirakan ; oleh itu gembirakanlah hamba-hamba Ku”. Dalam Az-Zumar ayat 17 di atas Allah s.w.t. memerintah kita supaya menjauhi daripada penyembahan kepada atau memuja taghut. Perkataan taghut banyak disebut di dalam Al-Quran antaranya ayat 256 surah Al Baqarah, An-nisaa (51, 60 dan 76), Al Maidah (60), An Nahl (36). Kita akan berjumpa lagi istilah yang semakna dalam ayat 43 surah Thaahaa dan ayat 17 surah An Naaziaat. Penyembahan atau pemujaan kepada taghut merupakan amalan syirik kepada Allah swt. Saksikanlah, ramai manusia hari ini menyembah taghut. Contohnya: Manusia memuja dan mempertahankan ideologi komunisme, nasionalisme, sosialisme atau lain-lain idelologi sebagai sistem yang terbaik yang mereka patuhi. Manusia sanggup berperang dan berjuang mempertahankan ideologi-ideologi ini walaupun ia bertentangan dengan Islam. Secara sedar atau tidak, ideologi-ideologi tersebut telah dijadikan taghut!!!. Begitulah juga dengan manusia, dalam surah Thaahaa, ayat 43, Allah swt memerintah Nabi Musa as supaya pergi berdakwah kepada Firaun yang dicap sebagai taghut kerana melampaui batas. Maka memuja pemimpin, mempertahankannya walaupun jelas ia menegakkan sistem pemerintahan yang zalim dan batil di sisi Islam juga dikelaskan sebagai taghut. Mempertahan dan meyakini sistem perundangan moden lebih sesuai di zaman moden dan lebih baik daripada sistem perundangan islam, juga termasuk dalam contoh pemujaan kepada taghut (sistem perundangan itulah yang dimaksudkan taghut). Budaya khurafat juga dikelaskan sebagai taghut, misalannya budaya puja pantai (suatu ketika dahulu diamalkan di Terengganu) dan lain-lain. Sambungan dari ayat 17 di atas Allah swt mengingatkan kepada manusia agar menjauhi taghut dan mentaati perintah dan ajaran tauhid dengan ikhlas kerana kelak mereka dijanjikan dengan kegembiraan di akhirat. Gembiralah mereka di syurga. Itulah janji Allah swt kepada hamba-hambanya yang taat kepada perintahnya tanpa berbelah bagi.BerhalaDalam pemikiran Islam, amat jelas bahawa agama ini menolak berhala. Sesiapa yang menyembah berhala dianggap telah syirik atau menyekutukan Allah s.w.t.Islam memandang tegas tentang perkara ini. Dari zaman berzaman umat Islam memahami bahawa berhala itu sebagai patung dan ia menjadi suatu benda yang dicemuh dan tidak disukai.Tetapi apakah yang menyebabkan Rasulullah s.a.w. amat tegas menolak berhala? Selepas penawanan Mekah, baginda memusnahkan semua patung di keliling Kaabah.Adakah yang ditentang itu benda patung berhala itu sendiri atau pemikiran penyembahan kepada sesuatu yang selain daripada Allah s.w.t?Bagi mereka yang menyembah berhala, patung berkenaan adalah suatu simbol kepada Tuhan, dewa atau kuasa-kuasa lain daripada Allah s.w.t.Patung menjadi simbol. Simbol inilah berhala. Sikap dan perbuatan penyembahan simbol ini adalah syirik. Jadi apa yang ditentang bukan soal patung dan berhala itu semata-mata tetapi mentaliti kaum musyrikin.Dengan ini dapatlah didefinisikan berhala sebagai ”simbol yang dihubungkaitkan dengan kekuasaan mirip kekuasaan rububiah Allah”Islam menegaskan bahawa tidak ada kuasa selain daripada Allah s.w.t. Berhala, patung, syaitan, sihir atau apa saja tidak mempunyai kuasa. Yang berkuasa mutlak adalah Allah s.w.t.Islam melarang penyembahan berhala kerana perbuatan itu menyebabkan manusia mempercayai perkara-perkara karut yang tidak berasas. Islam mahu manusia percaya penuh pada kekuasaan Allah s.w.t. dan penyembahan serta tunduk hanya kepada-Nya. Begitu juga semua hukum alam tunduk pada kehendak Allah s.w.t.Ia bukan soal memusnahkan patung semata-mata. Patung itu hanya simbol. Allah telah membuat perumpamaan yang cukup cantik untuk menerangkan kebodohan orang suka mensyirikkan Allah melalui firmannya dalam surah Al Hajj:73 Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya) dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).Latihan 14: 1. Adakah tangkal, azimat, cermin yin yang juga satu berhala ?2. Apa tindakan anda sebagai seorang penceramah apabila salah seorang pendengar anda berkata begini, ”Saya ada terima tangkal dari ”ustaz” waktu saya bermasaalah dahulu. Tetapi saya hendak terus menyimpannya. Saya tidaklah berniat mengharap kepada tangkal tersebut seperti yang penceramah sebutkan tadi”.3. ”Saya beli patung gangsa ini di Itali sebagai kenang-kenangan. Saya simpan di rumah tetapi saya tidak menyembahnya. Salah atau tidak?”4. ”Saya nak cantikkan taman di rumah saya. Saya letakkan patung itik, kura-kura dan katak di tepi kolam. Salah ke?” * * * * *Setelah kita mendalami rububiah Allah, wajarkah sesetengah pihak mendakwa bahawa manusia ada kuasa dalaman atau minda bawah sedar dan sebagainya?. Apabila kuasa milik Allah dikatakan milik kuasa dalaman atau minda bawah sedar maka pada ketika itu mereka ini telah menentang rububiah Allah dan gugurlah akidah dan dengan itu gembiralah Iblis dan syaitan lalu menjadi khadam, menjadikan mereka ini tiba-tiba mempunyai kuasa luar biasa sehingga membolehkan mereka berjalan di atas bara api atau membengkok besi dengan leher.Mengambil ubat lalu sembuh bukan kerana kemujaraban ubat tetapi kerana rububiah Allah. Apabila Allah redha dengan usaha mengambil ubat tersebut maka diberikanlah kesembuhan. Begitu juga dengan Kitab Al Quran, ia tidak mempunyai sebarang kekuasaan misalnya untuk menghalau jin atau iblis. Kekuasaan hanya milik Allah. Namun disunnahkan bagi kes-kes tertentu untuk berikhtiar dengan jampi secara Islam, tetapi paling penting sekali ialah apabila sembuh jangan mengatakan jampi ini atau orang yang menjampinya hebat.Sesuatu yang sangat menyedihkan dewasa ini ialah orang sudah tidak pandai lagi menjampi secara Islam seperti bagi kes histeria dan bayi yang menangis waktu maghrib.Ramai orang berkumpul beramai-ramai membaca ayatul Kursi atau Yaasin kepada mangsa histeria namun apa yang lebih menggelikan ialah lagi banyak diulang ayat-ayat ini secara bacaan beramai-ramai, semakin aktif pula mangsa histeria berbuat yang bukan-bukan. Apabila ditambah pula dengan bunyi-bunyi lain yang mengerikan seperti atap diketuk-ketuk dan sebagainya yang amat mengerikan akibat dari permainan iblis, akhirnya usaha mereka ini akan sia-sia belaka dan kesudahannya bomoh sesat juga terpaksa dipanggil untuk menyelesaikan kes ini. Lazimnya bomoh sesat ini akan berjaya menyembuhkan gangguan histeria tersebut kerana itu semua adalah permainan iblis untuk menyesatkan manusia dan agar manusia lebih gemar menggunakan khidmat bomoh sesat.Ini semua berlaku kerana Allah tidak reda dengan amalan yang mereka lakukan. Cukuplah menjadi kafir apabila seseorang itu meyakini bahawa bahagian ayat kursi ini (wala ya udhu hifzuhuma .........aziem) dibacakan akan menyebabkan iblis terbakar dengannya. Itu sebabnya Allah tidak reda dan iblis bergembira dengannya. Masya Allah.Ramai orang kafir masa kini termasuk orang kafir di Malaysia beriman dengan tauhid rububiah dengan meyakini bahawa segala sesuatu ini berlaku dengan kekuasaan, kehendak, pentadbiran dan keizinan Tuhan jua. Walau bagaimana pun orang kafir ini tidak boleh dipanggil orang Islam kerana mereka menyalahi tauhid uluhiyah.Pada zaman Nabi, orang kafir pada waktu itu mengaku bertauhid rububiah tetapi rasul memerangi mereka kerana tidak mahu bertauhid uluhiah.
Posted by Allahyarham achit at 1:35 AM 0 comments
Jangan makan kubis bulat
Kubis bulat memang digemari ramai di Malaysia ini. Jikalau hendak melihat buktinya, tunggu sahaja di pintu keluar pasar, perhatikan bakul membeli belah dan perhatikanlah sayur kubis yang dibeli. Kubis murah harganya dan tahan lama. Satu lagi cara untuk melihat betapa orang Malaysia amat gemar dengan sayur kubis ini ialah dengan melihat sayur yang dihidangkan direstoran atau gerai makan, pastinya kubis menjadi salah satu hidangan disitu. Kubis juga menjadi komponen utama dalam "coleslaw" di KFC dan juga kandungan utama burger dan kebab. Siapa yang suka makan lontong, kalau tidak ada kubis dalam sayurnya, maka itu bukan lontonglah. Pendek kata kubis digunakan dipelbagai masakan. Satu ketika sewaktu makan di sebuah restoran yang kerap saya kunjungi, saya memerhatikan seorang perempuan pelayan restoran tersebut sedang enak makan tengahari dengan berulamkan kubis rebus bercecahkan sambal belacan. Sungguh berselera perempuan ini menghabiskan makanannya. Perempuan ini sudah berkahwin. Saya memandangnya dengan penuh sayu dan sedih kerana memikirkan akibat dari memakan sayur kubis tersebut. Kemudian saya terpandang seorang pelayan lelaki berasal dari Indonesia yang saya kenal. Saya bertanya kepada pelayan lelaki ini "Mat engkau makan kubis tak?". Mat menjawab "Saya tak makan".Saya bertanya lagi "Kenapa tak makan kubis, bukankah kawan engkau tu sedang enak makan sayur kubis?""Bapa saya tak bagi makan kubis" jawab Mat ringkas."Kenapa bapa engkau tak bagi makan kubis?" saya menyambung soalan."Entah, saya pun tak tahu tapi saya ikut saja cakap bapa saya" Mat menyambung perbualan.Dari perbualan ringkas saya dengan Mat iaitu seorang pelayan di restoran yang berasal dari Indonesia, dapat saya rumuskan bahawa masih ada segelintir manusia di Malaysia ini yang masih mengamalkan petua orang tua agar tidak makan kubis. Namun apa yang saya sedih ialah Mat ini tidak tahu apa kesan kalau makan kubis ini. Dari penyelidikan ke atas para pelajar saya, memang sah tidak sampai 2% dari mereka ini yang tidak makan kubis. Majoriti memang suka makan kubis dan setengahnya sangat suka kubis dan ada pula yang setiap hari hanya makan sayur kubis, subhanallah.Apakah sebenarnya kesan apabila manusia memakan kubis? Jawapannya adalah SEKIRANYA SESEORANG MAKAN KUBIS, IA AKAN MENYEBABKAN KEPUTIHAN KELUAR DARI KEMALUANNYA. Apabila disebut sahaja keputihan ramai orang perempuan memang tahu apa bendanya kerana kini ia menjadi masalah yang lumrah pada kebanyakan perempuan samaada anak dara atau yang sudah berkahwin. Fakta ini diakui oleh seorang doktor wanita pakar sakit puan yang dipanggil untuk membincangkan masalah sakit puan di TV3 satu masa dahulu. Doktor perempuan pakar sakit puan ini berkata “Penyakit keputihan adalah penyakit normal yang dihidapi oleh orang perempuan. Ia hanya akan mendatangkan masalah apabila kuantiti keputihan yang dikeluarkan ini terlalu banyak hingga menyebabkan secondary infection”. Dari kenyataan doktor perempuan ini, apa yang dapat disimpulkan di sini ialah bahawa doktor perempuan ini juga mengalami masalah keputihan. Keputihan yang keluar dari kemaluan perempuan ini sememangnya mendatangkan pelbagai masalah. Keputihan ini menyebabkan bau yang amat tidak menyenangkan kepada wanita itu sendiri mahupun kepada sang suami. Sekiranya kuantiti keputihan yang dikeluarkan adalah banyak, ia bakal mengundang jangkitan penyakit lain seperti gatal yang amat sangat. Ini adalah disebabkan keputihan ini sebenarnya adalah protin yang dikeluarkan dari dinding kemaluan perempuan akibat dari memakan kubis ini. Protin keputihan ini adalah satu medium yang amat digemari oleh mikro organisma seperti kulat dan bakteria. Kedudukan keputihan yang dikeluarkan melalui kemaluan ini begitu tersorok dan sangat lembap dan faktor-faktor ini semua mengundang kulat dan bakteria untuk tumbuh di atasnya yang seterusnya menyebabkan kegatalan yang serius.Kebanyakan para doktor termasuk doktor perempuan pakar sakit puan yang di panggil TV3 di atas tidak mengetahui tentang punca penyakit keputihan pada orang perempuan. Bila orang perempuan berjumpa doktor untuk rawatan masalah keputihan, doktor akan memberikan berbagai ubat termasuk krim untuk disapukan di kemaluan, namun semua ini tidak membantu kerana kemaluan terus mengeluarkan keputihan. Perempuan yang sudah mengalami kegatalan disebabkan keputihan ini seterusnya akan menghadapi masalah kegatalan yang amat serius apabila mereka makan udang, ketam, sotong atau kerang. Masalah kegatalan ini menyebabkan masalah yang lebih rumit lagi iaitu seorang isteri tidak mampu atau minat untuk melayan suami dan ini pastinya mengundang rantaian masalah lain.Masalah keputihan yang serius juga sebenarnya mengundang satu lagi masalah yang lebih rumit iaitu MIGRAIN di bahagian tertentu kepala. Masalah keputihan peringkat serius ini sebenarnya mengakibatkan kemaluan jadi amat tidak selesa dan seakan-akan berdenyut. Gigi kalau sakit, kepala juga sakit. Kalau badan demam, kepala pun sakit. Dengan kaedah yang sama ini, bila kemaluan wanita meragam ia mengakibatkan migrain. Perempuan yang migrain ini kalau sudah berkahwin, bayangkanlah bagaimana mereka hendak melayan suami serta menguruskan rumah tangga dan anak-anak.Satu perkara yang para isteri perlu mengetahuinya ialah keputihan ini menghilangkan nafsu suami ketika ingin bersama kerana baunya yang tidak selesa serta kesan lain yang agak memalukan untuk diceritakan di sini. Cukuplah dengan perkataan bahawa suami akan loya selepas bersama isteri apabila melihat kemaluannya.Begitu sekali parahnya akibat memakan kubis. Cara mencegah keputihan amat mudah, iaitu JANGAN MAKAN KUBIS ATAU KUAH YANG MENGANDUNGI KUBIS.Adakah keputihan menyebabkan keputihan kepada kaum wanita sahaja? Jawapannya ialah keputihan juga menyerang kaum lelaki. Kanak-kanak lelaki yang suka makan kubis apabila bersunat akan mengalami masalah BUTA pada kemaluannya. Buta kemaluan ialah satu kes di mana selaput kulit yang bakal di potong sewaktu bersunat melekat kepada bahagian kepala kemaluan lelaki dan bahan yang menjadi pelekat ini ialah keputihan. Jikalau pada wanita, keputihan dikeluarkan pada dinding vagina, keputihan pada lelaki dikeluarkan di sekitar pangkal kepala kemaluan. Inilah antara hikmah Allah menggalakkan lelaki bersunat agar lebih mudah bagi mereka untuk membersihkan kemaluan dari keputihan. Kini orang bukan Islam juga gemar bersunat dengan alasan yang sama. Keputihan pada lelaki mengakibatkan bau amat busuk setiap kali membuka seluar dalam. Seluar dalam juga kotor di bahagian kemaluan akibat keputihan ini akan menjadi daki yang berwarna hitam.Selain dari masalah yang telah dinyatakan di atas, keputihan juga menyebabkan kulit menjadi kering dan mengakibatkan sukar menambah berat. Ini dapat dijelaskan dengan mudah kerana sebagaimana telah dijelaskan di atas, keputihan adalah protein. Begitu juga putih telur adalah kaya protein dan warnanya juga adalah putih. Protein yang disingkirkan melalui kemaluan ini sebenarnya amat diperlukan oleh tubuh tetapi akibat memakan kubis, protein ini dikeluarkan sebagai keputihan. Jadi walaupun seseorang banyak makan sumber berprotein, akibat mengambil kubis, protein mustahak ini dikeluarkan dari tubuh sebagai keputihan dan alangkah membazirnya proses ini. Sekiranya anda ingin menghubungi saya, emailkan ke :kangmasjb@hotmail.com
Posted by Allahyarham achit at 1:34 AM 0 comments
Panduan untuk bakal ibu bapa
Orang merasakan menjadi isteri itu mudah. Jikalau menjadi isteri itu mudah, mengapakah kita lihat hingga 70 peratus mereka yang berkhawin di Lembah Klang bercerai ? Berita pada Oktober 1999 menyatakan di Singapura, kadar perceraian umat Islamnya ialah 25 peratus. Sebenarnya setiap lelaki dan perempuan perlu belajar ilmu untuk mendirikan rumah tangga sesuai dengan kehendak Islam. Malangnya, ramai muda mudi masa kini menjadikan cerita hindustan dan movie dari barat sebagai panduan untuk berumah tangga. Kalau ikut orang barat, jumpa beberapa jam sahaja sudah boleh diikuti dengan babak diatas katil. Bagi kebanyakkan orang arab, ibu mengajarkan ilmu bilik tidur kepada anak perempuan mereka. Lelaki mereka pula diajarkan ilmu agama yang bukan setakat mengucap syahadah dan sembahyang serta mandi wajib sahaja kerana hanya ilmu agama sahaja yang dapat memberikan jaminan satu rumah tangga yang dibina akan kukuh, harmoni, diberkati, dirahmati dan kekal keanak cucu.Sebagaimana kita perlu banyak melakukan persediaan diri sebelum mencari pasangan hidup, begitulah juga kita sewajarnya melengkapkan diri sebelum merelakan untuk menjadi ibu atau bapa. Manusia dijadikan Allah berbeza dengan haiwan. Burung kalau nak bertelur Allah jadikan pandai mereka membuat sarang secara otomatis tanpa perlu belajar. Manusia secara fitrahnya memang berbeza dengan haiwan dimana manusia diwajibkan belajar termasuk belajar bagaimana untuk menjadi ibu yang solehah. Malangnya masyarakat kini sanggup mengeluarkan berpuluh ribu ringgit hanya untuk pendidikan sekular bagi kepentingan ekonomi diri sendiri sahaja tetapi untuk kepentingan agama yang bakal menjamin kebahagian hidup dan rumahtangganya, tak ramai yang sanggup mengeluarkan duit yang banyak. Samalah kesnya seperti ibu bapa yang bila bayar RM100 untuk tuition kimia tak jadi masaalah tetapi bila ustaz mengajar AlQuran minta RM20, banyak sangat soal jawabnya.Islam mendidik kita dari peringkat awal sekali iaitu sebelum suami isteri berjimak hendaklah berdoa yang bermakna "Ya Allah jauhkan kami dari syaitan dan jauhkan syaitan dari anak yang engkau kurniakan".InsyaAllah tuhan akan melindungi dan memberikan berkat dan rahmat keatas suami isteri tersebut. Tanpa doa ini syaitan akan terlebih dahulu menjimak isteri tersebut. Dengan doa dan izin Allah kelak benih yang bertemu antara benih bapa dan ibu selepas jimak ini akan dilindungi Allah dari gangguan syaitan.Benih ibu yang bercantum dengan benih bapa akan menyebabkan si ibu akan mengandung. Pendidikan untuk mendapatkan anak yang soleh bukan selepas anak dilahirkan tetapi adalah bermula dari saat ini. Jikalau bermula dari saat ini si ibu lebih kerap murung dan penyedih maka kelak anaknya akan murung dan penyedih jugalah. Jikalau si ibu bermula dari saat ini mengubah dirinya kepada sifat-sifat yang mulia, insyaAllah anak yang bakal dilahirkan akan menjadi anak yang mempunyai sifat yang mulia.Mengapa saya hanya menekankan faktor ibu sahaja dalam pembentukan pribadi anak yang bakal dilahirkan? Adakah bapa tidak mempunyai peranan dalam pembentukan pribadi anak yang bakal dilahirkan? Sebenarnya Islam mengajarkan bahawa sebaik sahaja seorang lelaki menerima seorang perempuan sebagai isterinya, maka berpindahlah tanggung jawab mendidik perempuan ini dari ibu bapanya kepada si suami. Sebagai