? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, August 13, 2009

Sains Teknologi Belum Dikuasai,Budaya Sendiri Keciciran

Sedang asyik kami belajar bab Sejarah Kemunculan Tamadun Awal Manusia,kami dikejutkan dengan soalan...

Apa maksud BUDAYA?
Seluruh kelas terdiam.Lantas Cikgu Rostiyah pun bersuara
Kamu jangan ingat BUDAYA sama seperti malam keBUDAYAan yang hanya sekadar lakonan, nyanyian dan tarian semata-mata.BUDAYA itu satu CARA HIDUP, merangkumi aspek bahasa,seni, perundangan,sastera dan pelbagai lagi aspek kehidupan!


Cerita Sekolah Baru
Bidang Perfoming Art ialah satu kebanggaan Sekolah Sri Cempaka. Bagaikan tuah,semua pelajar A Level tahun ini diberi peluang menonton Fame The Musical secara percuma ^_^(walaupun harga tiket paling murah RM55...aduh duit tak masuk akaun lagi~)

Jika anda berkesempatan melihat persembahan mereka,pasti anda tak menyangka sama sekali para pelakonnya hanyalah pelajar sekolah!Saban tahun,pihak sekolah membeli skrip-skrip drama yang berkualiti seperti Fame ini daripada luar negara.Tetapi hal ini membuatkan saya merenung panjang...

Mana Pergi BUDAYA Malaysia?
Sesungguhnya usaha sekolah dalam bidang Perfoming Art itu amat baik untuk perkembangan potensi diri pelajar.Cadangan saya,agar pada masa depan sekolah membuat lebih banyak persembahan sebegini,paling tidak dalam bentuk pertandingan antara rumah.

Di samping itu,mungkin pihak sekolah boleh memilih pula drama-drama karya sasterawan Malaysia seperti yang terkandung dalam aspek KOMSAS dalam subjek Bahasa Melayu.Ia juga satu medium penghayatan terhadap aspek KOMSAS yang mereka pelajari di kelas.Secara tidak langsung,hal ini memperkenalkan budaya Malaysia kepada pelajar dan pengajar antarabangsa di sekolah tersebut.Maaf para pembaca,ini hanyalah luahan pendapat saya mengenai aktiviti sekolah baru saya =)

BUDAYA Malaysia Kurang Kreatif!
Saya tertarik pada tulisan Faisal Tehrani,Anak Wayang Dan Pilih Kasih.Subjeknya mengenai rancangan realiti TiVi yang sedang ngetop itu...

Adakah saya anti hiburan dan program realiti TiVi?
Ya,dan Tidak

Ya,kerana yang terpapar di kaca TiVi,di layar perak mahupun di keroncong radio terlalu banyak hiburannya,melalaikan bahkan jauh dari batas syarak...

Tidak,sekiranya apa yang disampaikan menyeru pada kebaikan,mencegah keburukan,punyai nilai untuk dikongsi dengan penonton dan pendengar last but not least mengikut batasan syarak(tapi perkara yang terakhirlah yang paling sukar diusahakan!)

Dalam tulisan Faisal Tehrani tersebut,beliau mengenalkan kita dengan program realiti TiVi Arab yang bertajuk Star of Science.Program bagi mencari ahli sains alias inventor yang menghasilkan ciptaan yang paling bermanfaat buat pengguna,dipilih menerusi S.M.S! Mengapa penerbit di Malaysia yang terkenal dengan visi Wawasan 2020 tidak terfikir idea sebegini?

Kita heboh dengan kekurangan ahli sains sedang kita meramaikan artis mee segera.

Kita merintih kekurangan usahawan(terutamanya Bumiputera),padahal tiada CEO mana-mana GLC sanggup menerbitkan rancangan ala-ala The Apprentice,made in Malaysia.

Balik-balik cerita hantu,cintan-cintun,lawak syok sendiri dan rempit,hmmm...

nota pembaca:harap maaf disebabkan masalah template blog kami.Kami sedang mengenal pasti puncanya.
--------------------------------------------------------------------------------

0 comments: