? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, August 27, 2009

Isu Kartika: Lebih Irish Dari Irish

“Hello!!!” jeritan kedengaran dari luar rumah.

Terkejut saya dibuatnya. Disebabkan oleh suhu bilik saya di loteng agak sejuk, malam itu saya tidur di ruang tamu di tingkat bawah.

Siapa pula yang mengetuk pintu malam-malam buta begini.

Jam menunjukkan pukul 2:30 pagi.

“Sorry mate, I’m your neighbour next door. Ashley didn’t answer me. The key is with her!” kata lelaki Irish tersebut di muka pintu.


Saya mengangguk-angguk faham.

“I need to go upstairs and knock the wall. Ashley’s room is on the third floor!” sambung lelaki tersebut.

Beliau terus meluru masuk menaiki tangga.

“Hey!” saya tidak sempat menahan beliau. Kasut harus dibuka terlebih dahulu, mate!

Saya menutup pintu dan terus mengikut lelaki tersebut naik ke tingkat atas rumah kami di Donnybrook Street.

“Ashley! Ashley! It’s me, Jim. Wake up, you #$%@…!” lelaki tersebut mengetuk dinding di bilik Jasrul. Mulutnya mencarut-carut bagai menyimbah minyak ke api Neraka.

“Apa halnya tu, ustaz?” Ijat pun terbangun sambil menggosok mata.

“Entahlah mamat ni. Dia kata dia jiran kita. Kawan dia si Ashley tak bangun-bangun” saya pun masih ‘mamai’. Antara tidur dan jaga.

“Jiran kita? Tak pernah tengok pun muka dia ni. Ustaz… mamat ni mabuk laaaa!” Ijat menolak bahu saya.

“Hah.. mabuk. Agak dah!” saya mula panik.

“Mate, mate… your Ashley is not there. You’re drunk!” Jas cuba menyedarkan budak Irish tersebut.

Beliau pun nampaknya kebingungan. Puas saya, Jasrul dan Ijat menghalakan beliau ke bawah untuk keluar. Bau mulut dan pakaiannya sungguh memualkan.

“Okay, go home mate. Wherever!” saya menutup pintu rumah.

Lelaki Irish tersebut terus berjalan. Beliau tidak pun ke pintu rumah sebelah, sebaliknya terus melangkah menyeberangi Lisburn Road ke arah Wellington Avenue. Kami hanya menggelengkan kepala. Mengurut dada, menarik nafas lega.

“Ustaz… macam mana ustaz boleh buka pintu bagi mamat mabuk tu masuk?” Ijat bertanya sambil tersenyum.

“Ishh, entahlah. Ana pun antara hidup dan mati. Selamba sahaja buka pintu. Tak fikir pun apa-apa” saya mengeluh.

Menyesal.

Mujur tak jadi apa-apa.

FRIDAY NITE



Meninjau ‘manusia hilang akal’ di Irish Friday Nite – Donegal

Itulah Belfast pada setiap Jumaat malam Sabtu. Friday Nite, kata orang Irish. Jumaat malam Sabtu adalah malam semua orang lupa diri.

Saya masih ingat, semenjak tinggal di London lagi, Jumaat malam Sabtu memang menakutkan. Di kawasan seelit High Street Kensington pun, boleh ada wanita profesional bertelanjang di lampu isyarat kerana mabuk. Memalukan! Balik kerja dengan menaiki Underground, orang mabuk bergelimpangan, muntah di sana sini. Sungguh memualkan.

Keadaannya lebih buruk lagi di Ireland. Bak kata seorang American di dalam filem Angela’s Ashes, “lipas pun kaki mabuk, kalau bangsanya Irish!”

Jika ada orang masih mempertikaikan mengapa agama mengharamkan arak, saya dapat menyaksikan betapa besarnya hikmah akal manusia ini dipelihara. Apabila fungsinya dihilangkan dengan mabuk, manusia berubah menjadi haiwan. Tiada maruah dan harga diri.

Sering sahaja di subuh Sabtu, apabila saya menuju ke Masjid, saya akan dapat melihat ada Irish yang tidur di perhentian bas, berbaring di depan pintu, malah ada yang lelap di dalam longkang dan macam-macam lagi permandangan yang menjelekkan. Lelaki atau perempuan… sama sahaja.

Irish dan mabuk… adalah dua subjek yang beriringan. Bagaikan aur dengan tebing.



Malah tarikan utama pelancong asing ke Ireland, sama ada Utara mahu pun Republic, adalah Irish Pub. Jika ke Dublin, nostalgianya ialah pada melawat tempat lahirnya Guinness Stout di St. James’s Gate Brewery yang gergasi.

Kadang-kadang mahu membeli cenderamata Irish pun susah sebab semuanya ada lambang Guinness.

KESAN ARAK DAN IRELAND

Kuatnya pengaruh beer seperti ini kepada Irish, mencatatkan beberapa perkara penting dalam hidup saya.

Semasa bertugas di Belfast Islamic Center, saya sering dikunjungi oleh seorang lelaki Irish yang sangat berminat dengan Islam, tetapi menghadapi masalah dengan arak.

“Saya tidak mahu menjadi muslim yang berdosa kerana meminum arak. Tetapi dari segi jiwa, saya anggap diri saya adalah seorang Muslim” kata lelaki tersebut. Michael namanya, kalau tidak silap saya.

Memang jiwanya sudah Islam. Beliau mempunyai kefahaman yang jelas untuk menghuraikan di manakah Islamnya diri beliau. Kepercayaannya kepada keesaan Allah, kerasulan Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan ketulenan al-Quran sebagai kalam Tuhan, semuanya diyakini dengan sepenuh hati. Cumanya, beliau takut untuk melafazkan Syahadah kerana tidak mampu membayangkan kehidupan tanpa arak. Juga takut menjadi Muslim yang berdosa.

“Menjadi Muslim yang berusaha memperbaiki kelemahannya minum arak, lebih baik daripada kamu kekal begini” saya melayan persoalan beliau ketika berbual di pejabat masjid.

“Apabila kamu menjadi Muslim, yakinlah bahawa dengan sendirinya kekuatan itu akan datang. Take it easy, one by one!” saya dan Jamal, Presiden masjid, tidak jemu-jemu memujuk beliau. Sudah setahun lebih beliau dilema sebegitu.

Saya akui, memang sukar untuk orang seperti Michael berpisah dengan arak. Dalam suasana seperti inilah, penting untuk kita menentukan prioriti di dalam dakwah.

FITNAH DUDUK DI IRELAND

Selepas pulang ke Malaysia pada tahun 2004, saya selalui melihat orang minum arak di kaki lima Bukit Bintang. Pemandangan biasa.

Tetapi perasaan saya tersentak pada suatu hari…

“Astaghfirullah. Macam mana boleh tak rasa apa. Ni yang minum ni, bangsa Melayu, orang Islam. Bukan Irish!” saya tergamam dan berhenti seketika di depan Lot 10.

Saya beristighfar dan mengurut dada. Dek kerana terlalu biasa melihat orang minum arak, sensitiviti saya terhadapnya terhakis. Hingga apabila saya melihat bangsa seagama sendiri minum arak, hati saya tidak tergerak untuk mencelanya. Tak perasan!

Inilah fitnah hidup di luar negara. Apatah lagi di negara seperti Ireland.

Hal inilah yang saya pesankan kepada pelajar yang mengikuti kursus pre departure sebelum berangkat ke luar negara. Saya mahu mereka serius dalam melakukan muhasabah diri dari semasa ke semasa ketika berada di perantauan, kerana tercalarnya iman… berlaku tanpa disedari. Alangkan imam masjid pun boleh tanpa sedar hilang sensitiviti dek kebiasaan dan persekitaran. Apatah lagi jika kalian menjauhi masjid dan suasana iman!



Kesedihan di hati saya bertambah-tambah lagi apabila melihat Irish Pub tumbuh satu demi satu di negara sejauh Malaysia. Segala yang ada di tempat orang, semuanya mahu dibawa ke sini. Fitnah hidup di luar negara, tiada bezanya lagi dengan hidup di negara sendiri.

Mahu terpengaruh dengan budaya clubbing, tidak perlu ke London, Dublin atau Sydney.

Di Bukit-bukit sekitar Lembah Kelang, segalanya sudah sebati dalam budaya.

KES KARTIKA SARI DEWI SHUKARNO




Kita boleh berbincang tentang persoalan teknikaliti kepada perlaksanaan hukuman rotan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah Pahang atas kesalahan meminum arak secara terbuka di sebuah pusat peranginan di negeri tersebut.

Menghormati Ramadhan.

Tiada tukang sebat yang mahir.

Malah memang ada keperluan dalam menentukan sama ada perlaksanaan hukuman ini ke atas Kartika menggunakan peruntukan hukum HUDUD atau pun TA’ZIR kerana memang wujud khilaf yang nyata dalam hal ini. Ia penting untuk menjustifikasikan 6 sebatan tersebut. Jika Hudud, ada kadarnya yang tetap. Jika Ta’zir maka denda dan jumlah sebatan terserah kepada budi bicara Hakim.

Sama ada ia hukum Hudud atau Ta’zir, ia sama sekali tidak memberikan kesan kepada persepsi kita terhadap kesalahan meminum arak. Ia tetap suatu kesalahan, dan kesalahannya bukan soal hak peribadi semata, kerana mudaratnya melata.

Tetapi tindakan menteri-menteri, NGO seperti Sisters in Islam mempersoalkan kewajaran dan nilai keadilan hukuman yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah Pahang itu, adalah suatu sikap yang bukan sahaja membelakangkan hukum agama, malah boleh dikategorikan sebagai Contempt of Court (mempertikaikan keputusan Mahkamah).

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengenengahkan pelbagai spekulasi yang hanya bersifat andaian dengan mengutarakan kebarangkalian Kartika dihukum sedemikian rupa oleh Hakim kerana beliau seorang perempuan. Beliau juga mengandaikan bahawa Kartika menolak untuk mengemukakan rayuan kerana mungkin trauma dengan kejadian tersebut. Demikian juga persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir di blog beliau yang bernada meremehkan keseriusan tindakan menyekat jenayah minum arak ini.

MAHU TAHU SOAL ADIL

Apakah adil pesalah laku minum arak seperti Kartika dikenakan hukuman keras?

Tanyalah kepada keluarga mangsa-mangsa yang mati akibat dilanggar pemandu yang mabuk.

Tanyalah kepada wanita-wanita yang didera oleh suami yang kaki arak, apatah lagi jika anda seorang feminis!

Tanyalah kepada Pak Haji berketayap yang menanggung malu apabila terpaksa disoal oleh doktor tentang dosa silamnya tatkala datang ke hospital dengan penyakit hati yang pasti bersangkutan dengan arak.

Tanyalah kepada pihak hospital, khususnya Jabatan Kemalangan dan Kecemasan, berapa peratuskah kes kemalangan dan sakit yang dirujuk ke hospital adalah bersangkutan dengan arak?

Oh ya, bentangkanlah laporan perbelanjaan Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Pusat dalam mengendalikan segala rawatan, kerosakan awam, kerosakan peribadi yang dicetuskan oleh arak.

KEGENTARAN IRELAND TERHADAP KESAN ARAK

Di suatu peringkat, Republic of Ireland sangat keras dalam implimentasi peraturan menyekat rokok.

“Selamat datang ke Dublin. Ingin kami ingatkan, Republic of Ireland mengimplimentasikan larangan merokok di tempat terbuka. Anda dinasihatkan agar hanya merokok di kawasan yang disediakan!” itu taklimat seragam yang diumumkan oleh pramugari setiap kali pesawat anda mendarat di bumi Irish.

Republic of Ireland berjaya melaksanakannya.

Tetapi bagaimana soal arak?

Negara yang industri arak menjadi nadi pentingnya itu, akhirnya terpaksa akur dengan segala kemudaratan yang dicetuskan oleh kegilaan manusia kepadanya.

Memetik laporan yang dikemukakan oleh Alcohol Action Ireland:

How much do we drink?

The average amount of alcohol consumed by every person in the country aged 15+ was 12.4 litres of pure alcohol in 2008. This amounts to 490 pints or 129 bottles of wine or 46 bottles of vodka per adult
When we consider the above statistics alongside the fact that one in five adults in Ireland don’t drink alcohol, it means that those who do drink are consuming much more than consumption statistics show
Alcohol consumption in Ireland increased by 46% between 1987 (9.8 litres) and 2001 (14.3 litres) when our consumption reached a record high
Consumption has been falling since this peak in 2001, to 12.4 litres in 2008
Even at current levels we are still drinking 20% above the levels we drank at in 1986/1987
Ireland continues to rank among the highest consumers of alcohol in the 26 countries in the enlarged EU. We drink about 20% more than the average European
How much do children and young people drink?

In the most recent survey of drinking among European 15 and 16?year?olds more Irish girls (44%) than boys (42%) reported binge-drinking in the last month (2007 ESPAD survey)
Over half reported being drunk at least once by the age of 16
The survey identified “a major issue around drunkeness”
A recent report by the Office of Tobacco Control (2006) revealed that our 16 to 17?year?olds spend an average of €20·09+ per week on alcohol. This amounts to an illegal alcohol market of €145m in this country
Alcohol and Driving

In the period from 2003 to 2005, approximately 120 people were killed each year in alcohol-related crashes
In the same period, almost one third (31%) of crash deaths were alcohol-related
Where Blood Alcohol Concentration (BAC) levels were available for drivers killed, almost six out of ten had alcohol in their blood
One in every six drivers with alcohol in their blood, who were responsible for fatal crashes in 2003, were not above the legal limit
Alcohol and Families

Between 61,000 and 104,000 children aged under 15 in Ireland are estimated to be living with parents who misuse alcohol
A study of women who attended the Coombe Women’s Hospital found that almost two?thirds (63%) of the 43,318 women surveyed said they drank alcohol during their pregnancy. Alcohol consumption, particularly in the first three months of pregnancy, can lead to disorders in how the brain develops in the womb
Alcohol, Mental Health and Suicide

Alcohol?related disorders were the third most common reason for admission to Irish psychiatric hospitals between 1996 and 2005
Alcohol use is often a factor in suicidal behaviour. In 2006/2007 alcohol was a factor in 41% of all cases of deliberate self-harm
One Irish study of people from three counties who died as a result of suicide, found that more than half had alcohol in their blood
Alcohol and Crime

Almost half of the perpetrators of homicide were intoxicated when the crime was committed
Alcohol was found to be a factor in almost half of all cases of sexual assaults on adults according to a major survey of sexual assault and violence in Ireland. In such cases, where only one party had been drinking, the perpetrator of the sexual assault was the one drinking in the majority of cases (84% of female and 70% of male sexual assault cases)
Alcohol and Injuries

More than one in four of those attending accident and emergency departments have alcohol?related injuries, almost half of which occurred to people aged under 30 years
Alcohol is a factor in one in four traumatic brain injuries
Alcohol and Health

Hospital discharges for alcohol-related liver disease increased by 147% between 1995 and 2004
Alcohol-related deaths also increased during the same period, from 3.8 deaths per 100,000 to 7.1 deaths per 100,000
Many cancers, including cancer of the mouth, larynx, oesophagus, liver, colorectum and female breast, are causally related to alcohol consumption
Cancer of the liver has had the highest rate of increase of all cancer types between 1994 and 2003, increasing by 10.7% for females and 7.4% for males, compared to an increase for all cancers of 1.1% for females and 1.1% for males
There is a risk relationship between the amount a woman drinks, and the likelihood of her developing the most common type of breast cancer. Drinking one standard alcoholic drink a day is associated with a 9% increase in the risk of developing breast cancer, while drinking 3?6 standard drinks a day increases the risk by 41%
High levels of alcohol use and heavy drinking among young women are reflected in the fact that one in four women discharged from hospital for alcohol?related conditions were aged under 30, compared to 17% of men under 30 discharged
Between 1995 and 2004, there was an increase of 29% in the proportion of teenage girls aged under 18 discharged from hospital for alcohol?related conditions compared to an increase of 9% for males under 18
Jika sebuah negara seperti Republic of Ireland pun sudah gementar dengan ancaman arak kepada seluruh struktur kehidupan rakyatnya, mengapakah di Malaysia ini kita masih banyak berhelah dalam mempersoalkan kewajaran hukuman keras ke atas peminum arak, baik Muslim mahu pun yang non-Muslim?

Apakah kita mahu lebih Irish dari Irish?

Saya yakin, bukan sahaja peminum arak yang patut dihukum, malah pengeluar lesen kilang arak dan lesen penjualan arak itulah yang terlebih utama untuk dikenakan tindakan dan hukuman, itulah kemuncak ADIL.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Wednesday, August 26, 2009

Islam Semakin Terfitnah

ISLAM SEMAKIN TERFITNAH!?

Adakah betul? Saya pun tak pasti. Kenapa fitnah? Islam itu fitnah ke atau kita yang memfitnah islam? Apa sebenarnya?. Setelah lama berfikir, teringat filem fitna.Macam filem fitna pulak. Bagaimana Islam boleh terfitnah? Ya, Islam semakin terfitnah.

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:


"Tahukah kamu apa itu menfitnah?" Para sahabat r.hum berkata: "Allah dan RasulNya lebih mengetahui"


Baginda bersabda:


"Menfitnah adalah mengatakan sesuatu tentang saudara (muslim) ketika dia tiada yang dia tidak suka". Ditanya: "Wahai Rasulullah, jika kekurangan itu sungguh ada dalam diri seorang muslim, maka apa yang harus aku katakan?" Baginda menjawab: "Jika apa yang dikatakan itu benar, maka itu adalah mengumpat".
(Riwayat Muslim)


Bukan Islam itu fitnah tetapi kita yang telah memfitnahkan islam. Kita telah melakukan sesuatu perkara yang membelakang syariat sehingga Islam dipandang serong. Tanpa kita sedari, kita banyak melakukan perkara atau sesuatu yang membuka jalan kearah itu. Apa dia?

MEMFITNAH ISLAM!

Bahayanya fitnah akhir zaman. Fitnah yang dimaksudkan akhir zaman ini bahaya!Kadang-kadang, kita buat baik pun boleh jadi fitnah. Contohnya, kalau seorang jejaka ternampak kawan sekuliahnya (seorang gadis) berdiri di dalam bas dan berhimpit-himpit dengan lelaki ajnabi sedangkan dia duduk. Maka, dengan baik hatinya, dia bagi la si gadis duduk demi menjaga maruah perempuan tersebut. Kebetulan, ada beberapa 'Gossip Girl' ternampak aksi-aksi sedemikian, dan menyebarkan fitnah bahawa si gadis dan si jejaka yang budiman itu ada hubungan. Maka, kecoh satu kuliah yang bahawa mereka keluar 'berdating'. Kan dah jadi fitnah!Pdahal benda baik! Itu yang dimaksudkan buat baik pun boleh jadi fitnah.

Pengalaman saya..

Seperti biasa la, saya tidak percaya kalau saya tidak alami atau tengok dengan mata sendiri. Bila menjejak kaki ke UIA baru saya lihat bertapa banyaknya umat Islam memfitnahkan agama kita. Malah, saya akui kadang-kadang saya sebahagian dari mereka yang menjayakan agenda memfitnahkan islam tanpa saya sedari. Bila saya keluar MAAHAD baru saya nampak betapa ramainya kawan-kawan saya yang hanyut ditelan keseronokkan dunia tanpa mereka sedari. Mana tidaknya, hal nafsu dicampur adukkan dengan perkara agama. Agama dijadikan tiket atau dengan kata lain alasan untuk menghalalkan cara.

Muda mudi kini sebenarnya semakin berani menggunakan nama agama demi untuk melaksanakan keinginan dan cita-cita mereka. Geli hati, kadang-kadang mereka menggunakan nama profesional dalam melakukan sesuatu gerak kerja. Tetapi, hakikatnya tidak. Mereka sendiri tidak memahami apa itu dikatakan profesional. Kenapa? Kerana seorang yang profesional tidak pernah mencampurkan adukkan urusan peribadi dengan kerja. Hakikatnya, ramai remaja, khususnya pelajar universiti mencampur adukkan urusan peribadi(perasaan suka atau dengan bahasa orang muda perasaan cinta) dengan urusan kerja. Sedangkan, itu adalah etika nombor satu seorang profesional yang perlu dijaga.

Terlalu banyak perkara yg bercampur aduk akhir-akhir ini.. Terlalu banyak fitnah yang saya hadapi saban hari.Tidak hairan la seringkali kita di katakan hidup di zaman fitnah. Perkara yang paling saya sedih apabila pelajar-pelajar sekolah agama yang menerima tarbiyah, didikan, pengajian asas agama sejak kecik membelakang dan menggunakan nama agama demi menghalalkan cara mereka.


"TIDAK SEDARKAH KALIAN, KALIAN TELAH MEMFITNAH ISLAM DAN ISLAM SEMAKIN TERFITNAH!?'


Kata mereka, niat mereka ikhlas, suci, demi tautan sebuah ukhwah, semangat ukhwah LILLAHITAALA. Maka tak salah kita berhubung lelaki mahupun perempuan. Apa salahnya kita berjumpa. Kami tak buat apa-apa pun, hanya mahu mengeratkan hubungan silaturrahim. Menjalinkan kembali hubungan yang terputus. Melepaskan rindu.. Salahkah?


"TAUTAN UKHUWAH DISEBALIK TRANSFORMASI MINDA MALAH ANJAKAN PARADIGMA. SALAHKAN NIAT BAIK LAGI SUCI KAMI?! SALAHKAH KAMI MAHU BUAT PERUBAHAN! KITA MAHU MAJU! KENA BERUBAH! KAMI TAK MAHU JADI ORANG YANG TERPINGGIR! KAMI TAK MAHU DIKATAKAN JUMUD, THIQAH DAN BLA..BLA.. SALAH!JELAS SALAH!YANG SALAH TETAP SALAH!TAKDE TOLERANSI.. BERFIKIRAN TERBUKA MACAM MANA PUN KITA, MAHU BERUBAH MACAM MANA PUN KITA, MAHU BERUKHWAH MACAM MANA PUN KITA, SYARIAT TAK BOLEH DIBELAKANGI!"


Namun ingatlah. Islam itu jelas. Jalan yang ditunjuk Allah itu jelas dan syariat perlu dijaga walaupun dimana kita berada. Percampuran antara lelaki dan perempuan adalah dilarang kecuali dalam keadaan tertentu;

KERJA
MUAMALAT
KECEMASAN
Jika perkara ini tak terjaga maka akan timbulnya pelbagai bahaya. Paling penting, fitnah ini perlu dijauhkan terutama perempuan. Kerana perempuan itu fitnah terbesar di dunia ini. Bahaya fitnah perempuan itu sangat perlu dihindari. Sesungguhnya, panah-panah syaitan itu datangnya melalui perempuan. Ingat! Niat tidak pernah menghalalkan cara. Cara tak boleh melanggari batas syariat. Syariat sentiasa perlu dipertahankan. Kerana zaman ini zaman fitnah. Pertahankan lah syariat agar kita terselamat dari fitnah dunia.




~ Cinta sejati tidak akan bertambah kerana kebaikan, dan tidak berkurangan kerana kelemahan~

Tuesday, August 25, 2009

Pendustaan Syiah di Dalam Sejarah Islam

Ulamak ilmu jarh wa ta’dil (penilaian keadilan perawi hadith) telah bersetuju secara keseluruhannya bahawa fenomena pembohongan di kalangan syiah adalah lebih menonjol dan ketara berbanding dengan kelompok-kelompok yang lain. Kitab-kitab ilmu jarh wa ta’dil yang masyhur seperti kitab-kitab Imam Bukhari, Ibnu ‘Adi, Ibnu Mu’ien, Ad-Daruquthni dan lain-lain penulisan mereka yang berikhtisaskan hal ehwal sanad periwayatan, secara nyata membuat kesimpulan bahawa, pembohongan oleh syiah adalah yang paling banyak di kalangan ahli qiblat. Bahkan muncul pepatah yang berbunyi ‘lebih pembohong dari rafidhi (syiah)’ sebagai mengisyaratkan kepada betapa seseorang itu sangat kuat berdusta.


Sebagai contoh, Abu Muawiyah Ad-Dharir Al-Kufi berkata, aku telah mendengar Al-A’masy menyebut, “…aku telah menemui orang ramai dan tidaklah mereka menamakan syiah itu melainkan sebagai para pendusta.” (lihat : Minhaj As-Sunnah oleh Ibnu Taimiyah juzuk 1 ms. 16). Al-Khatib Al-Baghdadi juga pernah meriwayatkan dengan sanad kepada Ibnu Al-Mubarak, beliau berkata, “Abu ‘Ismah telah bertanya kepada Abu Hanifah : daripada siapakah kamu memerintahkan aku supaya mendengar (untuk mengambil dan meriwayatkan hadith)?” Abu Hanifah menjawab, “Daripada setiap mereka yang adil pada hawa nafsunya melainkan syiah, kerana sesungguhnya usul aqidah mereka adalah menghukum sesat para sahabat Muhammad SAW”. (lihat : Al-Kifayah fi ‘Ilmi Ar-Riwayah oleh Al-Khatib Al-Baghdadi ms. 203).

Bahkan Hamad bin Salamah telah berkata, “telah berkata syeikh mereka (syiah) bahawa: Sesungguhnya jika kami berkumpul, kami akan memperelokkan satu-satu riwayat dan kemudian kami jadikan ia sebagai hadith!” (lihat: Minhaj As-Sunnah oleh Ibnu Taimiyah juzuk 1 ms. 16). Selain itu, Yunus bin Abdul A’la telah berkata, “Asyhab telah berkata: Imam Malik telah ditanya pendapatnya mengenai syiah rafidhah”. Imam Malik menjawab, “janganlah kamu bercakap dengan mereka dan jangan meriwayatkan apa-apa dari mereka. Sesungguhnya mereka itu adalah pendusta.” (lihat: Al-Muntaqa oleh Adz-Dzahabi, ms. 21). Harmalah juga pernah bekata, “aku mendengar Imam Asy-Syafie berkata: aku tidak pernah melihat seseorang membuat kesaksian palsu selain daripada syiah ar-rafidhah”. (lihat : Al-Kifayah fi ‘Ilmi Ar-Riwayah oleh Al-Khatib Al-Baghdadi ms. 202).

Lebih jauh daripada itu, syiah telah menjadikan pendustaan sebagai syiar mereka lalu diimejkan jenayah itu dengan imej keagamaan dengan menamakannya sebagai ‘Taqiyyah’. Misalnya mereka berkata, “Tiada iman bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah” Kalam ini mereka nisbahkan kepada Muhammad Al-Baqir sebagai pengkhianatan dan pencelaan ke atas Al-Baqir. (lihat: Al-Kafi fil Usul oleh Al-Kulaini, bab At-Taqiyyah juzuk 2 ms. 19).