suami, kewajipannya bukanlah setakat mencari rezeki, memberikan tempat berlindung dan memberikan nafkah batin tetapi perkara penting yang para suami telah ramai melupakannya ialah mendidik isteri mereka kearah islam yang sejati. Jikalau sebelum mengandung si suami telah banyak mendidik isterinya dan proses ini berterusan sepanjang hayat, sudah pasti si ibu akan menjadi isteri yang solehah dan isteri ini bakal melahirkan putera-puteri yang soleh-solehah dan berpribadi mulia. Tetapi yang banyak berlaku pada masa kini ialah Suami isteri macam 2 x 5. Suami dan isteri sama-sama miss sembahyang subuh dan zuhur. Suami pergi kerja pasang badan dan isteri pergi kerja dengan make up yang tebal dan pakain yang menggiurkan berwarna warni serta dengan wangian yang mempesonakan. Ini telah dinyatakan oleh Allah dalam firmannya pada surah An Nuur ayat 26 :"Perempuan-perenpuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat dan lelaki-lelaki yang jahat adalah untuk perempuan-perempuan yang jahat dan sebaliknya …".Kalau kita baca dalam mass media, ini ditunjukkan dengan artis kahwin dengan artis atau dengan orang yang sama jiwanya. Dengan ini jelaslah bahawa peranan bapa dalam membina pribadi anak yang bakal dilahirkan adalah lebih utama dari si ibu cuma kesannya lebih merupakan secara tidak lansung manakala ibu adalah secara lansong.Anak berperibadi buruk => ibunya berperibadi buruk => bapanya berperibadi buruk dan tidak berusaha menjadikan dirinya dan isterinya lebih baikDari hujah inilah setengah orang dapat menilai seorang lelaki atau perempuan hanya dengan menganalisa tingkah laku anak mereka. Kalau kita lihat seorang perempuan tingkatan lima tak pakai tudung, boleh lah kita membuat sedikit rumusan bahawa ayahnya tak begitu mengambil berat soal agama.Seterusnya, disepanjang proses mengandung ini si ibu dituntut untuk membanyakan mambaca Al Quran termasuklah surah Yusuf dan Maryam. Sebagaimana yang dituntut oleh Islam, kalau baca Al Quran tu bacalah sekali terjemahannya. Adalah perlu diingat bahawa burung tiong emas pun pandai mengaji kalau diajarkan. Janganlah kita sama sahaja dengan burung tiong yang pandai mengaji Quran tetapi apa maknanya tidak pernah tahu.Sepanjang mengandung, makanan yang dimakan oleh si ibu hendaklah makan yang halal kerana jikalau rezeki yang dibawa balik oleh sisuami datangnya bukan dari cara yang dihalalkan ditakuti, perangai tak baik si ayah ini akan menular kepada bayi dalam kandungan. Banyak contoh kita boleh lihat dimana suami isteri adalah terpelajar dan memegang jawatan penting dalam kerajaan tetapi anak rosak akhlak dan menagih dadah kerana sifat buruk ayah diikuti oleh isteri dan menurun pula kepada anaknya.Berdoalah dengan doa yang baik-baik tetapi janganlah berdoa seperti " Ya Allah berilah aku anak yang cantik seperti kanak-kanak didalam poster itu" kerana insyaAllah kelak Tuhan akan berikan kita anak yang cantik tetapi bisu (gambar kanak-kanak didalam poster memangnya tak boleh bercakap). Doa dalam Islam dianggap ibadah dan setiap doa diberikan pahala. Doa membuktikan wujudnya hubungan hamba dengan Tuhannya kerana kita sebagai hamba tiada kekuasaan dan dengan itu perlu meminta dari Tuhannya.Syirik hendaklah dijauhi bukan sahaja sewaktu mengandung tetapi adalah sepanjang hidup kita kerana syirik merosakkan aqidah yang menyebakkan kita sebagai pelaku syirik akan menjadi kafir musyrikin. Nauzubillah minta dijauhkan oleh Tuhan. Allah berfirman "sesungguhnya orang yang mensyirikkan Allah niscaya Allah akan mengharamkan Syurga baginya dan tempat tinggalnya kelak adalah neraka dan tiada seorang penolong pun bagi orang-orang yang zalim"Allah mengharamkan syurga bagi orang ini kerana ia telah menjadi kafir dan sesungguhnya setiap orang kafir diharamkan oleh Allah dari masuk syurga. Upacara melenggang perut pada bulan-bulan tertentu dalam budaya melayu dengan setengahnya meletakkan kelapa diatas perut tiada dicontohkan oleh Nabi dan ditakuti perbuatan ini termasuk dialam kategori syirik juga.Didalam usaha kita menangani masaalah syirik ini marilah sama-sama kita menghayati beberapa istilah penting berikut :-1. Syirik : Mempersekutukan Allah dengan sesuatu makhluk ciptaannya seperti patung, gambar, tulisan, senjata, tangkal azimat, pokok, batu dll.2. Tangkal : Benda-benda (seperti kain merah, kemenyan, limau, batu, cincin, tali, kayu, besi kuning, tahi besi dan banyak lagi) yang dipercayai boleh memberikan rahmat/pertolongan kepada sipenggunanya.3. Azimat : Sebarang benda-benda bertulis ( samaada tulisan rumi, arab, AlQuran, hadith, rajah-rajah dll) yang dipercayai boleh memberikan rahmat/pertolongan kepada sipenggunanya.4. Ubat : Benda yang digunakan ( dimakan, disapukan dll ) untuk tujuan menyembuhkan penyakit atau menyihatkan badan dengan izin Allah.5. Matlamat tidak menghalalkan cara : Menjadi pencuri untuk memberi sedekah kepada orang miskin- haram. Jumpa bomoh/dukun/pawang syirik untuk tujuan berusaha untuk menyembuhkan gangguan syaitan diharamkan dalam islam walaupun matlamatnya adalah baik iaitu untuk menyembuhkan.Ibu bapa perlu menguasai dengan kukuh bab syirik ini kerana anak yang soleh tidak akan lahir dari ibu bapa yang musyrik (mengerjakan syirik). Ramai orang tahu bahawa tangkal itu salah tetapi untuk mereka terus menyimpan tangkal-tangkal yang diberikan, mereka menghujah bahawa mereka setakat menyimpan sahaja tangkal tersebut sedangkan niat dalam hati mereka tidak terpesong dan tidak mempercayai tangkal tersebut serta mereka masih mempercayaai kuasa Allah. Persoalannya ialah, kalau dah tak percaya kepada tangkal tersebut kenapa terus menyimpannya? Bukankah lebih elok dibuang sahaja tangkal tersebut. Satu insiden berlaku pada hari raya aidil fitri tahun 1998. Hamba Allah menyimpan pedang warisan dari nenek moyangnya. Setelah ditegur bahawa pedang tersebut adalah tangkal dan menyalahi Islam mereka berkata bahawa mereka hanya setakat menyimpan sahaja pedang tersebut tanpa niat yang terpesong dari Islam. Tetapi masaalahnya, pedang ini mereka puja dan setiap malam jumaaat kliwon dibakar kemenyan dan sekali setahun pula dimandikan dalam upih pinang. Sekali sekala pula hamba Allah ini berdialog secara lansong dengan pedang ini. Perbuatan ini jelas syiriknya tetapi bila diberi peringatan , mereka berusaha mencari helah dan alasan untuk membenarkan perbuatan mereka yang syirik ini.Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud ada menyatakan yang mafhumnya berbunyi:"Sesungguhnya tangkal, azimat dan petunduk adalah syirik"Dalam hadith sahih Turmizi dan Al Hakim pula ada menyatakan mafhumnya:"Sesiapa yang memakai / menyimpan sesuatu (tangkal azimat dll) maka ia telah bertawakkal dengan nya".Hadith ini menjelaskan bahawa apabila kita menerima sebarang pemberian dari bomoh lalu menyimpannya dengan tanpa sebarang niat sebenarnya kita telah mensyirikkan Allah. Kita diseru untuk hanya betawakkal kepada Allah sahaja dan betawakkal kepada selain dari Allah inilah yang dipanggil syirik iaitu memohon sesuatu kepada Tuhan lain selain Allah (iaitu dalam bentuk tangkal, azimat dll). Apabila kita melakukan perkara ini samalah kita dengan orang kafir Cina dan India. Mereka ini tahu tuhan mereka sebenarnya tidaklah berada dalam berhala tersebut tetapi berhala ini telah dijadikan tempat untuk bertawakkal (menyembah) untuk memohon dan meminta segala sesuatu.Ketahuilah bahawa menjadikan sesuatu sebagai perantara antara dirinya dengan Allah serta berserah diri (bertawakkal) kepada perantara itu, yang melakukan hal itu menurut kesepakatan Ulama (Ijmak) adalah kafir.Orang Cina (Taoism dan budha) dan India untuk mendapatkan sesuatu: mereka bertawakkal / mengharapkan kepada perantara berhala agar memperkenankan hajat/permintaan mereka. Pelaku Syirik (musyrikin) orang Melayu pula: Mereka bertawakkal / mengharapkan kepada perantara tangkal, azimat dll agar memperkenankan hajat/permintaan merekaCuba analisakan pula kes-kes berikut pula:Kes 1Orang Cina (kafir), pagi hari memohon kepada topekong (berhala) dengan membakar colok mohon diberikan rezeki kepada perniagaan mereka.Orang Melayu "Islam" pula Jumpa bomoh untuk dapatkan pelaris (tangkal, azimat dll). Setiap pagi meyakini rezeki dari perniagaan bertambah kerana telah ada pelaris.Nota: Mendapatkan khidmat bomoh pelaris memang akan melariskan perniagaan anda bagi jangka pendik (diatas bantuan syaitan) tetapi selepas beberapa tahun perniagaan akan bermasaalah besar mungkin hingga perlu ditutup kerana bala dari AllahKes 2Botak Chin dan pengikutnya memakai berbagai-bagai tangkal dan azimat untuk menjadikan dirinya istimewa!Orang melayu memasang susuk emas, berlian dan raksa di muka, punggung dan tangan untuk berbagai-bagai tujuan seperti cantik, manis, menawan, seksi, kuat, kebal dll.Kes 3Orang cina memakai tatoo untuk tujuan tertentu. Orang Melayu memakai tatoo untuk tujuan tertentu.Saat menunggu kelahiran bayi adalah satu saat yang boleh jadi menggembirakan tetapi ia juga boleh jadi satu saat yang menyeram dan mengerikan memikirkan berbagai-bagai kemungkinan yang boleh terjadi. Namun bagi orang mukmin ,"mereka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati" Baqarah : ayat 62Kalau kita banyak risau dan gelisah itu adalah satu tanda bahawa kita bukan orang mukmin sesuai dengan ayat diatas. Saat menanti kelahiran ini boleh mengubah orang yang cuai sembahyang kepada rajin sembahayang. Perbaikilah diri kita semoga menjadi seorang yang benar-benar Islam sejati semoga diantara rahmat dari Allah kelak kita menanti saat kelahiran bayi ini dengan hati yang tenang.Saat melahirkan bayi bagi seorang bakal ibu cukup menakutkan. Berbagai-bagai cerita yang kita dengar tentang azab ibu yang melahirkan anak sehingga kematian ibu yang melahirkan anak diberikan satu kedudukan yang tinggi dalam Islam sebagai salah satu jenis mati syahid. Namun demikian persoalan yang perlu kita fikirkan ialah mengapa ada orang melahirkan anak dengan cukup mudah manakala ada pula mereka yang melahirkan dengan cukup masaalah dan azab hingga berhari-hari ? Jawapannya ada didalam Al Quran As-Syuura’ ayat 30 :"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan mu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (kesalahan-kesalahan mu)".Jikalau seorang ibu melahirkan anak dengan banyak azab, maka Tuhan sebenarnya ingin memaafkan sebahagian dosa kita yang lalu (kalau kita redha dengan ujian ini dan tak memaki hamun dan menyumpah seranah). Nasihat saya ialah semoga saat melahirkan bayi dilalui dengan mudah, lancar dan tenang maka ibu bapa perlu lah mengelakkan sebarang dosa terutamanya dosa yang besar dan jikalau ada dosa-dosa yang lalu seperti dosa isteri dengan suami, dosa suami dengan isteri, dosa kepada ibu bapa, dosa kepada jiran dan dosa kepada rakan hendaklah diselesaikan segera sebelum saat kelahiran bayi . Mudah-mudahan dengan