ALUL BAYT DAN PEMBOHONGAN SYIAH

Pembohongan syiah bukan sahaja mendapat komentar oleh para ulamak hadith dan lain-lainnya, bahkan turut diulas oleh Saidina Ali RA dan para Alul Bayt sendiri. Misalnya, Abu Amr Al-Kasyi menyebut di dalam kitab Ar-Rijal, “Abu Abdillah (iaitu Jaafar As-Sadiq) telah berkata: sesungguhnya kami Alul Bayt adalah orang-orang yang benar, tetapi kami tidak bebas dari terkena pendustaan ke atas kami. Lantas kebenaran kami telah gugur disebabkan oleh pendustaan mereka ke atas kami di kalangan manusia. Rasulullah SAW adalah sebenar-benar insan tetapi Musailamah telah mendustainya, Amirul Mu’minin Ali bin Abi Thalib adalah orang benar selepas Rasulullah SAW dengan kesaksian daripada Allah tetapi dia telah didustakan oleh Abdullah bin Saba’ -Laknatullah ‘Alaih-. Manakala Abu Abdillah Al-Husein bin Ali pula telah ditimpa bencana Al-Mukhtar (Ats-Tsaqafi). ..Manakala Ali bin Al-Husein pula telah didustakan oleh Abdullah bin Al-Harith Asy-Syami dan Bannan… begitu juga dengan Al-Mughirah bin Said serta As-Sirriey dan Abu Al-Khattab…” Lantas beliau menyambung, “… laknat Allah ke atas mereka semua, dan kami juga tidak terlepas dari didustakan oleh pendusta. Cukuplah Allah (sebagai pelindung kami) dari bencana sekalian pendusta, semoga Allah merasakan ke atas mereka kepanasan besi yang terbakar”. (lihat: Ar-Rijal oleh Al-Kasyi ms. 257).

Sesungguhnya golongan syiah telah mencipta banyak hadith dan riwayat palsu yang bertepatan dengan kehendak hawa nafsu mereka sebagaimana mereka mencipta hadith palsu di dalam bab kelebihan Ali dan Alul Bayt. Mereka juga mencipta banyak nas palsu untuk mencela pada sahabat RA khususnya Abu Bakar RA dan Umar Al-Khattab RA. (lihat contohnya di dalam Syarh Nahjil Balaghah oleh Ibnu Abi Al-Haddad, juzuk 2 ms.135). Syiah juga mencipta hadith palsu untuk menghina Muawiyah RA. Satu contoh mudah adalah hadith yang dinisbahkan kepada Rasulullah SAW kononnya Baginda berkata, “jika kamu melihat Muawiyah di atas mimbarku, maka bunuhlah dia” (lihat: Al-Alie’ Al-Masnu’ah fi Al-Ahadith Al-Maudhu’ah oleh As-Sayuti, juzuk 1 ms. 323) Bukan sahaja di dalam membahaskan tentang Ali RA dan Muawiyah RA, bahkan syiah juga mencipta banyak pembohongan terhadap para sahabat RA yang lain. Jika mereka berani untuk mendustakan Nabi SAW maka seudah tentulah pembohongan ke atas selain Baginda itu jauh lebih mudah bagi mereka.

IBNU TAIMIYAH DAN SYIAH

Penulisan Ibnu Taimiyah di dalam kitabnya Minhaj As-Sunnah adalah di antara penulisan yang paling baik di dalam proses mendedah dan menyingkap perancangan dan taktik syiah merosakkan kesucian Islam di dalam masalah aqidah, hadith, fiqh dan sejarah. Katanya, “… sesungguhnya ahli ilmu telah bersepakat dengan naqal,, riwayat dan isnad bahawa syiah itu adalah sedusta-dusta kaum, pembohongan di kalangan mereka telah begitu lama, dan sebab itulah para imam dan ulamak Islam mengenali mereka sebagai kelompok yang beridentitikan ‘kaki dusta’” (lihat: Minhaj As-Sunnah oleh Ibnu Taimiyah juzuk 1 ms. 16).

Jika dibuat penelitian terhadap riwayat-riwayat yang dipelopori oleh syiah, kita akan menemui kesimpulan bahawa golongan ini tidak pernah memperincikan hadith- hadith mereka kepada soal amanah, ‘adalah (keadilan perawi) dan penjagaan serta hafalan. Kitab-kitab muktabar mereka seperti Al-Kafi dan sebagainya, penuh dengan riwayat-riwayat yang disanadkan kepada sedusta-dusta perawi. Ini adalah kerana, pertimbangan kesahihan riwayat mereka hanyalah berpaksikan kepada sikap taasub, hawa nafsu dan kebencian mereka terhadap kepimpinan dan ulamak Islam. Jelas sekali mereka tidak menerima riwayat melainkan ia dibawa oleh perawi yang semazhab dengan mereka, iaitu cukup dengan kedudukan perawi itu seorang syi’e imami. Tidak menjadi soal sama ada perawi itu seorang yang teliti atau lalai, benar atau pembohong, mereka tidak menilai riwayat-riwayat dengan satu kaedah ilmiah sebagaimana yang kita lihat di kalangan ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kaedah ini adalah intisari terpeliharanya ajaran Islam bahkan dikagumi oleh pengkaji- pengkaji barat seperti Margolioth dan lain-lain. Seringkali apabila ditanya siapakah perawi hadith ini, syiah akan menjawab, ia diriwayatkan oleh Al-Husein, Al-Baqir atau Musa Al-Kadzim… maka muktamadlah ia. (lihat: Asy-Syiah fi ‘Aqa’idihim wa Ahkamihim oleh Amir Muhammad Al-Kadzimi Al-Qazwini ms. 6, dinaqalkan dari Wa Jaa’a Daurul Majus oleh Dr. Abdullah Al-Gharib ms. 121)

Ibnu Taimiyah ketika membantah dakwaan Ibnu al-Muthahhar Al-Hulliy Ar-Rafidhi yang mendakwa di dalam kitabnya Minhaj Al-Karamah bahawa perawi-perawi syiah adalah tsiqah, beliau berkata,

“.. Kami (ahli sunnah dan hadith) mengkritik perawi-perawi kami dari kalangan ahli sunnah tanpa membuat sebarang penambahan. Kami mempunyai tulisan yang banyak sekali untuk menilai sama ada mereka adil atau dhaif, benar atau lalai, dusta atau keliru. Kami tidak menyokong mereka secara batil sebagai usul walaupun dengan kesalehan dan keelokan ibadat mereka. Bahkan kami menggugurkan periwayatan mereka sebagai hujah sekiranya mereka banyak melakukan kesilapan di dalam meriwayatkan hadith dan lemah ingatan walaupun mereka itu terdiri daripada wali-wali Allah. Sedangkan kalian (syiah) menetapkan seorang perawi itu sebagai tsiqah (berkepercayaan) hanya kerana dia seorang syiah imami, tanpa mengira dia itu seorang yang pelupa atau kuat ingatan, berdusta atau bercakap benar. Dengan itu penuhlah di tangan kalian berita dan khabar lisan kalian yang berdusta atau tidak diketahui kesahihannya. Sama perihalnya dengan Ahli Kitab Yahudi dan Kristian dengan pendustaan syiah Ar-Rafidhah sebagai perbandingan…”

“… Kami mengetahui bahawa Khawarij itu lebih jahat daripada kalian, tetapi walaupun begitu kami tidak menuduh mereka sebagai pendusta. Ini adalah kerana kami telah pun menguji mereka dan jelasnya mereka itu bercakap benar. Maka bagi mereka itu apa yang benar dan ke atas merekalah kesalahan-kesalahan yang dilakukan.Sedangkan di sisi kalian, yang benar itu dianggap seperti titik hitam yang keji…! Sedangkan Ahli Sunnah dan Hadith tidak merestui pembohongan walaupun ia boleh memberikan keuntungan pada hawa nafsu. Lihat sahaja berapa banyak riwayat mengenai kelebihan Abu Bakar, Umar, Uthman bahkan Muawiyah serta yang lain-lainnya di dalam hadith-hadith yang sanadnya diriwayatkan oleh An-Naqqasy, Al-Qathi’ie, Ats-Tsa’labi, Al-Ahwazi, Abi Naiem, Al-Khatib, Ibnu Asakir dan lain-lainnya. Akan tetapi ulamak hadith tidak menerima sekiranya ada keterangan tentang berlakunya pendustaan di dalamnya bahkan jika pada isnad hadith itu ada sahaja seorang perawi majhul yang tidak diketahui perihalnya, maka hadith itu ditangguhkan penerimaannya. Sedangkan kalian (syiah) hanya mensyaratkan hadith di sisi kalian bahawa ia bertepatan dengan hawa nafsu biarpun ia umpama daging yang busuk mahupun lemak!” (lihat Al-Muntaqa oleh Adz-Dzahabi ms. 480)

IBNU QAYYIM AL-JAUZIYAH DAN SYIAH

Ketika mengulas tentang syiah, Ibnu Qayyim Al-Jauziyah menyatakan, “Manakala Ali bin Abi Thalib, hukum hakam dan fatwanya begitu tersebar sekali. Akan tetapi, semoga Allah membinasakan syiah, mereka telah merosakkan banyak daripada ilmunya (Ali bin Abi Thalib) dengan melakukan pendustaan ke atas beliau. Oleh yang demikianlah, anda dapati kebanyakan ashabul hadith dan ahlus sahih tidak berpegang kepada hadith dan fatwa Ali bin Abi Thalib melainkan jika ia datang melalui periwayatan Ahli Baytnya dan pengikut Abdullah bin Mas’ud.” (lihat : ‘A’lam Al-Muwaqqi’ien oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, juzuk 1 ms. 21)

Jelaslah kelihatan di dalam pengamatan kita, bahawa kebanyakan riwayat yang wujud mencela khilafah Amirul Mu’minin Uthman bin Affan RA. adalah daripada golongan syiah. Mereka tidak meriwayatkan berita-berita tentang peristiwa berkenaan daripada perawi yang menyaksikan kejadiannya, bahkan hanya mendengar daripada yang mendengar, berdusta dari yang berdusta. Dalam banyak keadaan juga, seorang perawi banyak meriwayatkan kejadian yang berlaku berpuluh tahun sebelum itu.

Berikut adalah pendapat para ulamak jarh wa ta’dil berhubung dengan beberapa orang perawi syiah terkemuka. Mereka adalah di antara pemilik riwayat-riwayat yang terdapat di dalam kitab sejarah yang utama seperi kitab Tarikh Ar-Rusul wal Muluk oleh Imam At-Thabari. Merekalah juga tokoh ahli akhbar (akhbariyyin) yang paling banyak menyumbang riwayat berhubung dengan fitnah yang berlaku di zaman Saidina Uthman dan Ali RA. Riwayat-riwayat berkenaan memperlihatkan pengolahan kisah dengan gambaran khusus untuk mereka menyebarkan propaganda syiah di awal-awal terasasnya sejarah Islam, selepas mereka menipu ramai manusia atas nama agama dan kecintaan kepada Alul Bayt!

Kita kemukakan tiga contoh perawi syiah yang merupakan antara perawi yang wujud di dalam periwayatan Tarikh At-Thabari. Penjelasan ini bertujuan untuk memperlihatkan bagaimana mudarat yang telah syiah lakukan terhadap sejarah Islam. Mereka yang mahu melanjutkan pengetahun berhubung dengan perawi-perawi syiah, kitab-kitab ilmu jarh wa-ta’dil mempunyai banyak catatan berhubung dengan mereka. Bahkan terdapat juga buku yang mengumpulkan maklumat berhubung dengan perawi syiah secara khusus. Misalnya kitab Rijal Asy-Syiah fil Mizan oleh Abdul Rahman Abdullah Az-Zar’ie, cetakan Darul Arqam, Kuwait.

Abu Mikhnaf Lut bin Yahya

Abu Hatim berkata mengenainya : matruk (ditinggalkan -yakni tidak diambil periwayatannya). Ad-Darulquthni pula mengatakan bahawa beliau dhaif (lemah). Ibnu Mu’ien berkata: dia itu tidak dipercayai dan tidak mempunyai sebarang nilai.. Ibnu ‘Adie mengatakan bahawa beliau ini syiah pekat yang menjadi tuan punya kisah-kisah (akhbar) kaum itu. Adz-Dzahabi mengatakan bahawa beliau seorang ikhbari (ahli akhbar) yang cuai dengan periwayatannya serta tidak dipercayai.

Hisham bin Muhammad bin As-Saib Al-Kalbi

Imam Ahmad bin Hanbal berkata: Sesungguhnya beliau adalah pemilik hikayat-hikayat malam (samar) dan perihal nasab. Padaku tidaklah ada seorang pun yang mengambil hadith daripadanya. Ad-Darulquthni pula memberi komentar bahawa Al-Kalbi ini matruk. Ibnu Asakir mengatakan bahawa beliau ini syiah rafidhie yang tidak boleh dipercayai. Al-’Uqaili mengatakan bahawa padanya ada kelemahan (dari segi jarh wa ta’dil). Ibnu Al-Jarud dan Ibnu As-Sakan menyenaraikan Al-Kalbi di dalam kitab Ad-Dhu’afa (perawi-perawi yang dhaif) mereka. Al-Kalbi juga dicela oleh Al-Asma’ani. Ibnu Hibban juga mengatakan bahawa beliau meriwayatkan daripada bapanya yang mana mereka berdua terkenal dengan kisah-kisah karut dan akhbar yang tidak diketahui asal-usulnya. Juga sangat melampau di dalam berpegang dengan mazhab syiahnya.. Ibnu Mu’ien berkata: beliau itu seorang yang tidak dipercayai, pendusta dan sering tercicir di dalam periwayatannya. Ibnu ‘Adie berkata: Hisham Al-Kalbi itu lebih terkenal dengan hikayat-hikayat malam (samar) dan setahu aku tidaklah ia mempunyai sebarang musnad bahkan bapanya juga adalah al-kazzab (sangat pendusta). Adz-Dzahabi pula memberi komen: Hisham itu tidak boleh dipercayai.

Jabir bin Yazid Al-Ju’fie

Ibnu Mu’ien berkata : Jabir itu seorang yang sangat pendusta, hadithnya tidak ditulis dan tiada kemuliaan baginya. Zaidah bin Qudamah Ats-Tsaqafi Al-Kufi berkata : sesungguhnya Al-Ju’fie itu demi Allah seorang seorang yang sangat pendusta dan beriman dengan akidah Ar-Raj’ah. Abu Hanifah pula menyebut : Di kalangan orang yang pernah aku temui, tiadalah yang lebih pendusta dari Jabir Al-Ju’fie. Tidaklah aku berikan dia satu-satu pendapatku melainkan ia akan mendatangiku dengan sesuatu yang telah ia lakukan kepada pendapatku. An-Nasa’ie berkata : matruk. Abu Daud pula berkata : Tiadalah sebarang kekuatan pada hadithnya (Al-Ju’fie) di sisiku. Asy-Syafie berkata :Â Aku mendengar Sufian bin Uyainah berkata: Aku mendengar kalam Jabir Al-Ju’fie lantas aku segera menyembunyikan diri kerana bimbang kami akan ditimpa oleh bumbung! Yahya bin Ya’la pula menyebut : Aku mendengar Zaidah Ats-Tsaqafi Al-Kufi berkata : Jabir A-Ju’fie itu seorang syiah Ar-Rafidhie yang mencaci sahabat-sahabat Nabi SAW. Ibnu Hibban pula memberikan komentarnya : Beliau (Al-Ju’fie) itu adalah saba’ie pengikut Abdullah bin Saba’. Beliau mempercayai bahawa Ali itu akan kembali ke dunia. Al-Jourjanie berkata : Beliau itu sangat pendusta.

Kesimpulan

Ketiga-tiga perawi tadi adalah pemegang kepada riwayat-riwayat utama berhubung dengan peristiwa fitnah di zaman Saidina Uthman RA yang terdapat di dalam kitab Tarikh Al-Umam War-Rusul oleh Imam At-Thabari. Merekalah yang bertanggungjawab terhadap riwayat-riwayat dusta yang memburuk-burukkan para sahabat Rasulullah SAW seperti Uthman bin Affan RA., Aishah RA. dan Muawiyah bin Abi Sufian RA. Kefahaman umat Islam terhadap beberapa peristiwa getir di zaman itu seperti Perang Jamal dan Siffin, Majlis Tahkim, pembunuhan Husein RA dan sebagainya, juga dicemari dengan riwayat-riwayat para pembohong seperti perawi yang telah kita sebutkan di atas.  Oleh yang demikian, amat penting bagi kita untuk membuat penilaian semula terhadap Sejarah Islam yang kita fahami selama ini. Mana-mana riwayat yang didapati bercanggah dengan kedudukan para Sahabat RA dan Baginda SAW sendiri, hendaklah dikaji semula dan dinilai berdasarkan kedudukan perawi yang meriwayatkannya.

Ini adalah anjuran Imam At-Thabari sendiri sebagaimana yang beliau nyatakan di dalam muqaddimah kitabnya Tarikh Al-Umam wal Muluk (Tarikh At-Thabari) yang masyhur itu; bahawa kesahihan riwayat-riwayat yang dikemukakannya hendaklah ditentukan dengan menilai sanad yang beliau sertakan pada hampir setiap riwayat. Janganlah nanti kerana menganggap kitab Tarikh At-Thabari itu muktabar, maka kita mengabaikan kaedah yang disyaratkan kepada mereka yang ingin mengambil manfaat daripada penulisannya itu. Sesungguhnya semua ini berhajatkan kepada disiplin ilmu yang tinggi, maka janganlah nanti ada pula yang mencabuli kebenaran yang menjadi hak Allah tanpa ilmu pengetahuan yang nyata. Allah SWT berfirman:

“Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah SWT, tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan.” (Al-Hajj 22 : 3)

FirmanNya lagi:

“Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah SWT dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan atau Kitab ALlah yang menerangi kebenaran. Ia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan agama Allah; ia akan beroleh kehinaan di dunia dan Kami akan merasakannya azab membakar pada hari kiamat kelak” (Al-Hajj 22 : 8-9)



Artikel ini diterjemah dan disunting berdasarkan tesis PhD Dr. Muhammad Amahzun bertajuk “Tahqiq Mawaqif As-Sahabah fil Fitnah min Riwayat Al-Imam At-Thabari wal Muhaddithin” yang diterbitkan dalam bentuk buku oleh Dar At-Thayyibah lin Nasyr wat Tauzi’, Riyadh.

Sunday, August 23, 2009

checklist RAMADHAN

4.00 pagi

1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:


“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”


2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi dan membersihkan diri.
4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.


4.20 pagi

1.Solat sunat Taubat
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

2.Solat sunat Tahajjud.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

3.Solat sunat Hajat
Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

4.Solat sunat Witir
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.


5.00 pagi

1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.


5.30 pagi

1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.


7.00 pagi

1.Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.

2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.

3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi

1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.

2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja


12.45 tengah hari

1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 petang

1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA


5.30 petang

1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!




6.30 petang

1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :


“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”


3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.

4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.


8.00 malam

1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
2.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 malam

1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur :


"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."

antara orang kaya dan anak yatim

Suatu hari, ada orang kaya masuk masjid untuk melaksanakan salat. Ia termasuk orang s0leh. Di masjid ia melihat seorang anak kecil berusia tidak lebih dari dua belas tahun sedang berdiri mengerjakan solat dengan khusyu', melakukan ruku', dan sujud dengan hening dan tenang. Tatkala anak itu selesai dari solatnya, si kaya mendekati kepadanya seraya berkata,"

"Anak siapakah kamu?"

"Aku anak yatim, aku kehilangan ayah dan ibuku."

'Maukah kamu menjadi anakku?"

Si anak berkata, "Apakah engkau akan memberiku makanan ketika aku lapar?"

Si kaya menjawab, "Ya, tentu."

"Apakah engkau akan memberiku minum saat aku haus?"

"Ya, tentu saja."

"Apakah engkau akan memberiku pakaian ketika aku telanjang?"

"Ya."

"Apakah engkau akan menghidupkanku tatkala aku sudah mati?"

"Takjublah lelaki itu seraya berkata, "Ini tidak mungkin dilakukan."

Anak kecil itu berkata, "Kalau begitu tinggalkanlah aku bersama Dzat yang telah menciptakan aku, memberiku rezeki, mematikanku kemudian menghidupkanku kembali."

Lelaki itu berkata, "Benar wahai anakku, barang siapa yang bertawakal kepada Allah pasti Dia mencukupi."

Sumber: Asyabalunal 'Ulama (65 Kisah Teladan Pemuda Islam Brilian), Muhammad Sulthan.

unta menjadi hakim

Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan.

Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."

Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."

Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?"

Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta."

Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar."

Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."

Rasulullah s.a.w bersabda,"Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."

Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.

Menguruskan Fikiran Tentang Perkahwinan

Saya masih ingat kepada tulisan Ustaz Maszlee Malik tentang Fenomena Cinta Anta Anti beberapa bulan yang lalu. Anggaplah artikel saya ini sebagai penyambung kepada mesej yang sama, iaitu usaha untuk mendidik adik-adik remaja memikirkan tentang perkahwinan yang seimbang di antara tuntutan yang idealistik dengan realiti. Berlandaskan agama…

Bagi mereka yang tidak segan untuk menguruskan cinta dan perkahwinan mereka mengikut kemahuan hawa nafsu dengan membelakangkan wahyu, biarlah mereka belajar tentang akibat yang bakal ditanggung.


Di dalam artikel saya sebelum ini, saya berkongsi nasihat dengan adik-adik bahawa jika mereka yang bercouple dan buat ‘ringan-ringan’ sebelum berumahtangga akan menghadapi kesannya di masa hadapan. Apatah lagi jika terjebak ke kancah zina. Selepas berumahtangga, si suami akan terfikir, “jika dengan aku dia berani berzina, apa yang boleh menghalangnya dari berzina dengan orang lain?” Kecurigaan ini menyebabkan jiwanya gelisah setiap kali meninggalkan isteri di rumah. Manakala si isteri berfikir dengan kecurigaan yang sama. Akhirnya rumahtangga itu penuh dengan syak wasangka dan pantang ada yang mencuit, pasti berbalas tuduh menuduh. Inilah yang maksudkan sebagai “dosa hari ini, menjadi kecurigaan esok dan selamanya” ketika menulis artikel “Erti Sebuah Perkahwinan“.

Ia bukanlah teori saya, tetapi sebahagian daripada pengalaman yang dikutip semasa mengendalikan kursus bersama Fitrah Perkasa. Pasangan yang pernah berzina sebelum bernikah, akan dihukum oleh Allah di dunia, sebelum hukuman Akhirat. Apakah ada ketenangan hidup, jika rumahtangga diselubungi prasangka? Itulah neraka dunia balasan zina, sebelum neraka Akhirat yang maha seksa lagi duka.

Namun bagi adik-adik yang mempunyai kesedaran Islam, cara mereka ‘menjaga hukum Allah’, penting untuk dipandu. Bukan apa, kadang-kadang cara merek menimbulkan kehairanan kepada saya. Syariat manakah yang mengajar Muslimat supaya menundukkan pandangan hingga terlanggar tong pemadam api yang tergantung di koridor? Islam manakah yang mengajar Muslimat kita supaya bercakap seperti ‘warden penjara’ ketika berurusan dengan Muslimin, semata-mata kerana mahu menghayati kehendak Syarak agar mereka tidak melunakkan suara yang boleh menimbulkan fitnah.

Bagi Muslimin juga, pelbagai karenah yang timbul. Kerana mahu menjaga Syariat, mereka langsung tidak berhubung semasa bertunang sehingga tidak kenal di antara satu sama lain. Maka terbatallah hikmah pertunangan yang dianjurkan oleh Islam. Kita menjadi seperti robot keras yang jika tidak A, maka B. Malah ada yang bertanya kepada saya, berapakah kadar panggilan telefon yang boleh dibuat dalam seminggu semasa bertunang? Pelbagai soalan ganjil dan matematika yang saya terima. Kepelbagaian tanda tanya inilah yang mengundang saya untuk berkongsi pengalaman agar adik-adik yang beriltizam dengan Islam ini dapat mencari contoh yang praktikal. Perkahwinan saya jauh daripada layak untuk menjadi contoh yang paling sempurna. Namun, pada satu dua benda yang baik, bolehlah diambil sebagai teladan. Mana-mana yang silap, jadikan sebagai sempadan.

Saya telah bertemu dengan banyak contoh pasangan yang sudah terlalu lama ‘mengikat’ hubungan tetapi lambat menuju perkahwinan, akhirnya kecundang di tengah jalan. Malah ramai yang berubah menjadi musuh. Hal ini, janganlah terlalu cepat dikaitkan dengan dosa, sebagai ‘hukuman dari Allah’ kerana pernah ada cela zahir atau batin antara kedua pasangan itu. Seorang lelaki dan seorang perempuan yang terlalu lama kenal tetapi tidak menyegerakan perkahwinan, akan dengan sendirinya berubah menjadi musuh akibat fitrah perhubungan itu sendiri.

Bagi pasangan yang berumahtangga, setahun dua yang pertama, biasanya indah dan ditambah lagi dengan kedatangan cahaya mata penyeri rumahtangga. Tetapi apabila masuk tahun ketiga dan keempat, hubungan suami isteri akan teruji. Mudah terjadi, suami mula mudah marah terhadap isteri. Manakala si isteri pula kerap tertekan dengan ‘warna sebenar suaminya’.Saya masih ingat kata-kata Profesor Abdullah al-Ahsan di UIA ketika mengulas tentang Romanticism, “kita selalu tidak rasional dan realistik semasa kita romantik!”. Mungkin di awal perkahwinan, romantik itu kuat mendominasi rumah tangga. Ketika itu suami fokus kepada isteri dan isteri pula fokus kepada suami. Tetapi ketika munculnya anak pertama, kedua-duanya beralih fokus kepada anak dan selepas muncul anak kedua, fokus itu perlu diubah suai lagi. Semasa itulah, rumahtangga lebih didominasi oleh tanggungjawab dan tugas. Seronok-seronok sudah berkurang sedikit. Tetapi ia adalah proses biasa.

Hubungan suami dan isteri boleh selamat dan terus memanjat usia matang pada tahun-tahun yang berikutnya. Selamat kerana proses itu berlaku di dalam perkahwinan, bukan di luar. Ini adalah kerana, perkahwinan sebenarnya menggabungjalinkan antara cinta, kasih sayang, tanggungjawab dan peranan. Ada hari air pasang, cinta memainkan peranan. Ada hari air surut, maka tanggungjawab dan kematangan pula mengambil tugas.

Akan tetapi bagi pasangan yang berkenalan semenjak di sekolah menengah, atau di matrikulasi, tetapi selepas tiga atau empat tahun, mereka masih belum berumahtangga, hubungan mereka akan melalui proses yang sama. Malangnya proses itu berlaku di luar perkahwinan. Cinta jadi derita, tiba-tiba sahaja satu perasaan yang pelik datang, dan dengan mudah, mereka akan memutuskan hubungan tersebut. Jemu, itu sahaja.

Sebab itulah, saya sering memberi dorongan kepada adik-adik bahawa, kita tidak perlu memulakan hubungan jika dalam jangka masa terdekat, tiada kemungkinan untuk perhubungan itu dinaik taraf menjadi perkahwinan. Janganlah berjinak-jinak untuk berkawan antara lelaki dan perempuan semasa di matrikulasi, jika kita sedia maklum yang ibu bapa tidak akan membenarkan perkahwinan, kecuali selepas tamat pengajian. Komitmen ‘atas angin’ yang tidak disegerakan kepada sebuah perkahwinan, sering berakhir hanya disebabkan oleh emosi yang saya terjemahkan ia sebagai JEMU.