kurangnya kesalahan kelak Tuhan memudahkan proses kelahiran bayi.Setelah bayi selamat dilahirkan dan telah dbersihkan badannya, seperti yang telah dicontohkan oleh Nabi SAW, belahlah (tahnik) mulut bayi anda dengan menyapukan buah tamar yang sudah dilumatkan (atau madu) kelangit-langit mulut bayi anda dengan hujung jari. Apabila Lahirnya sahaja anak pertama yang sempurna dan comel janganlah kita pula menjadi syirik sesuai dengan firman Allah dalam surah Al A’raaf ayat 189 –190"Dialah yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya isterinya itu mengandung kandungan yang ringan dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami/isteri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata "sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang sempurna, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur" Tatkala Allah memberi kepada keduanya seorang anak yang sempurna, maka kedua-duanya menjadikan sekutu bagi Allah terhadap anak yang telah dianugerahkanNya kepada keduanya itu. Maka Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka persekutukan"Apakah yang dimaksudkan dengan Tatkala Allah memberi kepada keduanya seorang anak yang sempurna, maka kedua-duanya menjadikan sekutu bagi Allah? Akibat dari dhaifnya umat Islam masakini mereka telah melakukan apa yang Allah telah nyatakan dalam Quran ini. Lihatlah betapa setelah Allah berikan anak yang sempurna (tak cacat) mereka terus syirik tanpa disedari. Mula-mula sekali uri yang lahir bersama bayi tadi akan dibersihkan dibubuh garam, paku dan jarum lalu ditanam dalam bekas. Malamnya pula ada yang memasang pelita diatas uri tersebut. Bukankah garam, paku dan jarum tadi telah menjadi tangkal sesuai dengan hadith sahih Turmizi dan Al Hakim diatas. Disini tanpa jumpa bomoh ibu bapa telah menjadi syirik hanya atas nasihat orang tua mereka. Kalau kita soal kepada orang tua kita mengapa perlu bubuh garam, paku dan jarum, mereka akan berkata bahawa ini adalah ikhtiar untuk melindungi dari gangguan hantu, syaitan dan jin. Disinilah silap kita yang telah menyerupai amalan orang Cina seperti yang telah dihujahkan ditas. Kita sepatutnya memohon terus perlindungan dari Allah tanpa melalui perantaraan benda seperti garam, paku dan jarum.Seterusnya ramai ibu bapa melakukan syirik lagi tanpa disedari dengan meletakkan pula benda-benda seperti gunting, paku, kacip, bawang putih, bawang merah dll disekitar bayi tadi dengan tujuan untuk melindungi bayi dari gangguan hantu, syaitan dan jin. Bukankah ini sudah jelas hukum syiriknya dan sesuai pula dengan firman Allah dalam surah Al A’raaf ayat 189 –190 diatas. Bila saat mengandung berdoa berbagai-bagai tetapi bila dapat saja anak terus jadi kafir musyrik kerana mensekutukan Allah. Setengah orang pula tidak meletakkan barang-barang ini disekitar bayi tetapi menggantikannya dengan meletakkan surah Yaasin dan ada pula yang meletakkan AlQuran disisi bayi dengan alasan yang sama. Maka menurut definasi azimat diatas, ibu bapa ini telah menjadikan Yaasin dan AlQuran sebagai azimat dan hukumnya tetap syirik. Ia juga sesuai dengan "dari Ibrahim bin Nakhi berkata : Telah berkata Ibnu Masud : Mereka (para sahabat) telah membenci (mengharamkan) semua jenis tangkal dari AlQuran atau bukan dari AlQuran".Sebenarnya mereka yang menggunakan surah Yaasin dan Quran untuk menjauhkan gangguan hantu , syaitan dan jin adalah mereka yang terpengaruh dengan menonton movie hantu dan dracula barat dan cerita hindustan dimana hantu, syaitan dan dracula ini takut kepada kayu salib dan "holy water". Oleh kerana mereka adalah orang islam maka mereka menggunakan Yaasin dan Quran dengan tujuan yang sama. Maka dengan ini orang Islam yang menggunakan azimat dari Quran ini telah menggolongkan diri mereka sama dengan orang kafir tersebut.Sebenarnya dengan menggunakan tangkal dan azimat bagi melindungi bayi akan menjadikan bayi tersebut lebih terdedah kepada gangguan yang akan mengakibatkan bayi kerap menangis terutamanya menjelang maghrib dan tengah malam. Syaitan telah mengganggu bayi tersebut dengan harapan ibu bapa dhaif ini akan berjumpa pula dengan bomoh/dukun/pawang agar mereka terjerumus kedalam lembah syirik yang semakin dalam.Allah berkuasa menjadikan segala rupa kejadian. Bayi yang kita lihat lemah tak bermaya diberikan oleh Allah satu kelebihan yang tidak terdapat pada orang dewasa dan kanak-kanak. Bayi boleh melihat hantu/syaitan/jin yang mengganggu. Itulah sebabnya bayi ini mudah menangis terutamanya waktu menjelang senja dan tengah malam. Secara umumnya bayi akan menangis apabila lapar, kencing, berak dan sakit atau tak selesa. Jikalau bayi tak lapar, tak kencing, tak berak tidak sakit/kembung perut dan dalam keadaan selesa tetapi setelah dipujuk pun terus menangis untuk tempuh waktu yang lama maka bayi ini sedang mengalami gangguan dari syaitan. Pada kebiasaannya, syaitan yang mengganggu bayi ini adalah syaitan yang kita jemput secara resmi. Apabila dipersekitaran bayi atau didalam rumah banyak benda-benda tangkal dan azimat maka syaitan akan mendampingi benda-benda ini. Syaitan inilah yang mengganggu bayi ini.Akan ada orang bertanya mengapa apabila saya bawa bayi yang diganggu syaitan ini kepada bomoh, anak saya diam dan sembuh pula sedangkan bomoh ini juga gunakan khidmat syaitan. Jawapannya ialah bahawa sebenarnya syaitan ini ada mesyuarah dan pakatan diantara syaitan-syaitan dan matlamatnya adalah agar manusia terus syirik. Syaitan dari bomoh tersebut telah berpakat dengan syaitan asal yang mengganggu bayi agar jangan lagi mengganggu bayi ini. Perkara ini nampak seolah-olah syaitan telah menolong bomoh dan bayi tersebut. Sememangnya benar syaitan ini menolong bayi tetapi keuntungan jauh lebih besar yang diperolehi oleh syaitan ialah ibubapa bayi ini telah murtad dan syirik dengan berjumpa bomoh dan menerima tangkal/azimat dari bomoh tersebut. Namun demikian satu perkara yang menarik yang perlu difikirkan oleh semua orang Islam ialah "adakah selamat dari gangguan syaitan (dengan jumpa bomoh) ini kekal ?". Jawapannya ialah kembali kita kepada Al Quran As-Syuura’ ayat 30 diatas, setiap yang berdosa akan menerima musibahnya. Secara kebiasaannya (hukum adat seperti yang ditetapkan oleh Allah), selamat (aman) dari gangguan syaitan (dengan jumpa bomoh) ini hanya akan bertahan untuk tempuh selama 30 hingga 40 hari sahaja. Selepas tempuh ini syaitan akan terus mengganggu bayi ini dengan tujuan supaya ibubapa ini akan berjumpa lagi dengan bomoh yang sama. Dengan ini bomoh mendapat sumber pendapatan yang tetap dan manusia dapat terus disesatkan oleh syaitan.Demi kesejahteraan bayi yang baru dilahirkan dan demi menjaga aqidah sebagai seorang beragama Islam, jauhilah syirik. Jikalau didalam rumah ini sudah sedia ada tangkal/azimat sebelum kelahiran bayi, maka bersihkan rumah ini dari benda-benda ini semoga bayi akan sentiasa dibawah perlindungan Allah dan selamat dari gangguan syaitan. Orang yang melakukan syirik dengan otomatis akan gugur perlindungan yang diberikan oleh Allah dan dengan itu terdedah pula kepada gangguan syaitan.Suami isteri yang mengharapkan kelahiran bayi yang sihat dan sempurna selalu berdoa kepada Allah. Sewaktu ini kalau Tuhan meminta sesuatu sebagai jaminan keselamatan bayi pasti akan kita tunaikan walaupun seberat mana sekalipun. Jadi setelah seorang bayi comel yang sihat dan sempurna diberikan oleh Allah, apalah salahnya sebagai tanda kesyukuran kita menjamu orang yang layak dijamu seperti fakir miskin, janda-janda dan anak yatim. Dengan ini Islam telah menuntut agar pasangan yang mendapat anak lelaki menyembelih 2 ekor kambing dan 1 ekor kambing pula bagi anak perempuan sebagai aqeqah. Mahal sangatkah 2 ekor kambing berbanding dengan rahmat Allah yang tak terkira banyaknya. Lakukanlah seperti yang dicontohkan oleh Nabi SAW iaitu menyembelih aqeqah pada hari ketujuh kelahiran bayi dan seterusnya berilah nama yang baik. Faktor nama yang baik sememangnya akan mempengaruhi perwatakan bayi ini. Berikanlah daging aqiqah tadi kepada orang yang layak menerimanya seperti fakir miskin, janda dan anak yatim sesuai dengan sunnah Nabi. Selain memberi nama dan aqeqah pada hari ketujuh, nabi telah mencontohkan agar bayi ini dicukur licin pula kepalanya. Setiap yang dicontohkan melalui Nabi SAW sememangnya banyak kebaikan atau hikmahnya. Kalau nak lihat apakah kesannya kepada bayi anda carilah bayi-bayi lain yang tidak dicukur rambutnya. Pasti anda akan temui bahawa kulit kepala bayi ini banyak berkudis dan bernanah. Jadi inilah hikmahnya setiap sunnah yang dilakukan oleh Nabi SAW untuk dicontohi oleh kita semua. Nabi memberi contoh yang sempurna tetapi ramai rakyat Malaysia kini seolah-olah lebih pandai dari Allah dan Nabi. Nabi membuat sesuatu hatta bercukur atas perintah Allah kerana hikmah-hikmahnya. Rakyat Malaysia ubah syaria’at ini dengan membuat kenduri bacaan marhaban dari kitab Jaafar AlBarzanzi walaupun kitab ini banyak penyelewengan aqidah. Selepas itu potong sedikit rambut lalu masukkan kedalam kelapa muda yang dipotong indah kerana dipercayai rambut yang dimasukkan keladalam air kelapa muda ini akan membawa kebaikan tertentu. Ini sudah satu perbuatan syirik yang jelas mengikut perbincangan diatas. Nabi suruh cukur semua rambut tetapi kita buat syariaat baru iaitu potong rambut depan sahaja. Kita lebih pandai dari Allah dan rasulnya. Dan apa yang amat jelas ialah budaya masukkan rambut dalam air kelap muda sememangnya amalan budaya orang hindu. Orang hindu pada hari Thaipusam pecahkan biji kelapa kerana kononnya ada hikmahnya yang tertentu.Dari masa kesemasa ibu bapa baru ini akan membawa bayi kecilnya ke rumah saudara mara dan sahabatnya. Sepanjang perjalanan perbanyakkanlah zikir. Apa yang sangat perlu diingati ialah "jangan menunjuk samaada dengan jari atau dengan mulut sebarang benda yang dilihat sepanjang perjalanan terutamanya kuil, rumah berhala, kubur, patung-patung, gambar, bukit, gua dan gunung." Jikalau anda nak buat satu amali mudah bolehlah anda menunjukkan kepada bayi anda mana kuil hindu dengan jari telunjuk anda dan tunggulah beberapa ketika apa yang akan berlaku.Setelah sampai kerumah yang dituju, apa perlu dilakukan apabila tiba-tiba sewaktu memasuki rumah ini bayi terus menangis (akibat gangguan syaitan) yang luar biasa ? Ini adalah petanda yang menunjukkan bahawa rumah ini terdapat banyak syaitan yang berdamping dengan barang-barang tangkal/azimat, patung (patung kuda atau patung pemberian kawan dari Bali), gambar dll. Berilah alasan yang baik kepada tuan rumah dan tinggalkan rumah tersebut secara segera. Kalau perlu juga pergi kerumah ini bersama bayi, pergilah selepas bayi berumur satu tahun. Ketika ini bayi ini sudah tidak ada lagi keistemewaan untuk melihat syaitan.Sebelum bayi lahir, latihlah diri anda selalu bersembahyang berjamaah bersama isteri/suami. Sebelum maghrib, tutuplah pintu dan tingkap. Lubang angin (ventilation) tidak mengapalah dibiarkan terus terbuka. Amalan orang tua-tua dikampung dahulu kala ada banyak muslihatnya yang tidak diketahui.Adakah boleh menerima tetamu diwaktu mendapat bayi ini ?. Jawapannya adalah boleh tetapi dengan cara yang betul. Kalau kita menerima tetamu waktu malam dan tetamu terus pula mendukung bayi ini, jawapnya tunggulah menjelang tengah malam nanti insyaAllah bayi anda akan melalak. Cara yang betul ialah sediakan air untuk berwuduk diluar rumah untuk tetamu mengambil air sembahyang. Kalau diluar rumah ada paip air lebih mudah. Pentingnya ialah pastikan tetamu mengambil air sembahyang terlebih dahulu diluar rumah bukan masuk rumah baru ambil wudhuk. Jika suami balik kerumah dari tempat kerja atau dari kebun juga amalkanlah mengambil air wuduk sebelum memasuki rumah, mudah-mudahan bayi akan dilindungai Allah dari gangguan syaitan.Bapa juga dilarang untuk membawa masuk benda-benda berdarah selepas maghrib. Kalau nak beli ayam atau daging lembu, belilah waktu siang hari dan bawa masuk rumah sebelum waktu maghrib. Kalau ada juga orang memberi rezeki ayam yang sudah bersembelih atau daging pada waktu malam, janganlah bawa masuk kerumah tetapi mintalah jiran anda simpankan daging atau ayam ini sehingga esok hari.Kini tibalah pula bahagian bagaimana sekiranya bayi diganggu syaitan dan menangis tanpa henti. Apabila anda meyakini bahawa tangisan bayi anda adalah luarbiasa yang mungkin disebabkan oleh gangguan syaitan, bacalah kalimah-kalimah Allah seperti ayat Kursi atau ayat-ayat laindengan kyusuk dan suara yang lembut antara kedengaran dengan tidak. Selepas itu terus berdoa mohon perlindungan daripada Allah untuk memberikan rahmatNya kepada anak tersebut. Selepas itu hembuskanlah perlahan-lahan kebelakang telinga kanan bayi ini. Perlu diingati bahawa perlindungan adalah dari Allah dan bukan dari ayat Kursi ini. Tidak perlulah dibacakan kalimah Allah ini dengan kasar dan kuat seolah-olah bacaan ayat inilah yang menghalau syaitan. Boleh juga dibacakan ayat-ayat dari empat Kul iaitu Al Kafirun, Al Ikhlas, Al Falak dan An Nas. Ulangilah perbuatan ini sehingga anak tersebut diam. Sebagai satu latihan harian yang baik, adalah digalakkan bagi ibu atau bapa membacakan ayat-ayat bermula dari ayat Kursi hingga An Nas setiap kali menidurkan bayi, mudah-mudah Allah (dan bukan ayat-ayat ini) akan memberikan perlindungan kepada bayi anda.Sebagai bapa, berilah isteri makanan dari rezeki yang baik kerana susu yang diberikan kepada bayi akan membawa seribu rahmat. Sebagai ibu pula, bertekadlah semasa mengandung untuk menyusukan bayi anda kalau dapat hingga bayi berumur 2 tahun. Menyusukan bayi jauh lebih murah dari memberikan bayi susu formula. Tambahan lagi ibu lebih mudah dan selesa diwaktu malam kerana tidak perlu bangun untuk membancuh susu formula. Ibu bapa pula lebih tenteram kerana susu ibu akan insyaAllah menjadikan bayi tidak banyak kena penyakit terutamanya selsema dan batuk. Bayi yang mengidap selsema dan batuk akan banyak merengek dan menjadikan suasana ibu bapanya tegang dan banyak berjaga malam yang sungguh meletihkan.Bagi mempastikan bayi terus membesar dengan sihat tanpa sebarang musibah seperti penyakit dan kemalangan lain, ibu bapa amat perlu memainkan peranannya. Kadang-kadang secara tiba-tiba bayi mendapat batuk dan selsema yang teruk tetapi setelah diperiksa kemungkinan besar penyakit ini adalah berpunca dari kesilapan ibu bapanya. Kesilapan yang selalu dilakukan oleh ibu ialah sifat megah dan riak (menunjuk-nunjuk). Megah dan riak hanya sifat kepunyaan Allah. Manusia tidak layak mempunyai sifat-sifat ini kerana manusia adalah lemah. Apabila seorang ibu suka sangat menceritakan betapa comelnya bayi beliau kepada rakan dan jiran, maka tunggulah saat bila mana bayi anda jadi tidak comel lagi apabila kena penyakit selsema dan batuk dengan ingus meleleh dan kurus kerana tak lalu makan. Terimalah musibah dari Allah akibat dari tangan (mulut) anda sendiri sesuai dengan firman Allah dalam ayat 30 surah As Syuura’ diatas. Sepatutnya bila bayi terus membesar dengan comel dan lincah, si ibu perlu banyak mengucap syukur dengan membanyakkan zikir mudah-mudahan rahmat Allah ini akan ditambah lagi. Apa yang berlaku dipejabat apabila seseorang bertanyakan khabar bayi yang baru lahir, tak habis-habis si ibu menceritakan kisah bayinya yang itu dan yang ini. Cubalah belajar dengan menjawab "Alhamdulillah bayi saya sihat" dan cukup setakat itu sahaja supaya terelak dari sifat megah dan riak dengan nikmat Allah ini iaitu dapat bayi.Sekian, Wallahualam, Wassalam
Posted by Allahyarham achit at 1:31 AM 0 comments
Tauhid Uluhiyah
Ialah “Dialah Tuhan yang sebenarnya dan hanya Dialah sahaja satu-satunya Tuhan yang wajib disembah, tidak ada sekutu bagiNya. Allah disembah dengan penuh keikhlasan, kecintaan dan kebesaranNya”.
(Jumhur ulama)
Secara mudah, konsep uluhiyah Allah ini boleh dijelaskan sebagai “Allah sahaja yang perlu disembah dan diibadati dan tidak boleh disekutukan atau menggunakan perantara”.
Ini bermakna seandainya kita menyembah selain Allah seperti dewa angin, Latta, Uzza, Tok nenek, penjaga gunung, Tuhan Subramaniam dan sebagainya lagi maka rosaklah tauhid uluhiyah Allah dan gugurlah akidah lalu menjuruskan pelaku kepada kekafiran.
Demikian juga apabila kita mempersekutukan (sekutu George Bush adalah Tony Blair) Allah dengan segala sesuatu seperti berhala yang berbagai bentuk (dari bentuk patung hingga kepada bentuk cermin dan tahi besi), Tuhan Isa, Tuhan Mariam, tangkal dan azimat maka pelaku tersebut telah mengingkari tauhid uluhiyah dan gugurlah akidah lalu menjuruskan pelaku kepada kekafiran menjadi kafir musyrik.
Antara berhala sembahan orang kafir yang biasa dilihat adalah seperti patung, gambar dan objek seperti tangkal di atas pintu masuk rumah mereka. Tangkal dan azimat sebenarnya adalah merupakan berhala yang disembah oleh orang Melayu Islam hari ini. Amat menyedihkan sekali. Jikalau tidak kita mulai hari ini siapa lagi yang boleh diharapkan untuk memerangi gejala ini jikalau tidak kita semua?
Berhala orang kafir. Orang kafir memohon perlindungan kepadanya (atau perantara kepada Tuhan), berdoa kepadanya (atau perantara kepada Tuhan), takut akan siksanya (kalau tak disembah boleh menyebabkan kecelakaan), berharap kepadanya (atau perantara kepada Tuhan) dan bertawakal kepadanya.
Berhala sesetengah orang Melayu “Islam ?”. Mereka memohon perlindungan kepada “berhala” ini (atau perantara kepada Allah), berdoa kepadanya (atau perantara kepada Allah), takut akan siksanya (kalau tak dipuja atau diasap kelak dia marah dan menyebabkan kecelakaan) , berharap kepadanya (atau perantara kepada Allah) dan bertawakal kepadanya.
Mari kita lihat contoh-contoh kes kerosakan tauhid uluhiyah:
a. Seorang pelaku sewaktu hendak masuk hutan lalu berkata “Tabik datuk nenek, cucu nak tumpang lalu”.
Pelaku telah rosak akidahnya (uluhiyah) lalu menjuruskan kepada kekafiran kerana ia telah menyembah selain daripada Allah. Ramai orang Cina di Malaysia mengamalkan agama yang dinamakan agama nenek moyang kerana mereka menyembah nenek moyang yang telah mati.
b. Di kalangan orang jawa selalu akan berkata begini apabila berjumpa dengan orang cacat “tamit-tamit djambambayi majukaget, ngesok anak aku ojo koyok ngunu”. (......... besok anak aku jangan macam itu).
Pelaku percaya dengan jampi tersebut akan memberi kekuasaan agar kelak anak mereka tidak cacat seperti orang itu. Ini menggugurkan keimanan (tauhid uluhiyah) kerana jampi tersebut sebenarnya tidak mempunyai sebarang kuasa. Dengan memohon sesuatu melalui perantaraan / sekutu iaitu dalam bentuk jampi, ini telah merosakkan akidah (tauhid uluhiyah) dan menjuruskan pelakunya kepada kekafiran.
c. Terdapat di kalangan orang Islam menyimpan ayat Kursi di dalam beg tangannya dengan meyakini bakal mendapat kebaikan dan perlindungan daripada kejahatan iblis dan syaitan.
Orang ini juga telah rosak akidahnya, gugur imannya lalu menjadi kafir (mushrik) kerana mempercayai bahawa selain Allah ada makhluk lain (sekutu Allah) iaitu ayat Kursi yang boleh memberi kebaikan dan perlindungan daripada kejahatan Iblis dan syaitan.
d. Mengadu dengan arwah emak dikuburnya : “Emak, saya sekarang sedang terlalu kusut. Suami kat rumah tu dah mula buat hal. Mak, macam mana mak. Tolonglah mak”. Pelaku ini secara tak sedar sudah meminta pertolongan kepada arwah emaknya yang menyalahi uluhiyah Allah menjadikannya kafir.
Apakah lawan bagi tauhid uluhiyah ?. Lawan bagi tauhid uluhiyah ialah syirik.
Syirik
Syirik “ialah menjadikan sesuatu selain Allah sebagai sekutu atau saingan yang disamakan dan disamakan taraf dengan Allah, Tuhan bagi alam semesta dengan mencintainya seperti mencintai Allah, takut kepadanya seperti rasa takutnya kepada Allah, memohon perlindungan kepadanya, berdoa kepadanya, takut akan siksanya, berharap kepadanya dan bertawakal kepadanya, atau mentaatinya dalam melakukan maksiat atau mengikutinya melakukan hal-hal yang tidak diredai oleh Allah”.
Daripada definisi ini, jelaslah bahawa takut kepada hantu boleh membawa kepada syirik begitu juga dengan takut kepada pemimpin.
Renungilah firman Allah dalam surah Al-Maidah: 72:
Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Mariam. Padahal Al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim”.
Begitulah juga dengan firman Allah dalam surah An-Nisaak:48:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.
Dan dalam surah An-Nisaak: 116:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
Mohammad Abdul Kadir Al Mandili menyatakan syirik sebagai mempersekutukan Allah dengan sesuatu makhluk ciptaanNya seperti patung, gambar, tulisan, senjata, tangkal, azimat, pokok dan Quran. Seterusnya beliau menyatakan bahawa di antara punca-punca syirik ialah beribadah (menyembah) terhadap makhluk seperti :
a. Menjadikan makhluk tempat berseru termasuk menyeru wali yang telah mati dan menyeru malaikat.
b. Taat makhluk lebih dari taat kepada Allah SWT.
c. Meminta sesuatu kepada makhluk yang di luar bidang kuasanya. (Minta duit dari ayah tidak menyalahi).
d. Cinta Makhluk lebih dari mencintai Allah.
e. Lebih takut kepada makhluk (termasuk hantu) berbanding Allah.
Sayang sekali kerana ramai daripada orang Melayu yang sembahyangnya tidak tinggal, naik haji 3 kali, tetapi di rumah ada keris pusaka yang diasap pada malam tertentu dan pelbagai lagi tangkal dan azimat. Ibadat yang dilakukan tidak ada makna langsung dan neraka sahajalah tempatnya kelak. Apabila akidah kita sudah rosak maka syaitan akan menjadi teman setia seperti yang difirmankan oleh Allah daripada dua ayat berikut iaitu Al A’raaf: 27:
"Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami (Allah) telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.”