Syukur, saya terselamat dari ujian itu. Semenjak di Tingkatan 1, kehidupan saya di sekolah menengah amat sibuk. Pelajaran, disertai dengan usrah, gerak kerja persatuan, pertandingan-pertandingan yang disertai dan pelbagai aktiviti menjadikan saya terfokus kepada memanfaatkan umur ketika itu tanpa perlu ‘cuba-cuba bercinta’. Benarlah kata pepatah Arab:
“Air yang tidak mengalir (statik), akan merosakkan air tersebut. Pemuda yang banyak masa kosong (tidak dinamik), akan dibunuh oleh masa kosong itu”

Walau bagaimana pun, pasti sudah ramai yang telah pun berada di ’situ’. Sudah kenal. Sudah lama kenal.

Untuk mereka, janganlah pula pendapat saya ini menjadi alasan untuk cepat seseorang itu memutuskan perhubungan. Janganlah biarkan diri kita dipandu oleh keputusan-keputusan emosi semata-mata. Jika pasangan lelaki atau perempuan sudah baik agamanya, atau yang paling utama, sedia dididik dan mahu belajar, maka terimalah seadanya.

Saya cukup terkilan apabila mendengar ada dari kalangan adik-adik, khususnya Muslimah, yang terlalu mudah mengambil keputusan memutuskan hubungan semata-mata beralasan terasa ada kesilapan malah dosa yang terselit di celah-celah perkenalannya dengan seorang lelaki Muslim yang baik. Jika pernah buat silap, bawalah bertaubat dan bukannya dengan sewenang-wenang membatalkan hubungan. Ingatlah pesan Nabi SAW,

“Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka kawinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas”. (HR. Tirmidzi)

Pesan saya kepada adik-adik di kampus, dalam soal perkahwinan ini, JANGAN TERGESA-GESA, DAN JANGAN BERTANGGUH-TANGGUH.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

kewajipan berpuasa bagi anak-anak

Bercakap tentang mendidik dan melatih anak2 berpuasa, di sini saya ada sedikit pendapat untuk dikongsikan. Pertama yang mesti difahamai ialah tentang ‘hukum kewajipan’ berpuasa. Puasa itu tidak wajib kepada anak2 yang belum baligh tapi WAJIB ke atas ibubapa untuk mendidik dan melatih anak2 berpuasa. (Baca semula ayat tadi). Antara kesilapan biasa kita dalam mendidik anak2 berpuasa ialah kita terlalu berkeras kepada mereka seakan2 puasa itu wajib bagi mereka. Ini menjadikan mereka tidak menyukai bulan Ramadhan dan tidak cinta kepada Ramadhan.

Sebaiknya, untuk kanak-kanak yang hendak dilatih puasa, JANGAN memaksa dia untuk berpuasa sampai penuh sehari. Bolehkan dia berbuka dan menyambung semula puasanya. Pastikan setiap hari dan tahun ada peningkatannya. Juga, JANGAN terlalu menyiasatnya sama ada benar berpuasa atau curi makan, biasakan dia dengan KONSEP IHSAN dan sembunyikan makanan di rumah supaya peluangnya untuk mencuri-curi makan adalah kurang.

Selalu ingat visi kita adalah untuk membuat si anak tadi suka dan cinta kepada Ramadhan dan Puasa. Visi ini tidak akan tercapai dengan sempurna melalui kekerasan dan paksaan. Percayalah, setitik madu dapat menarik berpuluh ekor semut.

Semoga suatu masa nanti, dalam umat kita ada ramai orang yang cinta kepada Ramadhan sehingga mereka mengharapkan sepanjang tahun adalah Ramadhan.

Wednesday, August 19, 2009

Kamu Sentiasa Layak Diuji

“Mak kambing, maafkan saya. Saya nak ambil anak makcik untuk buat rendang ya!” pinta seorang pengusaha ternakan kambing kepada seekor kambing betina tua, yang terpinga-pinga.

Perlukah beliau meminta izin si emak untuk menyembelih si anak?

Tidak perlu.



Hakikatnya, emak kambing, ayah kambing, anak kambing dan seluruh ahli keluarganya adalah milik pengusaha ternakan kambing tersebut. Mahu diambil si emak, mahu diambil si anak, kuasa mutlak ada padanya.

Namun kerana ihsan yang ada pada diri, penternak kambing sentiasa mengambil si kambing dewasa untuk jualan dan sembelihan. Sesekali sahaja keadaan sebaliknya berlaku. Tiada pertikaian, kerana seluruh kandang itu milik dirinya. Manusia yang memberi makan, minum, penjagaan, rawatan, perlindungan dan segala yang diperlukan oleh si kambing untuk hidup sejahtera.

RUBUBIYYAH ALLAH

Ada apa di sebalik kisah kambing?

Ia cara mudah untuk memahami kesan mengimani Rububiyyah Allah.



“Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang memiliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah! Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?” [Yunus 10: 31]

Mengimani bahawa Allah sebagai RABB, bahawa Dia itu Pencipta alam, Pentadbir alam, Pengatur alam dan Pemilik alam… adalah sari pati pengertian iman kita kepada Rububiyyah Allah.

Rububiyyah bukan iman muqaddimah yang remeh. Ia adalah iman asas, tempat di mana terbina dan berpijaknya kehambaan kita kepada Allah SWT. Sepatutnya, kesan mengimani Rububiyyah Allah inilah yang membawa kita kepada perbuatan menghambakan diri kepada-Nya, menunaikan tuntutan-tuntutan Uluhiyyah Allah, sebagai Ilah dan Keutamaan Tertinggi dalam hidup ini.

Namun, Iman warisan yang tiada nilai pilihan, mungkin tercicir akan hakikat ini. Dalam keadaan manusia beribadah kepada Allah, jiwanya gagal berhubung dengan Rububiyyah Allah.

Justeru dalam ‘kesempurnaan’ ibadah dan ritualnya, dia terlupa akan hakikat diri sebagai HAMBA.

HAMBA YANG LUPA



Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji.

“Apa salah anak saya. Mengapa dia yang mati, bukan saya!” kata-kata manusia yang terlupa.

Terlupa bahawa dirinya, anaknya dan seluruh ahli keluarganya, adalah milik mutlaq Allah, Pemilik mutlaq alam ini. Terikatkah Allah kepada peraturan kita bahawa anak yang sepatutnya menghantar ibu bapa ke kubur dan bukan sebaliknya?

AYAT-AYAT CINTA

“Oh, novel itu sangat bagus. Ia panduan bercinta menurut Islam,” komen gadis-gadis Islamik yang jatuh hati dengan novel Habiburrahman El Shirazy.

“Ceritanya indah sekali. Ana kepingin menjadi Fahri,” ulas seorang akh yang larut dalam kisah syahdu di bumi Kinanah itu.

Mana mungkin Habiburrahman El Shirazy menulis sebuah novel, hanya untuk membentangkan soal cinta!



Saya bukan seorang pembaca novel. Namun dek kerana gahnya karya Ayat-ayat Cinta ini, saya gagahkan jua membacanya. Sungguh luar biasa. Filemnya juga ditonton. Bukan sekali tetapi dua.

Tetapi saya tidak melihat novel itu kemuncaknya adalah cinta. Saya tidak jadi ‘mabuk cinta’ membaca bait Ayat-ayat Cinta. Sebaliknya jiwa saya remuk meneman Fahri ketika di dalam penjara, kerana di situlah mesej teragung yang sepatutnya diangkat sebagai muhasabah terbesar ke atas jiwa.

Sama ada rakan sepenjara Fahri itu adalah Profesor Abdur Rauf yang dinukil novel, atau lelaki gila tanpa nama di dalam filem, ungkapannya bagai panahan lintar menampar pipi Fahri, juga saya yang membacanya:



“Allah sedang berbicara kepadamu tentang SABAR dan IKHLAS… SABAR dan IKHLAS itulah Islam”

Ya… kesalahan Fahri adalah pada sangkaan dirinya, bahawa setelah hidup dalam ilmu dan ketaatan, beliau tidak wajar diuji. Beliau itu bersih, suci, bagai yang dimahukan oleh Allah. Apatah lagi ujian itu adalah pada sesuatu yang bertentangan dengan nilai hidupnya. Mana mungkin seorang yang begitu bersih dari menggauli manusia berlawanan jantina, tertuduh dengan sebusuk-busuk fitnah, merogol Nora?

“Apa salah saya kepada Allah???” soalan seorang manusia bernama Fahri, yang tertipu dengan dirinya sendiri.

“Istighfar! Allah sedang memberitahu kamu supaya jangan sombong! Ingat siapa diri kamu!” bicara waras seorang manusia gila.

Itulah beban Ayat-ayat Cinta, bahawa segala tentang Fahri adalah untuk mempotretkan seorang manusia yang sempurna pada ilmu, pada amal, pada ibadahnya kepada Dia. Tetapi ikhlas dan musuh ikhlas itu sulit. Sulit dan tersembunyi bagai semut hitam merayap di atas batu hitam pada malam yang hitam pekat.

MUSIBAH ITU ADA TUJUANNYA

Agar keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara, dalam bentuk yang di luar bayangan dan jangkaan kita. Kerana kita manusia yang lupa, bahawa kita semua adalah hamba. Status yang menjadikan kita sentiasa layak untuk diuji, dan diperlakukan apa sahaja oleh Pemilik kita (dengan selautan hikmah). Masakan kita boleh terlupa bahawa sujudnya kita adalah kerana kita hamba, milik Dia?

Lulus ujian itu, meningkatlah darjat kita. Daripada seorang hamba yang kurang baik, kepada hamba yang lebih baik. Namun masih tetap seorang HAMBA.

Buruk sangka, tidak mencari ‘bicara Tuhan’ di sebalik musibah dan berantakan menyelaputi jiwa, binasalah kita sebinasa-binasanya.



Seorang lelaki yang baik, menjaga iman dan beramal soleh, difitnah berzina?

Seorang isteri yang baik, taat, melakukan segala kebaikan untuk kesempurnaan rumahtangga, dihadapkan dengan khianat suami bermain kayu tiga?

Seorang suami yang bertanggungjawab, melakukan kebaikan kepada rumahtangga tak berbelah jiwa, diuji dengan isteri dan anak-anak yang kufur nikmat bernafsu rakus meminta dunia?

Seorang anak yang datang dari sebuah keluarga bahagia, berdepan dengan keluarga mertua yang mengundang sengsara?

Seorang ibu dan seorang bapa, yang sangat menjaga hal ehwal pendidikan dan akhlaq anak-anak mereka, diuji dengan salah seorangnya menjadi pelesit menconteng arang ke muka?

Mengapa semua ini berlaku?

Itulah bicara Allah kepada kamu…

Kamu pernah mendakwa yang kamu menjaga pergaulan adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa bahawa kamu mentaati suami dan menjaga kebajikannya adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa bahawa kamu memelihara isteri dan anak-anak adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa bahawa kamu menjadi anak yang baik adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa baahwa kamu menjadi ibu dan bapa yang melaksanakan segala tugasan dengan sempurna adalah KERANA DIA.

LUPA

Tetapi kamu terlupa.

Ketika kamu tidak bergaul bebas, menjaga hubungan, dan berakhlaq baik, kamu terlupa kepada Allah hingga menyangka yang kamu seharusnya menerima yang baik-baik sahaja dalam hidup ini. Bukan cela, bukan hina. Lelaki baik harus lancar memiliki perempuan yang baik.

Ketika kamu mentaati suamimu, menjaga segala keperluannya, kamu terlupa kepada Allah dan meletakkan jangkaan bahawa mencintai sama dengan memiliki, dicintai sama dengan dimiliki.

Tatkala kamu menjaga isteri dan anak-anakmu, kamu lupa kepada Allah hingga kamu sangka itu semua jasa, dan jasa mesti dibalas budi.

Ketika kamu menjadi anak soleh, kamu lupa kepada Dia dan kamu sangka kebaikanmu itu suatu jaminan. Mustahil anak yang baik dikeji manusia ibu dan manusia bapa, biar pun mereka hanya mertua.

Semasa kamu mendidik anak-anak dengan sebaik-baik didikan, kamu lupa kepada Allah lalu mengharap kebaikanmu dikenang dan dibalas mereka, hingga terlupa niat kamu berkaitan Dia.

BAIK DAN MUKHLIS

Garis yang memisahkan di antara seorang manusia yang berlaku baik, dengan seorang manusia yang ikhlas dalam kebaikannya, amat tipis.

Justeru datanglah ujian yang tidak disangka-sangka, untuk menzahirkan keikhlasan itu.



Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2]

Maka lelaki soleh yang difitnah zina, maka isteri solehah yang dikhianati suami, maka suami soleh yang dikufuri isteri, maka anak soleh yang disakiti ibu bapa, baik kandung atau mertua, maka ibu bapa solehin yang dikecewakan anak oleh perlakuan buruknya, ketahuilah bahawa ALLAH sedang berbicara kepada kamu.

Bicara untuk menyedarkan kamu, bahawa hati harus puas kerana mengikhlaskan kehambaan kepada-Nya. Bahawa sebaik mana sekali pun ibadah kamu, tanpa JIWA HAMBA, segalanya tidak bermakna.

HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.

HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji.

HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA.

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan tentang diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka. [Al-Hasyr 59: 19]

Kita sentiasa layak diuji…

Kerana kita adalah HAMBA.