Dan surah Az Zukhruf: 36
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
Ramai orang Islam yang tidak sedar bahawa mereka telah murtad hanya dengan menolak atau tidak redha dengan satu hukum. Orang perempuan pun mudah sangat rosak akidah mereka hanya dengan tidak redha kepada hukum poligami seperti kumpulan ***** yang popular sedikit waktu dulu . Apalah sangat kita tidak setuju dengan hukum Islam, mencuri tanpa sebab yang munasabah dihukum potong tangan. Di negara China, hukuman rasuah adalah bunuh tetapi tidak ada pula orang yang mempertikaikannya.
Syirik adalah jelas merosakkan akidah. Apabila sudah menjadi mushrik (pelaku syirik) - rahmat, hidayah dan taufik daripada Allah akan terlindung. Mengambil tangkal, azimat, pelaris, pendinding dan berjumpa bomoh menjadikan kita kafir mushrik. Sebesar-besar dosa seperti zina atau membunuh tak boleh menandingi dosa syirik seperti yang dinyatakan oleh ayat Quran surah An Nisaak 116 di atas iaitu:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik. Dan Dia akan mengampuni dosa-dosa lain bagi yang dikehendakiNya.”.
Amalan syirik seperti mandi bunga, tangkal pelaris, penunduk suami, penghalau jin dan syaitan, pagar rumah, penerang hati dsb memang banyak sekali diamalkan di kalangan orang Melayu Islam kita.
Kes 11
Kes ini berlaku pada sesi pengajian 2002/2003 sesi ke 2. Saya diberikan tugas untuk mengajar pengajaran mikro kepada kira-kira 12 orang pelajar tahun 3. Setiap pelajar perlu menjalani pengajaran mikro mengikut gilirannya. Pelajar pertama selalu kurang bernasib baik dan ramai yang gagal kerana tidak dapat melihat model pengajaran untuk diikuti. Pelajar kedua, ketiga dan seterusnya lebih bernasib baik kerana telah melihat model-model pengajaran dan telah mendengar pelbagai komen yang positif dan negatif dari pensyarah. Pelajar K adalah antara pelajar yang bernasib baik kerana giliran beliau adalah kira-kira yang kelima. Namun sewaktu pelajar K mengajar, beliau seolah-olah tidak pernah melihat langsung sebarang model pengajaran yang sepatutnya. Beliau gagal dengan teruk sekali. Beliau perlu menunggu sehingga semua pelajar lain habis menjalani pengajaran mikro sebelum beliau dikehendaki mengulang untuk kali kedua. Saya telah memanggil pelajar K untuk ditemu bual. Pelajar K telah menceritakan bagaimana keluarganya memang pernah memanggil bomoh untuk datang ke rumah dan pernah pergi mencari bomoh-bomoh lain kerana ibunya memang mempunyai masalah. Salah seorang daripada bomoh ini ada memberikan kain hitam kira-kira semeter panjang untuk disimpan oleh pelajar K. Selepas sesi-sesi pertemuan dengan bomoh-bomoh ini, pelajar K mendapat satu kelebihan iaitu boleh menurun dan boleh berkomunikasi dengan makhluk halus (iblis). Lalu saya ceritakan bahawa pengalaman yang telah dilalui oleh pelajar K ini salah di sisi Allah dan adalah sejenis syirik iaitu sebesar-besar dosa. Saya menyuruh pelajar ini taubat dan menyerahkan kain hitam tersebut kepada saya. Namun pelajar K tidak dapat berbuat seperti yang diarahkan dengan segera kerana rumahnya berada jauh di pantai timur.
Apabila tiba giliran pelajar K untuk menjalani pengajaran mikro kali kedua, seperti yang dijangkakan, beliau telah gagal sekali lagi dan langsung tidak ada peningkatan walaupun telah menonton semua pelajar lain disamping mendengar semua sesi perbincangan selepas setiap sesi pengajaran mikro. Beberapa hari selepas kegagalan kali kedua tersebut, pelajar K telah balik ke kampung untuk cuti hari raya Aidiladha. Sekembalinya beliau dari pantai timur, terus beliau menyerahkan tangkal kain hitam kuning kepunyaan beliau kepada saya iaitu pada hari Jumaat. Tiga hari selepas itu iaitu pada hari Isnin berikutnya, pelajar K menjalani sesi pengajaran mikronya untuk kali ketiga dan peluang ini adalah peluang yang terakhir. SubhanaAllah, maha suci Allah, saya dan pelajar-pelajar lain terpegun sama sekali melihat kelancaran sesi pengajaran mikro tersebut. Pelajar K telah lulus dengan baik sekali pengajaran mikronya hanya selepas tiga hari beliau membebaskan dirinya daripada belenggu syirik tangkal.
Rumusan daripada cerita ini ialah melakukan syirik bagi orang Islam akan menjadikan pelakunya semakin tidak pandai kerana rahmat Allah telah tidak turun kepadanya.
Kes 12
Kes ini pula berlaku pada semester II sesi 200X/200Y. Saya juga dikehendaki mengajar kelas pengajaran mikro seramai kira-kira 13 orang pelajar. Salah seorang daripada pelajar saya ini adalah pelajar mengulang iaitu beliau gagal pada sesi yang lalu. Saya namakan beliau sebagai ABC. Sebaik sahaja saya mengetahui bahawa ABC adalah pelajar bermasalah dan mengulang seperti yang diberitahu oleh penyelaras mata pelajaran, saya lalu meminta ABC untuk menemui saya untuk sesi temu bual. Melalui beberapa sesi temu bual, diceritakan bagaimana keluarga ABC adalah pencinta bomoh. Berbagai-bagai tangkal boleh dilihat bersepah di dalam rumah. Ada tangkal yang telah ditanam di sekeliling rumah. Keturunan ABC adalah tukang buat wayang kulit, Sebahagian daripada alat pertukangan untuk membuat wayang kulit juga terdapat di sekitar rumahnya. Seorang abang ABC merupakan graduan bekas pegawai tentera berpangkat kapten tetapi kini telah menjadi seorang penganggur kerana menghidap penyakit mental. ABC juga menceritakan bagaimana beberapa bulan lalu beliau ada menemui beberapa bomoh. Berbagai-bagai tangkal dan air jampi telah diberikan oleh bomoh-bomoh ini. Ada di antara tangkal-tangkal ini adalah dalam bentuk pen dan pensel untuk digunakan setiap kali beliau menulis nota kuliah di universiti agar mudah diingat. Walaupun berbagai usaha dan tangkal yang diberikan para bomoh, hakikatnya ialah beliau semakin merosot di dalam akademik. ABC semakin menghadapi banyak masalah dan kemuncak daripada pelbagai masalah ini ialah beliau telah mencampurkan berbagai ubat lalu diminum dengan harapan untuk mati secara bunuh diri. Namun Allah masih sayang kepadanya dan ABC sempat ditemui lalu dihantar ke sebuah hospital. Alhamdulillah ABC tidak mati. Setelah menyedari berbagai-bagai kesilapan melakukan syirik, beliau telah bertekad untuk menyerahkan berbagai-bagai tangkal dan azimat serta air jampi kepada saya. Alhamdulillah ABC menyerahkan berbungkus-bungkus tangkal, azimat, buku sihir dan air jampi jauh lebih awal dari giliran beliau untuk pengajaran mikro. Selepas beberapa pertemuan awal yang memakan masa lebih se jam setiap pertemuan, ABC sangat berminat bertemu dengan saya hampir setiap minggu dan kadangkalanya dua kali se minggu untuk mempelajari agama terutamanya aspek pembersihan akidah. Apabila tiba giliran ABC untuk pengajaran mikro, beliau telah lulus dan begitu juga bagi sesi latihan mengajar.
Rumusan daripada kes 11 dan 12 ini ialah, apabila pelajar dibesarkan dengan kebesaran keluarga yang mengamalkan amalan suka jumpa bomoh, akhirnya pelajar ini sendiri sudah pandai mencari bomohnya sendiri. Kesyirikan yang dilalui pelajar ini menyebabkan pelbagai masalah kronik timbul yang seterusnya menjejaskan prestasi akademik dengan teruk sekali. Apabila pelajar ini membebaskan diri daripada pengaruh syirik, rahmat Allah turun semula dan prestasi akademik meningkat. Apabila sudah sesat dan jauh daripada jalan yang ditunjukkan oleh Allah, maka :
Sifat orang kafir sesat ini Allah nyatakan dalam dua ayat berikut iaitu Al Hijr: 56 :
”Nabi Ibrahim berkata: Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat”.
Dan dinyatakan lagi dalam surah Yusuf: 87
”Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin) dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".
Seperti yang dijelaskan pada dua ayat di atas, putus asa daripada rahmat Allah adalah sifat bagi orang kafir dan sesat. Orang kafir sememangnya sesat dan orang sesat sememangnya kafir. ABC telah membunuh diri walau pun belum mati kerana pada ketika itu beliau adalah sesat dan kafir. Pada waktu tersebut beliau telah putus asa ke atas rahmat Allah .
Kes 13
Satu kes lain yang di alami oleh seorang guru perempuan yang tidak putus-putus dilanda masalah bala bencana telah berniat untuk membunuh diri juga tetapi belum dilaksanakan tetapi sudah mula menghisap rokok dan berusaha untuk mendapatkan dadah. Masalah guru ini juga adalah sama iaitu beliau dan suami suka mencari bomoh dan mengumpul tangkal dan azimat.
Rasulullah bersabda dalam dua hadis berikut mafhumnya:
“Sesungguhnya tangkal, azimat dan guna-guna itu adalah syirik”
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
“Barangsiapa menggantungkan azimat (tangkal) maka Allah tidak menyempurnakan kehendaknya dan barangsiapa menggantung “wada’ah1” (sebagai tangkal), maka Allah tidak memberikan perlindungan kepadanya”
(Riwayat Ahmad, Abu Ya’la dan Hakim dari Uqbah bin Amir)
(1 Pada zaman Nabi SAW, wada’ah digantung di dinding rumah bila seseorang akan pergi dalam perjalanan yang diharapkan mendapat pertolongan dan perlindungan dalam perjalanannya.)
Dalam satu hadis lain Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melihat gelang tembaga di tangan seseorang , lalu beliau bertanya, “Apakah ini?” Orang itu menjawab, “Tangkal untuk mengatasi badan yang lemah.” Lalu beliau bersabda mafhumnya,
“Buanglah segera, kerana ia hanya menambah kelemahan pada tubuhmu. Maka sesungguhnya jika engkau mati sedang engkau masih memakai tangkal itu nescaya engkau tidak akan mendapat kebahagiaan selama-lamanya”
(Riwayat Ahmad dari Imran bin Hushain)
Dalam satu hadis lain, mafhumnya:
“Dia (Nabi) masuk kepada orang sakit dengan maksud menziarahinya. Sewaktu menyentuh pundaknya (bahu), maka terasa di dalamnya benang. Maka Nabi bertanya : “Apa ini?” Dijawab : “Sesuatu yang telah dijampi padanya untukku.”
Maka berkata dia: “Kalau kau mati dan objek itu (tangkal) masih pada mu, maka aku tidak akan mensolatkan engkau.”
(Riwayat Waqi’e)
Mengapa Nabi SAW berkata demikian? Ini adalah kerana orang ini telah kafir dan orang kafir tidak boleh disembahyangkan. Mengenai perkara ini berkata Ibrahim bin Nakhi:
“Dari Ibrahim bin Nakhi berkata : Telah berkata Ibnu Masud: Mereka (para sahabat) telah membenci (mengharamkan) semua jenis tangkal, dari Al Quran atau bukan dari Al Quran.
Nabi SAW tidak bertangkal tetapi bertawakal kepada Allah. Syirik menukarkan konsep tawakal kepada Allah menjadi tawakal kepada makhluk.
Posted by Allahyarham achit at 1:30 AM 0 comments
Penyalahgunaan wasilah
Pengertian wasilah ialah perantara, jalan, sebab yang dapat memperdekat kepada yang lain. Salah satu kata kembangan dari wasilah ialah tawasul dan bertawasul iaitu meminta kepada sesuatu sebagai perantara, jalan, sebab yang dapat memperdekat kepada yang lain.
Tawasul yang dibenarkan dalam Islam menurut Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah adalah seperti berikut.
1. Tawassul dengan perantara atau jalan beriman kepada apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dengan cara melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah. Cara ini sesuai dengan firman Allah pada surah Al Maaidah : 35;
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.
2. Tawassul dengan cara memohon doa dari orang hidup sama ada Nabi SAW atau sesiapa sahaja.
Tidak salah untuk meminta ibu bapa, guru, suami, isteri, anak atau mana-mana orang soleh yang masih hidup untuk mendoakan sebarang hajat yang diminta seperti apabila bermusafir, belajar atau melakukan satu perkara seperti membuat rumah. Ini juga banyak dilakukan oleh sahabat Nabi ketika Nabi SAW masih hidup tetapi budaya ini tidak dilakukan lagi sesudahnya Nabi SAW wafat.
3. Tawassul dengan cara memohon doa kepada Allah SWT agar diberikan keizinan Nabi Muhammad kelak memberikan syafaatnya di padang mahsyar. Ini tidak langsung menyalahi hukum kerana yang kita pohon adalah kepada Allah. Analogi ini boleh diceritakan melalui kes orang yang sedang memohon pekerjaan lalu berdoalah ia “Ya Allah Engkau bukakanlah hati En Mahad pengurus besar syarikat XYZ semoga beliau memberi peluang aku bekerja di syarikatnya”
Tawassul yang dilarang di dalam Islam seperti dinyatakan oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah ialah seperti yang banyak dilakukan oleh orang ramai masa kini dengan jalan bersumpah dengan nama Rasulullah, orang-orang yang soleh seperti Syeikh Abdul Kadir Jailani lalu meminta-minta kepadanya walaupun orang ini sudah tidak ada di muka bumi ini. Budaya ini sebenarnya sama dengan apa yang diamalkan oleh orang Cina dari agama menyembah nenek moyang. Mereka akan memohon dari nenek moyang yang telah meninggal segala permohonan sama ada di kuburan atau di depan gambar nenek moyang (leluhur) mereka. Kini orang Melayu Islam sudah mula mengadu nasib menceritakan masalah hidup mereka kepada arwah ibu atau bapa mereka di depan kuburan lalu meminta arwah mereka memberikan pertolongan menyelesaikan masalah.
Diantara contoh Doa songsang ini ialah:
1. Allah Humma bihaqqi Nabiyyika ............
“Ya Allah, atas berkat Nabi Mu, atas hak Nabi Mu, dan seterusnya.
2. Ya Allah, dengan berkat yang Dikau berikan kepada penghuni kubur ini aku bertawassul kepadanya, agar Dikau limpahkan kepada kami.............
3. Allahhumma kullisai ing kadir. Kun fayakun salluyyah
Cahaya aku cahaya nabi Yusuf, di muka aku cahaya Ali, di badan aku cahaya Muhammad.
(nama orang tersebut) memandang aku, kasih jiwa Allah, berkat aku memakai doa cahaya Nabi Yusuf. Bukan dengan kata aku dengan kata Allah, berkat kalimah Laillaha illallah Muhammadarasulullah. Amin. Ulang tiga kali. Baca semasa memakai bedak.
Menurut Sheikhul Islam Muhammad bin Sulaiman At-Tamimi menyatakan;
“Sesungguhnya ibadah terhadap wali-wali dan orang-orang soleh dengan jalan mengharapkan doa-doa dan pertolongan mereka setelah wafatnya dan bertawassul dengan mereka ini adalah perbuatan syirik dan bertabarruk (mencari barkah) dengan pokok-pokok dan batu-batu serta perkuburan para wali itu adalah perbuatan syirik”
Sehubungan dengan ini Allah berfirman melalui surah Al Isra’:56
Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum musyrik): Serukanlah orang-orang yang kamu dakwa (boleh memberi pertolongan) selain dari Allah, maka sudah tentu mereka tidak berkuasa menghapuskan bahaya daripada kamu dan tidak dapat memindahkannya.
Syeikh Mubarak Ibnu Muhammad menyatakan:
“Semua hadis yang menerangkan tentang bentuk-bentuk tawassul kepada orang yang telah meninggal dunia menurut penelitian ahli-ahli hadis, semuanya adalah daif atau mauduk (tertolak)”
Kalau nak bertawassul juga, Allah ada mengajarkan iaitu bertawassul kepada Asmaul Husna seperti di dalam surah Al ‘Araaf:180
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
Khalifah Umar Radhiallahu “alaihim berkata bahawa beliau bertawasul dengan Nabi SAW sewaktu Nabi SAW masih hidup untuk solat hujan minta kepada Allah diturunkan hujan tetapi selepas Nabi SAW wafat, Umar bertawasul pula kepada Abbas lalu Abbas minta hujan melalui solat hujan. Kalau dibolehkan bertawasul kepada orang mati sudah pasti Umar akan memohon kepada arwah Nabi SAW.
Di Malaysia, bertawassul seperti sudah menjadi asam garam bagi pengamal ajaran pelbagai kumpulan tariqat.
Ghalu / ghulu
Ghalu adalah satu bentuk taghut. Definisinya ialah keterlaluan dalam memuja-muja, menyanjung, membesarkan dan menyayangi seseorang dengan kata-kata, perbuatan atau iktikad sehingga ia membawa tahap penyembahan.
Contoh jelas ghalu ialah bagaimana kaum Kristian telah ghalu terhadap Nabi Isa hingga dianggap anak Tuhan. Contoh lain ialah seperti memanggil raja dengan panggilan Duli Yang Maha Mulia, menyanjung Nabi Muhammad SAW secara berlebih-lebihan dan ghalu terhadap kiai atau orang-orang soleh sama ada yang hidup atau yang mati.
Ibnu Abbas Ridzwanullah ‘alaihim berkata:
“Jauhilah pintu-pintu raja kerana kamu tidak akan memperoleh bahagian daripada dunia mereka kecuali dengan mengorbankan lebih banyak bahagian akhirat mu”.
Ditambah pula oleh Maimun bin Mahran Rahimahullahu ‘alaihim dengan katanya:
“Berkawan dengan raja mengandungi dua bahaya:
1. Jika engkau mengikutinya, maka ia berbahaya bagi agamamu.
2. Jika engkau membantahnya, maka berbahaya kepada dirimu”
Nabi SAW telah berkata dalam hadis mafhumnya :
“Dari Anas bin Malik, sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Muhammad, wahai tuan kami , wahai anak tuan kami dan anak orang baik kami. Maka bersabda Nabi SAW: Wahai manusia hendaklah kamu jaga kata-kata kamu, jangan sampai kamu diperdayakan oleh syaitan. Aku adalah Muhammad bin Abdullah, hamba Allah dan utusanNya. Demi Allah SWT, aku tidak suka kamu mengangkat kedudukan aku lebih dari yang telah “Azza wa jalla” mengangkat untuk aku”.
Sewaktu hidupnya juga Nabi bersabda :
“Jangan kamu angkat saya berlebihan sebagaimana kristian mengangkat Isa Ibnu Maryam”
Contoh-contoh lain ghalu:
a. Ghalu terhadap orang soleh seperti Ashaari (Al Arqam) sehingga mengiakan segala katanya.
b. Ghalu terhadap kubur orang-orang soleh sehingga iktikaf di kubur. Dalam ajaran Islam, iktikaf hanya boleh dilakukan di masjid.
Nabi bersabda mafhumnya :
“Dari Atha’ bin Yasir berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : Ya Allah janganlah engkau jadikan kuburku berhala yang disembah. Allah terlalu marah terhadap kaum yang menjadikan kubur Nabi mereka sebagai masjid”.
c. Ghalu terhadap pemimpin.
d. Ghalu terhadap orang-orang yang mendakwa dirinya tahu hal-hal ghaib seperti bomoh.
e. Ghalu terhadap orang-orang yang dipuja (termasuk artis).
f. Ghalu terhadap kegemaran keduniaan seperti hobi sehingga membazir, membuang masa dan meninggalkan syarak seperti bola sepak, golf dan memancing ikan. (Lebih pentingkan bola dari sembahyang)
Posted by Allahyarham achit at 1:28 AM 0 comments
Perhiasan bagi perempuan – kisah dan tauladan.
Perhiasan bagi perempuan – satu kisah dan tauladan.
Banyak ayat di dalam Al Quran selain ayat An Nahl : 14 berikut yang menggalakkan menggunakan perhiasan yang diberikan oleh Allah sama ada yang terdapat di lautan atau di daratan.
Dan Dia lah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur. An Nahl –14
Allah sukakan kecantikan dan seterusnya menggalakkan umatnya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah seperti ayat 31 surah Al A’raaf.
Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.
Manusia pun sentiasa sukakan sesuatu yang cantik. Nak isteri, isteri yang cantik, nak beli rumah, rumah yang cantik, nak beli kereta, kereta yang cantik, sehinggakan ayam jantan cuba memperagakan bulu dan badannya yang cantik untuk memikat ayam betina kerana ia tahu bahawa ayam betina sukakan kecantikan.
Allah menciptakan berbagai makanan untuk manusia tetapi adakah semua makanan boleh dimakan ? Begitulah juga dengan Allah sukakan yang cantik dan menggalakkan umatnya berhias termasuk lah wanita tetapi wanita tidak boleh menghias diri sewenang-wenang untuk tatapan semua orang. Dengan itu Allah telah menurunkan An Nuur ayat 31 berikut untuk dijadikan panduan sewajarnya untuk wanita berhias.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Apa yang boleh dirumuskan dari ayat tersebut ialah:
1. Tidak dibenarkan perempuan memandang benda-benda yang haram seperti aurat lelaki dll.
2. Perempuan perlu melabuhkan tudung dari kepala untuk menutup leher dan belahan leher bajunya.
3. Perhiasan wanita tidak boleh ditunjukkan kepada orang lain kecuali :
a. Suami
b. Ibu bapa dan ibu bapa mertua.
c. Anak dan anak tiri.
d. Adik beradik
e. Anak saudara dari adik beradik mereka (bukan anak saudara dari adik beradik suami)
f. Hamba lelaki
g. Orang gaji lelaki yang di kasi atau sangat tua hingga tiada keinginan kepada perempuan.
h. Kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan.
i. Memakai rantai kaki yang boleh menghasilkan bunyi seperti ada loceng sehingga diketahui orang lain bahawa wanita ini ada memakai barang perhiasan.
Mengapakah kini ramai orang perempuan sering diganggu sama ada di pejabat, pusat membeli belah, di simpang jalan atau di mana jua ? Wanita yang diganggu sering menyalahkan orang lelakilah yang gatal dan miang suka mengganggu orang perempuan tetapi mereka tak sedar janji ALLAH seperti dalam surah Al Ahzab ayat 59.
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Dari ayat tersebut bolehlah dibuat rumusan bahawa seandainya wanita keluar dari rumah tanpa melabuhkan pakaiannya untuk menutup aurat, sudah pasti mereka akan diganggu oleh orang lelaki seperti yang dinyatakan Allah dalam surah tersebut.
Manusia bebas memilih (samada hendak keluar rumah menutup aurat atau tidak) tetapi ALLAH berhak memberikan balasan yang setimpal. Kalau keluar rumah menutup aurat dengan sempurna ALLAH akan melindungi wanita tersebut dari gangguan lelaki tetapi kalau hendak juga keluar rumah tanpa menutup aurat maka balasan dari Allah ialah gangguan dari lelaki.