Justeru hancurkanlah RASA MEMILIKI!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Pemikiran Skeptik Yang Menyakitkan Umat


“Kenapa dia berkata begitu? Dia tak faham al-Quran dan Sunnah ke?” seorang hadirin ceramah mengkritik.

“Apa dia tidak baca sirah? Buta sejarah?” tambah seorang lagi.

Semua naik angin.

Marah dengan Habib Bourguiba.

Beliau adalah Presiden Tunisia yang pertama, memerintah dari tahun 1957 hingga 1987. Bourguiba selalu disinonimkan dengan Mustafa Kemal Ataturk kerana keghairahannya kepada pembaratan yang disamakan dengan pemodenan.


Isunya ialah pada tahun 1961. Habib Bourguiba telah mengeluarkan arahan tidak membenarkan penjawat awam di negaranya, Tunisia, berpuasa di bulan Ramadhan. Bagi menegaskan arahan itu, beliau dan anggota kabinetnya telah muncul secara langsung di kaca televisyen pada tengah hari bulan Ramadhan dan mereka makan beramai-ramai.

Alasan Habib Bourguiba senang sahaja, berpuasa mengurangkan produktiviti negara!

SINIS AGAMA

Pandangan Habib Bourguiba itu, jika mahu dikategorikan, ia termasuk di dalam apa yang dinamakan sebagai Religious Skepticism.

Pemikiran skeptik atau sinis terhadap agama ini berperingkat.

Ada sinis yang merujuk kepada beberapa aspek di dalam ajaran agama. Seseorang itu mungkin sinis dengan hukum membasuh jilatan anjing dengan tanah. Atau hukum menutup aurat. Mungkin juga soal harta pusaka yang dibahagikan dua bahagian kepada pewaris yang lelaki dan satu bahagian kepada pewaris yang perempuan.

Ada juga pemikiran skeptik, ditujukan kepada institusi agama. Misalnya, anti ‘orang masjid’, mungkin juga kepada pihak berkuasa agama seperti JAWI, JAIS, JAKIM dan lain-lain. Tidak lupa dengan alergi mereka kepada parti politik Islam, atau badan-badan yang menjadikan Islam sebagai identiti organisasi mereka.

Peringkat ketiga pula, ialah pemikiran skeptik terhadap keseluruhan ajaran agama. Mereka tidak semestinya anti Tuhan atau atheist namun mereka sinis terhadap semua agama yang dianggap sebagai doktrin yang penuh kecurigaan.

Walau apa pun bentuk Religious Skepticism yang muncul, kesemuanya adalah tindak balas (response). Apabila diertikan sebagai tindak balas, tentu ada sesuatu yang berlaku sebagai reaksi kepada kejadian tersebut. Ia bukan asal, tetapi ia adalah tindak balas kepada sesuatu yang telah mengambil tempat terlebih dahulu.

YASMIN AHMAD DALAM KENANGAN



Terkini, ASTRO mendedikasikan saluran 110 sebagai tribute kepada Allahyarham Yasmin Ahmad dengan menyiarkan koleksi filem terbitan atau arahan beliau seperti Sepet dan Gubra.

Jika kita menonton dengan teliti sebarisan filemnya bermula daripada Rabun, kepada Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan terkini Talentime, ada sesuatu yang konsisten di dalam semua sentuhan karya Yasmin Ahmad. Selain sentuhan kreatif yang unik, filem-filem Yasmin Ahmad konsisten dengan tema atau elemen Religious Skepticism. Penonjolan babak imam yang mesra dengan jiran-jirannya yang pelacur di dalam filem Gubra, hubungan cinta antara seorang gadis Melayu dengan anak muda Cina, malah anjing yang dibelai mesra oleh bilal masjid, semua itu adalah simbol dalam menterjemahkan apa yang dinamakan sebagai pemikiran skeptik terhadap agama.

Oleh kerana Religious Skepticism semakin berleluasa mendominasi pemikiran masyarakat khususnya di dalam kelompok urban, maka hasil karya Yasmin Ahmad semacam menjadi jurucakap untuk meluahkan pandangan ini yang sejak sekian lama tidak mudah untuk diketengahkan ke perhatian massa. Yasmin Ahmad menerima penghormatan dan pengiktirafan yang sungguh luar biasa.

Jika kita bersetuju bahawa Religious Skepticism itu ialah satu bentuk tindak balas, maka datang soalan kedua; pemikiran Religious Skepticism yang ada pada Yasmin Ahmad datangnya sebagai tindak balas kepada apa? Apakah pengalaman yang telah ditempuh oleh graduan Ijazah Psikologi daripada England ini?

Saya tidak mempunyai sebarang penjelasan kerana saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Namun mungkin beliau menempuh episod hidup yang penuh dengan peristiwa berbentuk penilaian, hukuman, malah mungkin sindiran dan cemuhan yang menggalakkan skepticism itu semakin meruncing.

Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Yasmin Ahmad, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism itu bulat-bulat ditujukan ke atas beliau, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.

SISTERS IN ISLAM



Zainah Anwar, teraju utama Sisters in Islam

Satu lagi topik yang berkait rapat dengan Religious Skepticism ialah sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Sisters in Islam SIS). Pertubuhan ini mempunyai peranan yang signifikan dalam memperjuangan beberapa aspek bersangkutan hal kebajikan kaum wanita Muslim dan ia tidak boleh dinafikan. Kelancaran proses mahkamah yang mesti diperkemaskan agar wanita Muslim tidak menderita digantung tidak bertali, adalah di antara subjek yang banyak disentuh oleh sukarelawan SIS yang amat komited.

Namun, ada sesuatu yang juga konsisten dalam pemikiran dan ucapan tokoh-tokoh utamanya. Elemen yang saya maksudkan itu ialah Religious Skepticism. Keketaraannya lebih terasa dalam aspek sinis mereka kepada institusi agama yang dilihat tidak bertindak wajar dalam hal kesamarataan, keadilan, kebebasan dan kemuliaan kaum wanita Muslim di negara kita.

Mendesak agar al-Quran ditafsir semula, bukanlah suatu isu baru. Tetapi mendesaknya dengan alasan ahli-ahli Tafsir dahulu semuanya lelaki, lalu hukum yang keluar bersifat male chauvanist, adalah suatu manifestasi kepada Religious Skepticism. Rramai sukarelawan yang terbabit di dalam gerakan-gerakan pembelaan wanita seperti Sisters in Islam, membawa mesej yang boleh digunapakai untuk memperbaiki banyak aspek perlaksanaan Islam, tetapi mencetus banyak kontroversi kerana ia diperjuangkan secara sinis atau skeptik.

Sedikit sebanyak pemikiran yang bersarang dengan prejudis kepada lelaki dan institusi agama ini mungkin berpunca daripada pengalaman diri sukarelawan tersebut berkaitan dengan lelaki.

Menyaksikan bapa mendera ibu yang diperhambakan dalam sebuah perkahwinan.

Melihat penindasan yang berlaku ke atas janda yang tergantung hidup oleh suami yang enggan mentalakkannya, tetapi terus menerus mendera emosi dan mungkin fizikal isteri.

Menjadi mangsa kejahatan lelaki.

Atau terus menerus dihentam golongan yang tidak bersetuju, kebetulannya mereka itu adalah ustaz, mufti, ulama, yang semuanya adalah lelaki.

Religious Skepticism adalah reaksi.

Ada sesuatu yang berlaku sebelum pemikiran skeptik itu menguasai.

Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Sisters in Islam, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism itu bulat-bulat dibebankan ke atas mereka, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.

Sesuatu yang perlu difikirkan.

BENJAMIN STEPHEN




Anak muda ini adalah bekas pelajar sebuah sekolah agama terkemuka di negeri Perak.

Bukan sedikit ilmu agamanya.

Tetapi hari ini, anak Perak yang dahulunya dikenali sebagai Badrul Hisyam, telah murtad dan menjadi pendakyah Kristian.

Apabila saya mendengar ceramah-ceramah yang beliau sampaikan di gereja dan di khalayak Kristian, saya mengesan sesuatu yang amat konsisten di dalam ceramah beliau. Ceramahnya tidak ilmiah dan tidak membantu Kristian memahami Bible. Sebaliknya, hampir keseluruhan ceramah beliau berbahasa skeptik dan sentiasa sinis serta menyindir serba serbi yang berkaitan dengan Islam dan Muslim. Malah ibu bapanya sendiri turut disindir dan diejek.

Tatkala bertanyakan kepada pelajar-pelajar sekolah beliau yang mengenalinya, anak muda ini yang berpewatakan lembut di sekolah sering diejek, dikutuk atau dalam bahasa rasminya dibuli, di sepanjang pengalamannya di sekolah. Pengalaman seperti ini sangat berpotensi untuk membentuk satu pola pemikiran memberontak yang luar biasa.

Akhirnya Badrul Hisyam dengan sinis dan skeptik beliau terhadap semua yang dialaminya tentang Islam dan Muslim, beliau murtad. Sesuatu yang mungkin tidak disangka oleh senior yang pernah membulinya!

Semasa mendengar ceramah beliau, saya terfikir, adakah Benjamin Stephen ini mengkritik Islam, atau mengkritik Sekolah Menengah Agamanya?

Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Benjamin Stephen, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism yang luar biasa itu ditujukan segala-galanya ke atas beliau, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.

KASSIM AHMAD




Tidak dilupakan, tatkala saya membaca buku mutakhir Kassim Ahmad bertajuk MENCARI JALAN PULANG, saya melihat adanya unsur yang sama di sebalik pemikiran beliau. Sama ada ia berkaitan dengan Parti Sosialis pimpinannya, atau pun pemikiran yang dilabel sebagai anti Hadith.

Kassim Ahmad tidak sama sekali menafikan kenabian Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tetapi beliau mengkritik sistem ilmu Hadith khususnya berkaitan dengan kredibiliti perawinya.

Di manakah kritikan itu bermula?

Berasal daripada kekecewaan Kassim Ahmad terhadap pemikiran dan sikap orang-orang agama yang ditemui di usia mudanya, ia berkembang kepada mempertikaikan institusi Ulama’ dan seterusnya hingga kepada pada perawi yang kesahihan Hadith banyak bergantung kepada kredibiliti perawi-perawi ini.

Ya.

Religious Skepticism yang ringan-ringan boleh berkembang menjadi satu pola pemikiran yang amat rumit dan membingungkan.

Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Kassim Ahmad, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism itu bulat-bulat ditujukan ke atas beliau, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.

PUNCA PEMIKIRAN SKEPTIK TERHADAP AGAMA

Tidak dinafikan, manusia akan membentuk set of values mereka hasil pengalaman hidup dan pendedahan yang dialami. Kesan daripada pelbagai kejadian yang ditempuh oleh setiap kita dalam kehidupan, banyak mempengaruhi pertimbangan kita dalam menilai apa yang baik dan apa yang buruk.

Oleh kerana itu, Islam datang untuk meluruskan nilai ini agar manusia tidak terhoyong hayang di sepanjang tempat dan zaman dalam menentukan apa yang baik serta apa yang buruk tentang hidup ini semata-mata berbekalkan pengalaman diri. Jalan yang lurus (Sirat Mustaqim), diungkapkan berkali-kali dalam sehari semasa kita bersolat kerana jalan yang lurus itulah penentu kepada kedudukan masing-masing. Sejauh mana kita selari dengannya, atau sudah sejauh manakah kita terpesong dari landasan asal.

Namun, manusia akan mengalami krisis terhadap agama apabila mereka berdepan dengan suasana realiti yang terlalu jauh daripada apa yang dilakarkan oleh idea dan nas. Penghormatan adalah sesuatu yang terhasil daripada kualiti. Tatkala pendukung agama yang mewakili suara agama mengalami kemerosotan kualiti, rasa hormat itu mula terhakis. Tatkala hakisan itu berlaku, agamawan dan institusi agama terus kekal dengan grandiose attitude yang menambahkan rasa meluat serta benci kelompok yang tidak gentar dengan mereka.

Sebagaimana gereja hilang tempat daripada masyarakat akibat grandiose attitude itu, ia juga sedikit demi sedikit menimpa umat Islam. Rasa jelek dan meluat sekelompok masyarakat melihat sesetengah agamawan yang sombong dalam mempertahankan hujah-hujah ‘tidak masuk akal’ mereka, menambahkan kerumitan kepada berleluasanya pemikiran skeptik terhadap agama ini.



Misalnya, temuramah Gala TV di Astro 110 bersama Yasmin Ahmad, mendatangkan contoh yang boleh diberi perhatian.

Ketika filem Gubra dikritik kerana adegan bilal masjid menyentuh anjing, Yasmin Ahmad menegaskan bahawa sesuatu yang amat menghairankan apabila orang-orang agama ini yang kelihatannya berpelajaran tinggi di satu sudut, hakikatnya mereka tidak arif tentang ilmu Biologi (yang sepatutnya dikuasai oleh umat Islam atas galakan agama kita sendiri, kata beliau).

“Anjing itu kalau najis pun, menyentuhnya tidak haram!” kata Yasmin.

“Orang agama tidak faham Biologi. Jika mereka faham Biologi, mereka akan tahu bahawa anjing merembeskan peluhnya melalui lidah dan hidung…” tegas beliau lagi.

Saya tidak dapat mengesan apakah yang cuba dimaksudkan oleh Yasmin dengan kenyataan itu.

Tetapi beliau mungkin terkesan dengan hukuman-hukuman yang dikenakan ke atas dirinya oleh ustaz-ustaz atau tokoh agama yang ‘tidak faham Biologi’. Sifat menghukum, dan kejahilan terhadap ilmu sokongan seperti Biologi, menjadikan manusia semakin skeptik terhadap agama. Suatu kemalangan.

Namun, andaikata Yasmin Ahmad mengkaji lagi, beliau mungkin akan memperbaiki pandangannya tentang hal ini. Soal anjing merembeskan peluh daripada lidah itulah sebenarnya asas hukuman samak jilatan anjing yang terdapat di dalam Mazhab Syafie. Oleh kerana anjing sentiasa merembeskan peluh dari lidah, maka kebarangkalian najis untuk berada di lidahnya amat kecil. Justeru, jika lidah yang ‘bersih’ itu pun bekas jilatannya perlu disamak, maka lebih utamalah untuk sentuhan bahagian-bahagian lain pada seekor anjing disamak. Malah, anjing yang tidak disebut sebagai najis di dalam al-Quran itu pun, persentuhannya perlu disamak, maka babi yang diisytiharkan najis oleh al-Quran itu, lebih utamalah untuk ia disamak.

Dalam kes ini, Religious Skepticism mungkin terhasil daripada kombinasi agamawan yang tidak faham Biologi dan pengarah filem yang tidak habis mengkaji agama.

Pandangan skeptik terhadap agama banyak didorong oleh kegagalan agamawan mempertahankan hujah agama dalam bentuk yang seiring dengan pemikiran massa yang berubah dari satu ketika ke satu ketika. Hujah yang tidak berhasil menimbulkan keyakinan, atau menolak terus proses hujah menghujah dan menggunakan kuasa untuk menundukkan soalan atau kritikan (budaya membunuh soalan), menyuburkan lagi pemikiran skeptik orang ramai terhadap agama. Gereja sudah berpengalaman dalam krisis ini, mudah-mudahan kita Umat Islam mempelajari sesuatu mengenainya.

Apatah lagi, ada agamawan terbabit dalam salah laku yang bertentangan dengan imej yang sepatutnya dipertahankan. Perbuatan mendera isteri oleh ustaz atau oleh bukan ustaz tetapi atas nama agama, memutarbelikan hujah untuk memenangkan diri (misalnya berkata, Allah melaknat isteri yang menolak kehendak suami, tetapi tiada hadith yang menyebut Allah melaknat suami yang menolak kehendak isteri!), pecah amanah, pengotor pada pakaian dan penampilan diri, menerukkan lagi penyebaran gejala Religious Skepticism ini.

Dalam masa yang sama, pendekatan menghukum dan menghukum terus menerus digunakan semasa kredibiliti agamawan atau institusi agamawan berada di dalam krisis.

Sesungguhnya gejala ini boleh diperbaiki jika pendakwah dan agamawan mampu untuk mengusahakan beberapa perubahan. Sikap menyindir, menghukum, menyerang, tanpa kesimbangan dialog, diskusi dan lain-lain bentuk engagement, tidak banyak membantu.

PENDAKWAH MAMPU MENGUSAHAKAN PERUBAHAN

Jika perubahan itu mesti bermula daripada diri, maka usahakanlah perubahan pada diri kita, selaku pendakwah untuk lebih bertenang dan teliti dalam menghalusi dakyah-dakyah pemikiran skeptik terhadap agama ini. Andai mereka tidak mahu berubah, lancang mengkritik tetapi kurang mahu mengkaji dan mendalami secara adil, itu terserah kepada mereka. Religious Skepticism ialah penyakit. Lalu penganutnya harus dilihat sebagai orang sakit.

Bagi pendakwah yang yakin akan kesihatan pemikiran dan kepercayaannya, merekalah yang selayaknya untuk mengusahakan perubahan. Kita ubah cara kita memberikan penyelesaian, cara kita menguruskan cabaran, kerana kita mampu berbuat demikian. Jangan terlalu gelojoh menyerang, menentang, menghukum, ketika kita sendiri bukanlah saingan yang dihormati lawan (jika boleh disebut demikian).

Pendakwah yang hebat mampu mengakui kelemahan dan memperbaikinya. Andai golongan yang skeptik terhadap agama mahu terus ego dalam mempertahankan pandangan mereka, itu urusan mereka. Namun Islam yang dijulang pendakwah, menjadikan kita bersedia untuk mengambil sebahagian tanggungjawab memperbaiki keadaan. Memperbaiki cara kita berdakwah, mempunyai banyak faedah yang boleh meredakan penyakit minda ini.

SISI LAIN PANDANGAN HABIB BOURGUIBA

Berbalik kepada persoalan Habib Bourguiba, harus kita perhatikan sedikit.

Memang al-Quran berkata sebaliknya, Sunnah juga menegaskan sebaliknya. Malah Sejarah juga membuktikan sebaliknya. Namun Habib Bourguiba mungkin tidak memandang itu semua. Apa yang dijadikan asas pandangannya ialah pada apa yang ada di depan mata.

Benarkah umat Islam lebih produktif di bulan Ramadhan?

Tinggalkan Tunisia dan mari lihat keadaan kita di Malaysia.

Pada bulan Ramadhan, kita tidak boleh bermesyuarat dengan baik. Semua orang kebingungan dan lesu tanpa mampu memberikan idea yang bernas. Jika ada projek besar yang mahu dibuat, semua meminta agar ia dibincangkan selepas Raya! Malah jika di bulan-bulan lain kita habis kerja jam 5 petang, di bulan Ramadhan kita tinggalkan pejabat jam 4 petang. Semuanya gara-gara Bazar Ramadhan!

Maka, tidakkah itu semua bukti bahawa kita tidak produktif di bulan Ramadhan?

Silapnya pada Habib Bourghuiba ialah kerana beliau menyalahkan puasa sebagai puncanya, dan bukan manusia.

PELIK

Jika anda ternampak sebuah kereta Mercedez ‘mata belalang’ tersadai di tepi jalan kerana terlanggar tiang lampu, apakah anda akan menyalahkan Mercedez?

“Bodoh betullah syarikat Mercedez ini. Bagaimana mereka boleh buat kereta yang langgar tiang lampu!” kritik seorang yang bermazhab Habib Bourguiba.

Mustahil.

Tiada siapa yang akan menyalahkan Mercedez.

Semua orang akan menyalahkan pemandu Mercedez itu.

“Macam manalah dia memandu. Sudah diberi Mercedez pun, masih terbabas melanggar tiang lampu!” kata-kata yang lebih lurus dengan kebenaran.

Silapnya Habib Bourguiba ialah, dia itu menyalahkan puasa dan Ramadhan sebagai punca rakyatnya tidak produktif. Suatu peringkat Religious Skepticism yang kritikal.

Justeru, jika kita tidak bersetuju dengan polisi Habib Bourguiba, maka buktikanlah dengan perbuatan. Buktikan Ramadhan ini, anda produktif, dinamik, aktif bekerja, dan tidak terjejas untuk buat apa sahaja, termasuk mungkin turun berkempen di Permatang Pasir!

Tetapi, jika kita bermati-matian memaki hamun Habib Bourguiba kerana tidak bersetuju dengannya, tetapi kita tidak bermaya, tidak produktif atau gagal untuk kekal normal di bulan Ramadhan, maka segala ayat al-Quran dan al-Hadith yang digunakan, serta fakta Sejarah yang dibentang, menjadi retorik serta menyuburkan lagi Religious Skepticism!

Anda mampu mengubahnya!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG


ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Saifulislam.Com mengalu-alukan sumbangan anda untuk menampung perjalanan server. Klik di sini untuk menyumbang. Terima kasih... [Abu Saif]

Thursday, August 13, 2009

Saifulislam.Com Halalkan ‘Couple’?

Musuh terbesar manusia adalah dirinya sendiri.

Selain daripada nafsu ammarah yang sering menyeru kepada keinginan yang jahat, manusia juga sering terpenjara di dalam paradigma pemikiran sendiri. Sebagaimana sebiji gelas boleh dilihat separuh kosong atau separuh penuh, demikian jugalah cara manusia menafsirkan apa yang ditonton, dilihat, didengar dan dibaca.

Saifulislam.Com bukan halaman perbahasan hukum. Justeru pendekatannya jarang sekali bersifat menghukum. Banyak artikel mendatangkan nas di hujung diskusi, kerana awal dan pangkal artikel adalah pembetulan cara berfikir agar nas tidak disalah erti. Biar pun jalannya panjang sedikit, tetapi ia adalah satu keperluan.


Sulit sekali mahu menyelesaikan persoalan cinta, pergaulan lelaki dan perempuan dan cabang-cabangnya dengan sekadar memberi kata putus hitam atau putih, yes or no, halal atau haram. Kesulitan bukanlah kerana agama kita miskin definisi tentang apa yang baik apa yang buruk. Tetapi kesulitan itu banyak terdorong oleh gangguan cara berfikir penganutnya. Anjakan paradigma yang amat kritikal keperluannya.



Abu Abdillah al-Nu’man bin Basyir radhiyallaahu ‘anhu berkata, “Saya mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, ‘HALAL itu jelas dan HARAM itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang berhati-hati dengan hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila seketul daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, dia itu adalah HATI’” [Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Saya berdepan dengan DUA cabaran.

CABARAN PERTAMA

Cabaran pertama, saya digasak dengan soalan mengapa terlalu banyak bercakap tentang cinta?



Komen terkini I: daripada aktivis masyarakat



Komen terkini II: daripada aktivis bahasa

Soalan ini, biar pun menyakitkan telinga, saya andaikan sahaja si penyoal terlepas pandang akan statistik penceraian yang menggila. Mungkin juga anak remaja yang dimurtadkan dengan umpan cinta, gadis-gadis kembung perut yang bertali arus masuk ke rumah pemulihan, dan ‘anak sial’ yang memijak kepala ibu sendiri itu semua adalah sekadar masalah sampingan. Tidak terbandinglah isu cinta ini jika diletak di sisi isu politik dan ekonomi negara yang ilmiah dan nampak intelektual membicarakannya.

Dan misionari Kristian yang kaya cinta itu, tersenyum sahaja melihat sibuknya kita dengan isu negara.

Pihak kolej yang berani menganjurkan program bertemakan cinta, menerima kehadiran segala jenis manusia dan ia menjadi peluang besar untuk pembetulan-pembetulan dibuat terhadap pandangan dan fikiran hidup mereka. Bagi kolej yang alergi dengan subjek cinta, dan menganggap ceramah berkaitan dengan cinta hanya akan menggalakkan pelajarnya bercinta, memilih tajuk yang lebih skema, ilmiah dan serius, lalu muka yang sama sahajalah datang menjenguk dewan.

Terpulang…

CABARAN KEDUA

Cabaran kedua yang sampai kepada saya adalah berkaitan dengan tafsiran pembaca tentang mesej pokok di dalam tulisan saya berkenaan dengan cinta. Bagi diri saya, sudah semacam ada rasa mangli dengan kesalahan pembaca atau pendengar ceramah saya merakam kefahaman ke kotak fikiran mereka. Lain yang dicakap, lain yang difaham. Lain yang diceramahkan, lain yang mereka catatkan di dinding blog masing-masing.

Namun dalam banyak-banyak itu, kenyataan yang satu ini agak mengganggu saya.

“Ustaz Saifulislam.Com kata bercouple itu HALAL!” antara komen yang sampai kepada saya.

“Ustaz Hasrizal tak kisah pun kalau kita bercinta masa di kampus!” komen yang lebih kurang sama.

Mungkin golongan ini hanya faham bahasa HALAL dan HARAM. Mereka tidak faham bahasa FIKIR. Tidak menghargai ruang-ruang yang dibuka agar mereka sendiri dapat melihat keburukan dan kejelikan perbuatan berdua-duaan sebelum hukum putusnya disebut. Tetapi dengan otak robotik yang kaku dalam pemikiran, mereka tidak nampak apa yang cuba saya tegaskan. Malah selesa pula menjadikan SAYA sebagai sandaran untuk mereka berpeleseran!

Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam sudah pun menjelaskan orientasi Islam terhadap apa yang diperintahkan dan apa yang dilarang. Sabda baginda:



Daripada Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata: aku telah mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “Perkara yang aku larang kamu daripada melakukannya, hendaklah kamu jauhkan diri daripadanya. Dan perkara yang aku perintahkan kamu lakukan ia, hendaklah kamu laksanakan dengan sepenuh keupayaan kamu. Sesungguhnya umat sebelum kamu telah binasa disebabkan oleh banyakkan persoalan mereka, serta percanggahan ke atas apa yang diajarkan oleh para Nabi yang diutuskan kepada mereka” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Pesanan ini sepatutnya sudah cukup jelas untuk mengajar kita tentang kaedah mendepani perkara-perkara haram dan maksiat. Menyedari akan sedapnya dosa dan teruknya kesan ketagihan terhadap dosa itu, Islam menyuruh kita bukan sekadar mencegah diri dari melakukan maksiat kepada Allah, bahkan MENJAUHKAN diri daripadanya. Justeru apa sahaja yang mendorong kamu kepada maksiat, semua itu harus dihindarkan.

“Setiap sesuatu yang membawa kepada haram adalah haram”

Malah, dalam banyak-banyak maksiat yang ada, maksiat ZINA diberi penegasan yang lebih khusus. Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:



“Jangan kamu hampiri zina. Sesungguhnya ia adalah perkara yang keji dan seburuk-buruk jalan kehidupan” [al-Israa' 17: 32]

Bukan setakat JANGAN BERZINA, malah JANGAN HAMPIRI ZINA. Dosa tersedap itu.

Sebelum Allah Subhanahu wa Ta’aala menentukan hukuman ke atas penzina, jalan-jalan ke arahnya sudah diperintahkan terlebih dahulu. Perintah hijab dan bertudung, perintah menundukkan pandangan dan semua cabangnya telah dinyatakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala kerana mahu menutup jalan kepada zina.