Marilah kita lihat satu lagi ayat Allah yang menjelaskan Allah akan membalas setimpal dengan perbuatan kita. Tidak lebih dan tidak kurang. Mengapa ada kalanya lelaki yang jahat menaruh keinginan untuk mengganggu wanita ? Mari kita perhatikan surah Al Ahzab ayat 32.
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).
Ayat diatas jelas menyatakan bahawa kalau seorang wanita berkata-kata dengan cara yang mengada-ngada, lembut manja, atau miang menggatal, sudah pastilah akan timbul keinginan pada setiap lelaki samada yang baik apatah lagi yang jahat untuk menggangu wanita tersebut. Seandainya gangguan lelaki tersebut berbalas seperti yang dikehendaki olehnya, sudah pasti lelaki tersebut menyangka bahawa perempuan tersebut memberikan respon yang sesuai dan lelaki ini pasti akan mengganggu terus menerus hingga hajat dihatinya tercapai. Allah sahajalah dan kebanyakan lelaki memang tahu apa yang dihajati oleh lelaki apabila mereka mengganggu perempuan.
Mari kita lihat kes sebenar sebagai satu iktibar..
Utusan Malaysia 21 Mac 2001 menceritakan seorang wanita bernama Rubiyah Togi berumur 38 yang bertugas di Pejabat Tanah dan Daerah Seremban mendakwa mengalami gangguan seksual dari pegawai atasannya. Setelah kesnya didedahkan di akhbar, beberapa minggu selepas itu, berdasarkan laporan Utusan Malaysia 15 April 2001, Rubiyah Togi mendakwa bahawa beliau telah dianiaya oleh pegawai atasannya dengan memindahkan tempat bekerja beliau dari Seremban ke Jempol yang terletak kira-kira 80 kilometer dari rumahnya di Seremban.
Sepintas lalu selepas membaca laporan akbar ini, mungkin timbul rasa belas kasihan kita kepada Rubiyah Togi yang seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Namun demikian janganlah kita juga tersilap mebuat satu keputusan menyebelahi Rubiyah Togi. Allah selalu mengingatkan manusia supaya jangan menganiaya diri sendiri tetapi ramai manusia tidak sedar bahawa mereka sebenarnya telah atau sedang menganiaya diri sendiri.
Berbalik kepada kes Rubiyah Togi, apakah kesilapan yang telah membawa kepada musibah dari Allah seperti ayat 32 dan 59 surah Al Ahzab diatas ?. Apakah kesilapan yang telah dilakukan oleh Rubiyah Togi berdasarkan kedua dua laporan akhbar tersebut ?. Apa yang saya boleh senaraikan mengenai kesalahan Rubiyah Togi ialah seperti berikut :
Berhias untuk orang yang tidak sepatutnya seperti memakai
· Gincu (lipstick).
· Celak.
· “Eye shadow”.
Yang lainnya tidak boleh dipastikan dari gambarnya sama ada memakai pelembab dan krim muka lainnya.
Tidak menutup aurat dengan mendedahkan dadanya dari laporan akhbar kedua.
Memakai perhiasan (satu rantai emas dan satu lagi rantai hitam) untuk tontonan semua orang.
Rubiyah telah jelas melanggar ayat Allah seperti An Nuur ayat 31 dan Al Ahzab ayat 59.
Perbuatan baik Allah balas dengan kebaikan dan perbuatan buruk Allah balas dengan keburukan (musibah). Allah menerangkan melalui An Nisaak ayat 111 dan ayat lain seperti Taha ayat 124.
Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Jelaslah di sini Rubiyah telah diberikan penghidupan yang perit (Taha : 124) seperti diganggu seksualnya oleh pegawai-pegawai atasannya dan kini keperitan hidupnya bertambah selepas dipindahkan ke Jempol yang terletak 80 kilometer dari rumah, suami dan anak-anaknya. Keperitan hidup atau bala bencana yang sedang menimpa Rubiyah ini insya Allah tidak akan terhenti malahan bertambah dari sehari ke sehari selagi Rubiyah terus melakukan maksiat ke atas larangan Allah tersebut.
Ambillah iktibar dari kisah salah seorang pelajar saya ini. Mas Idayu (bukan nama sebenar adalah salah seorang pelajar saya pada tahun 2000. Sebagaimana biasa, saya suka menyampai seruan Allah agar pelajar perempuan menutup aurat dengan sempurna dan jangan menggunakan “make up” seperti gincu. Buat pertama kali dalam sejarah hidup saya, itulah kali pertama semua pelajar perempuan termasuk yang bukan Islam mengubah gaya hidup dengan tidak lagi ber”make up” dan bergincu termasuklah Mas Idayu.
Mas Idayu telah pun bersuami dan mempunyai seorang anak berumur lebih setahun waktu itu. Mas Idayu bukanlah seorang perempuan yang cantik malahan saya mengkategorikannya sebagai “normal average girl”.
Pada penghujung semester ketika Mas Idayu menemui saya untuk membincangkan soal akademik, saya mengambil kesempatan bertanya sebarang pengalamannya sepanjang menjadi pelajar saya. Mas Idayu dengan nada gembira menyatakan bahawa selepas beliau tidak lagi ber “make up” dan bergincu, tidak ada lagi gangguan orang lelaki keatasnya. Sebelum ini kerap orang lelaki mengganggunya termasuklah ajak berkahwin (walau pun telah bersuami), keluar malam dan keluar makan bersama.
Seorang pelajar lain pula Aniza (bukan nama sebenar) pada tahun 2000 sering bila bertemu saya menyatakan rasa meluat dengan gangguan pelajar lelaki yang suka memandang, mengusik dan mendampinginya. Berbanding dengan Mas Idayu, Aniza memanglah cantik menarik, berkulit putih dan kulit pipi yang halus. Aniza ada memakai subang perak di hidungnya (seperti orang india). Setelah dinasihati, Aniza telah menyerahkan subang perak kepada saya. Pada perjumpaan di hujung semester tersebut, Aniza telah menyatakan gembiranya kerana tidak lagi diganggu oleh lelaki seperti sebelumnya.
Marilah kita mendoakan Rubiyah Togi semoga menginsafi kesalahannya dan balik ke pangkal jalan dengan meninggalkan larangan Allah kerana ini sahajalah yang bakal menjanjikan kebahagian Rubiyah Togi di Dunia dan di akhirat.
Dari kisah musibah yang menimpa Rubiyah Togi serta Mas Idayu dan Aniza, marilah kita mengambil iktibar dengan mengawasi isteri, anak, saudara mara serta sahabat handai semoga tidak mengulangi kesilapan mereka kerana kelak kita akan menerima musibah yang hampir sama.
Nota : Persoalan mengenai Rubiyah Togi hangat dibincangkan hingga melibatkan menteri besar Negeri Sembilan dan oleh Dato’ Rais Yatim. Sila rujuk Utusan Malaysia 17 dan 18 April 2001.
Bolehkah bersolek nipis ke tempat kerja? Sekadar bedak dan sedikit gincu?
Jawapan dari Ustaz Zainudin Hashim.
Soalan:
Saya seorang wanita yang bekerja, saya ingin bertanya mengenai hukum wanita bersolek yang agak tidak tebal, iaitu dengan mengenakan sedikit bedak dan gincu.
Ada teman yang menegaskan bahawa haram hukumnya bagi saya berbuat demikian sedangkan niat saya saya sekadar tidak mahu wajah kelihatan pucat, boleh pihak ustaz huraikan perkara itu?
Jawaban: Islam yang dibawa oleh junjungan agung Nabi Muhammad SAW merupakan satu-satu agama yang menitik beratkan persoalan hubungan manusia dengan Penciptanya, malah ia diperakui sebagai agama yang menaikkan kedudukan wanita dibandingkan dengan fahaman aliran Jahiliyyah di zaman baginda. Tiap-tiap perintah atau larangan terdapat hikmah sama ada dapat dicapai atau sebaliknya.
Tentang persoalan yang saudari ajukan, pertama sekali kita perlu kembali kepada konsep bekerja buat wanita menurut pandangan Islam, apakah kaum Hawa ini diberi kelonggaran untuk keluar rumah bekerja atau sebaliknya?
Kalau dilihat kepada ayat 33 surah al-Ahzab, dengan jelas Allah SWT menegaskan bahawa kaum wanita diarahkan menetap di rumah dan dilarang berhias diri atau bersolek yang akan mengundang pelbagai fitnah. Namun para Ulamak fiqh telah membahaskan ayat di atas dan membuat beberapa pendekatan, para wanita Islam (muslimah) dibenarkan keluar rumah untuk bekerja atau kerana beberapa keperluan harian dengan beberapa syarat yang mesti dijaga dengan baik. Jika salah satu syarat daripada al-Quran dan Sunnah baginda itu tidak dapat dipenuhi, maka seseorang muslimah itu perlu mengekalkan hukum untuk menetap di rumah.
Pertama: Dalam ayat 33 surah al-Ahzab di atas dengan jelas dan terang Allah SWT memerintahkan muslimah tidak bersolek ketika keluar rumah dengan apa pun alasan sama ada untuk bekerja atau yang lain. Perlu diingat bahawa seorang isteri hanya dibenarkan bersolek untuk suaminya hanya di rumah, bukannya di luar rumah apatah lagi berlainan pejabat, kerana dia (muslimah) terdedah kepada pandangan umum yang boleh jatuh kepada fitnah yang tidak terduga.
Bersolek adalah amalan wanita zaman Jahiliah seperti diberitahu oleh Allah dalam ayat tersebut, ukuran bersolek tidak kira tebal atau nipis, kalau sekadar memakai bedak masih boleh diterima bagi mengelak kulit muka dari berminyak.
Kedua: Seorang muslimah diwajibkan menutup kepalanya dengan hijab (tudung kepala), kerana pemakaian hijab adalah perintah secara langsung daripada Allah dan bukannya cadangan Nabi Muhammad SAW atau pandangan serta ijtihad para Fuqaha' (ahli-ahli fiqh seperti Imam-Imam Hanafi, Maliki, Syafie, Hanbali dan lain-lain).
Hal ini telah disebut dalam ayat 31 surah an-Nur dan ayat 59 surah al-Ahzab, di mana Allah SWT memerintahkan kaum muslimat memakai hijab (tudung kepala) hingga di bawah perhiasan mereka. Menafikan kewajiban memakai hijab adalah satu perbuatan mungkar di sisi Allah yang boleh menjejas aqidah.
Ketiga: Rulullah SAW melarang muslimah keluar dengan mengenakan wangi-wangian seperti mana yang pernah berlaku di zaman Baginda, ada seorang wanita keluar rumah untuk memunaikan solat jemaah, tiba-tiba baginda terhidu bau wangi, maka salah seorang sahabat mengkhabarkan kepada baginda bahawa yang mengenakan wangian itu adalah seorang muslimah, dan wanita itu diperintahkan agar pulang ke rumah walau pun alasannya untuk menunaikan solat.
Keempat: Larangan Rasulullah SAW kepada kaum muslimah agar memakai pakaian yang sempurna dengan tidak memakai pakaian yang terlalu ketat hingga kelihatan bentuk tubuh badan, nipis, singkat dan jarang, kerana dalam hal ini Rasulullah ada menegaskan bahawa mereka yang memakai pakaian seperti itu bagaikan bertelanjang walaupun memakai pakaian.
Maka, untuk muslimah yang keluar bekerja, jagalah batas-batas ini. Jangan bersolek, memakai hijab (tudung kepala), tidak mengenakan pakaian singkat, nipis, ketat dan jarang.
Posted by Allahyarham achit at 1:25 AM 0 comments