Itu cara Allah sayangkan kamu. Sebelum penzina dihukum, disempitkan dulu jalan kepada zina. Diajar dulu cara hidup yang menjauhkan manusia daripada zina. Saya sekadar memanjangkan cara Allah menonjolkan kasih sayang-Nya itu. Bahawa sebelum hukuman dijatuhkan, jalan-jalan merealisasikannya disediakan terlebih dahulu.

Saya tidak menggunakan pendekatan terus menghukum kerana saya sedar, dalam suasana masyarakat semakin tidak takut kepada ALLAH, hukum hakam yang jelas itu tidaklah begitu diberi perhatian. Lalu saya tegaskan, kesan-kesan dosa bergaul bebas kepada perkahwinan itu sendiri, sebelum kesan MAHA PEDIHNYA di AKHIRAT nanti. Jika bahasa Akhirat susah untuk difahami, bahasa Dunia juga sepatutnya sudah cukup untuk memahamkan kita tentang bahaya zina.

Justeru di manakah ruang keharusan berpelesaran dan bercintan cintun di luar perkahwinan yang mahu kamu pertahankan? Sesungguhnya semua itu adalah perbuatan yang setiap sendinya mendekatkan kamu kepada ZINA. Tetapi golongan ini tidak mengerti. Disangkanya ruang berfikir yang diberi itu adalah ruang pengecualian.

“Ustaz Hasrizal cool!” katanya.

Jika ada sahaja sesiapa yang kamu temui berkata bahawa pergaulan bebas dan bercouple itu HALAL dan sandarannya ialah USTAZ HASRIZAL atau SAIFULISLAM.COM, ketahuilah bahawa dirinya itu adalah PENDUSTA!

Setelah begitu pengasihnya Allah dan sukanya Dia mengampunkan manusia, masih ada NERAKA tempat menghukum manusia. Kini saya semakin memahaminya.

Dengan nama-Mu ya Allah terimalah segala usahaku untuk menyelamatkan adik-adikku dari jalan durhaka dan maksiat kepada-Mu. Dan janganlah Kau hukum kami atas apa yang dilakukan oleh manusia-manusia bodoh dari kalangan kami, ameen.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang




ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Saifulislam.Com mengalu-alukan sumbangan anda untuk menampung perjalanan server. Klik di sini untuk menyumbang. Terima kasih... [Abu Saif]






--------------------------------------------------------------------------------


© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

‘Agama’ Yang Anti Agama


“Puak Islam AKP telah mematahkan zakar kuda Mustafa Kemal Ataturk”, kata Ali Kavak, Pengerusi CHP dari bandar Denizli.

Tersembur air teh saya petang ini.

Pertuduhan paling pelik seumur hidup saya.

Tanpa rasa memperbodohkan diri sendiri, Ali Kavak tampil di khalayak ramai dengan gambar tugu yang terletak di tengah-tengah bandar tersebut. Patung Ataturk kelihatan gah, tetapi kuda itu hilang keperwiraan kerana zakarnya hilang.

“Kami yakin kader-kader AKP telah mematahkannya!”, tegasnya bagai seorang pembela.

Saya membaca laporan ini di halaman Mustafa Akyol yang disiarkan di dalam akhbar Turkish Daily News. Ia adalah sebahagian daripada sikap melampau golongan sekularis Turki yang sangat alergik dengan orang Islam. Sebenarnya susah untuk saya istilahkan secara tepat kerana semuanya Muslim belaka. Tetapi dalam hal ini Muslim Sekularis membenci Muslim Islamik. Ada atau tidak istilah yang begitu? Terpulang kepada anda.

Tidak cukup sekadar di Turkish Daily News, akhbar Hurriyet telah menjadikannya sebagai tajuk besar di muka depan. “Debat Yang Menggemparkan Berkenaan Patung Ataturk!”, begitulah adanya.

Sehubungan dengan itu, Pengerusi AKP Denizli yang juga merupakan Datuk Bandar di kota yang terkenal dengan kawasan pelancongan Pamukkale itu telah tanpa teragak-agak menafikan dakwaan tersebut.


Bilal Ucar

“Dakwaan itu tidak benar sama sekali. Ia amat memalukan”, tegas Bilal Ucar. Beliau juga telah mengemukakan foto patung tersebut yang diambil pada tahun 2004 untuk membuktikan bahawa ‘upacara khatan’ tambahan ke atas kuda itu tidak pernah berlaku.

Malah Dr. Tamer Basoglu, bekas Dekan di Mimar Sinan University turut menyelar pendakwaan Ali Kavak tersebut, “saya membina patung itu dengan tangan saya sendiri. Dakwaan tersebut sungguh mengarut”

SUFAHA’ SEKULARIS

Saya sungguh bosan dengan kerenah golongan sekularis di Turki. Pertuduhan-pertuduhan mereka, dan segala isu yang ditimbulkan banyak yang tidak masuk akal. Oleh kerana mereka ini membawa lencana Laiklik (Sekularisma) yang menjadi ‘anutan’ Republik itu, maka cakap mereka terpaksa dilayan, biar pun sering bernada badut.



Kejadian ini memang memalukan. Andaikata benarlah AKP yang tidak habis-habis dituduh sebagai Islamist berbaju baru itu mahu meNegara Islamkan Turki hingga jadi seperti Iran bagai yang difantasikan oleh CHP dan yang sewaktu dengannya, mustahil benar AKP mahu memulakannya dengan cara menyunat kuda Ataturk sebagai protes terhadap sekularisma!

Mustafa Akyol yang mengulas isu ini pun jatuh sinis dan bosan dengannya.

Kadang-kadang kita terhijab dari membezakan antara kepatuhan dan obsesi yang membuta tuli. Isu-isu yang membabitkan ‘penghinaan’ terhadap pengasas Republik Turki itu tidak pernah selesai.

Lebih sebulan lalu, kes yang hampir sama berlaku kepada AKP yang bermesyuarat di Kusadasi. Kononnya semasa mesyuarat berlangsung, anggota AKP telah menggantung gambar Ataturk dan di pertengahan mesyuarat mereka telah menurunkannya. Ia dianggap sebagai suatu penghinaan, dan mendapat liputan melampau-lampau media. Setelah siasatan dibuat, rupa-rupanya tali gambar tersebut telah putus.

“Kami terpaksa menurunkan gambar yang separuh tergantung itu. Tiada apa-apa niat yang tidak baik”, kata jurucakap AKP.



Lebih 20 kali saya berulang alik ke Turki, menyelami kehidupan masyarakat dan melihat sendiri jatuh bangunnya usaha memulihkan negara bekas Khilafah ini, saya amat bersetuju dengan ulasan Mustafa Akyol yang mengatakan bahawa Ataturk itu telah diangkat menjadi seperti ‘tuhan’ kepada suatu ‘agama’ bernama sekularisma. Pemujaan melampau, dengan patung kepalanya yang berada di mana-mana, ia sungguh menjadi semacam suatu peribadatan.

Baru-baru ini seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun bernama Ecem, telah memenangi Pertandingan Puisi Ataturk yang diadakan di sebuah sekolah rendah di Istanbul tahun ini. Sajak itu berbunyi:

“Engkau di Syurga, wahai Ataturk-ku!
Engkau memerhatikan kami dari kemuncak awan!
Engkau tidak pernah menghilangkan diri.
Engkaulah penentu perjalanan hidup kami.
Engkau bangkitkan kami dari kematian dan perhambaan.
Engkaulah yang memberi hidup kepada kami!”

Inilah sistem pendidikan yang melahirkan generasi yang tumpul minda, menyerahkan dirinya untuk diperhambakan oleh sentuhan romanticism yang sekadar mahu mengikat manusia kepada bebanan sejarah yang palsu.

Maka jika sesiapa dari kalangan kita yang mengikuti wacana “Islam dan Sekularisma” di Turki, maka ketahuilah bahawa di Turki, sekularisma itu memikul konotasi ‘agama’ yang tidak jauh dari identiti teokrasi. Jika negara jiran seperti Iran mengambil sumber teokrasinya daripada Islam dengan Ayatollah yang memiliki otoriti keagamaan yang muktamad, maka Turki juga membina sebuah negara teokratik yang berinspirasikan sekularisma sebagai ‘agama’ dan Ataturk sebagai Pope yang mengepalainya.

AKP DILANDA FITNAH

Belum pun sempat kepala saya reda dengan tsunami Pilihanraya ke-12 Malaysia dan bahang kontroversi di Perak, saya dikejutkan lagi dengan insiden yang sedang dihadapi oleh AKP selaku parti kerajaan yang memerintah di Turki hari ini.



Abdurrahman Yalcinkaya

Abdurrahman Yalcinkaya telah memfailkan tuntutan mahkamah menuntut supaya AKP ditutup atas dakwaan menjadi dalang kepada aktiviti anti-sekularisma. AKP telah memenangi 47% undi dalam pilihanraya 2007 yang lalu. Tidak cukup dengan itu, pendakwa juga mendesak supaya larangan bergiat di dalam politik selama 5 tahun, dikenakan ke atas 71 orang jawatankuasa utama AKP meliputi Perdana Menteri Recep Tayyib Erdogan dan Presiden Abdullah Gul.

Alasannya sama, isunya sama… tudung, tudung, tudung. AKP bukannya mewajibkan tudung. Sebaliknya AKP mahu membenarkan orang yang mahu bertudung, memakai tudung tanpa halangan. Mahu telanjang pun silakan…

Tetapi kebusukan jiwa golongan sekularis ini tidak masuk akal. Golongan ini adalah hamba kepada sistem. Ia bukan lagi proses tetapi menjadi kemuncak ‘ibadah’ mereka.

Peduli apa kepada kemajuan dan usaha AKP yang telah banyak menyelamatkan Turki dari racun inflasi. Peduli apa kepada segala kejayaan dan kemakmuran yang dicapai. Apa yang penting ialah sekularisma terjunjung, sekularisma versi kami… yang sanggup bermati-matian biar pun isunya hanya zakar kuda Ataturk!

HALA TUJU THESIS

Berita ini sungguh menambahkan keserabutan minda saya.

Nampaknya thesis Master saya akan menjadi semakin bersimpang siur. Bermula dengan perubahan PAS dalam PRU12 baru-baru ini, serta kemenangan besar-besaran Barisan Rakyat, kini rakan bandingannya AKP di Turki pula sedang berdepan dengan satu lagi episod malang, apabila golongan Sufaha’ sekularis Turki tidak henti-henti membuat kacau.

‘Hobi’ mereka ialah mencantas parti politik.

Di bawah pemerintahan Republik Turki, berikut adalah senarai parti politik yang telah ditutup:

Workers and Farmers Party (?ÇP)……….(1968)

National Order Party (MNP)……….(May 20, 1971)

Advanced Ideals Party of Turkey (T?ÜP)……….(June 24, 1971)

Turkey Workers’ Party (T?P)……….(July 20, 1971)

Great Anatolian Party (BAP)……….(Feb. 19, 1971)

Turkish Labor Party (TEP)……….(May 8, 1980)

Great Anatolian Party (BAP)……….(Nov. 24, 1992)

Socialist Party……….(July 19, 1992)

Greens Party……….(Feb. 10, 1994)

People’s Party……….(Sept. 25, 1991)

Turkish United Communist Party……….(July 16, 1991)

People’s Labor Party……….(July 14, 1993)

Freedom and Democracy Party……….(April 30, 1993)

Socialist Turkey Party……….(Nov. 30, 1993)

Democracy Party……….(June 16, 1994)

Democratic Party – 2……….(Sept. 13, 1994)

Democracy and Change Party……….(March 19, 1996)

Revival Party……….(1996)

Labor Party……….(1997)

Socialist Unity Party……….(June 7, 1994)

Welfare Party (RP)……….(Jan. 16, 1998)

Democratic Mass Party……….(Feb. 26, 1999)

Virtue Party (FP)……….(June 22, 2001)

People’s Democracy Party……….(March 13, 2003)

sumber: TodaysZaman.Com

SEKULARISMA VS. ISLAMISM


AKP telah melakukan reformasi besar berkenaan penafsirannya terhadap apakah yang dimaksudkan dengan politik Islam. Bagaimanakah sebuah negara Liberal Demokrat mampu menjunjung identiti dan kriteria yang dikehendaki oleh sebuah ‘Negara Islam’. Serta pengkayaan demokrasi sebagai wasilah untuk menyihatkan perlaksanaannya.

Akan tetapi keghairahan meletakkan sekularisma sebagai benteng penentang idea Negara Islam, menjadikan tafsiran sekularisma itu semakin sempit, tidak relevan dan tercanang-canang tanpa kepastian hala tujunya. Yang pasti, kalau ada parti politik yang merujuk kepada Islam sebagai nilai dan asas perjuangannya, maka sekularisma mesti dipertahankan untuk menyainginya.

Idea Islamism berkembang secara dinamik biar pun perlahan. Sekularisma terus jumud dan ketinggalan zaman kerana kemalasan pejuangnya menyuntik tuntutan semasa kepada sebuah idea.

Ia menjadi titik pemerhatian saya terhadap tanggungjawab PAS dan DAP kepada ideologi politik masing-masing.

TURKI VS. MALAYSIA

Tegasnya, saya akan terus mengamati perkembangan kedua-dua negara yang unik ini. Malaysia dan Turki memiliki banyak persamaan.

Dan persamaan terbaru yang tertonjol ialah, golongan pemerintah yang baru bertatih menjadi pembangkang di kedua-dua negara, telah busuk sebagai pemerintah, dan terus busuk sebagai pembangkang.



“Allah, Janganlah Engkau hukum kami semua atas perlakuan orang-orang bodoh dari bangsa kami”

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur


ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Saifulislam.Com mengalu-alukan sumbangan anda untuk menampung perjalanan server. Klik di sini untuk menyumbang. Terima kasih... [Abu Saif]