“Tuan-tuan dan puan-puan, sila beri perhatian kepada taklimat keselamatan yang ditunjukkan. Prosedur di pesawat ini mungkin berbeza daripada pesawat lain yang pernah anda naiki,” pengumuman pramugari kedengaran.
Saya sangat terganggu kalau semasa saya berceramah, ada orang yang membaca surat khabar. Justeru saya tidak mahu perasaan yang sama berlaku ke atas pramugari yang membuat demonstrasi keselamatan di pesawat. Saya akan memaksa diri untuk memberikan perhatian. “Treat people the way you want yourself to be treated,” adalah golden rule yang difahami semua.
Semasa kecil, saya sering berlari ke luar rumah untuk melihat pesawat Boeing 737 mendarat di Lapangan Terbang Ipoh. Rumah kami di Taman SPPK terletak di hujung landasan lapangan terbang, dan saya dapat melihat dengan jelas susuk tubuh pesawat yang turun naik beberapa kali melintas di atas bumbung rumah kami. Ketika itu, jiwa ini membuak-buak mahu merasa naik kapal terbang.
Itu dulu.
KERAP
Kini, menaiki kapal terbang bukan lagi suatu event.
Jika di UK, dan Ireland, saya terbang dengan kadar purata sebulan sekali kerana memenuhi undangan ceramah atau menghadiri mesyuarat di sana sini. Dalam dua tiga tahun kebelakangan ini, saya terbang seminggu sekali dari KLIA dan LCCT ke pelbagai destinasi dalam dan luar negara. Ada ketikanya, jika saya keletihan, belum pun sempat pesawat berlepas saya sudah pun tertidur.
Tetapi taklimat keselamatan akan tetap saya berikan keutamaan. Biarlah saya berulang kali turun naik pesawat Boeing 737 Penerbangan Malaysia, saya akan tetap memberikan tumpuan perhatian kepada pramugari atau pramugara yang berdiri di depan.
Saya percaya, setiap satu taklimat akan mengingatkan kita kepada tindakan yang perlu dibuat jika berlaku kecemasan. Peringatan itu perlu daripada semasa ke semasa agar terserap ke minda sedar dan separa sedar kita. Tindakan spontan amat penting biar pun setakat ini saya belum pernah terjebak di dalam apa-apa kecemasan yang besar di dalam pesawat. Hanya sekali dua, dan mungkin pesawat Ryan Air dari Dublin ke London Gatwick pada tahun 1999 dulu, adalah kejadian yang paling buruk pernah saya alami.
TABIAT ‘BURUK’
“Kenapalah suka sangat tengok video tu?” Ummu Saif merungut.
Saya hanya tersenyum.
Susah untuk dijelaskan. Tetapi saya memang mempunyai satu tabiat yang entah baik entah buruk, bahawa saya obses dengan video Air Crash Investigation di saluran National Geographic Channel. Semua dokumentari berkaitan telah saya tonton sama ada di televisyen atau melalui siaran Youtube.
“Tak risau ke?” tanya isteri saya.
Rasanya, soalan beliau itu tergantung. Tetapi kita sama-sama percaya bahawa ketentuan Allah Subhanahu wa Ta’aala mengatasi sangkaan-sangkaan manusia apatah lagi jika mahu disabitkan dengan sempena-sempena tertentu. Kegemaran saya menonton dokumentari berkaitan hanyalah sebahagian daripada minat saya semenjak dahulu kepada kapal terbang
PELAJARAN
Banyak yang saya belajar daripada pengamatan terhadap pengalaman di dalam pesawat. Tidak sekadar menyaksikan kebesaran Allah pada pemandangan di luar pesawat, ibrah boleh diperolehi daripada segala macam bentuk aktiviti yang ada di dalam sebuah penerbangan.
Semuanya berbekalkan pandangan di hati, agar tersingkap apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.
1. KISAH SENYUMAN SEORANG PRAMUGARI
“Terima kasih encik. Selamat berehat!” pramugari tersenyum lebar di pintu keluar pesawat.
Setiap seorang penumpang dibekalkan dengan senyuman manis mereka, tetapi saya sering memikirkan sesuatu mengenainya. Para pramugari ini sentiasa senyum kepada penumpang, apakah mereka juga murah senyuman di rumah masing-masing? Apakah pemergian suami ke tempat kerja juga mereka iringkan dengan senyuman yang sama? Atau senyuman itu tidak lebih daripada sekadar etika kerja?
Sama jugalah dengan cleaner yang membersihkan lantai tandas tempat beliau bekerja hingga licin menciutkan, apakah tandas di rumahnya juga dibersihkan dengan kesungguhan yang sama? Atau tahap kebersihan yang dijayakannya itu hanya sekadar tuntutan kerja dan bukannya kerana iman.
etihad
Contoh ini sering saya gunakan di dalam ceramah, tatkala membezakan di antara etika kerja, budaya, moral dan akhlaq di dalam tingkah laku manusia.
“Senyum itu sedekah,” mungkin hanya benar-benar jadi sedekah apabila ia terbit daripada iman, bukan sekadar memenuhi kepuasan pelanggan.
2. KISAH CORONG OKSIGEN
“Apabila tekanan udara di kabin rendah, corong pernafasan akan keluar seperti ini. Pakai corong seperti yang ditunjukkan dan pastikan anda memakai corong sendiri dahulu sebelum membantu orang yang berada di bawah jagaan anda,” kata pramugari yang memberikan taklimat.
Benar sekali.
oxygenmask
Sebelum berhajat mahu membantu orang lain, bantulah diri anda sendiri terlebih dahulu. Ia mengingatkan saya kepada firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
“Wahai orang-orang yang beriman, lindungilah dirimu dan ahli keluargamu dari api Neraka. Ia dijaga dan dikawal oleh Malaikat yang amat keras dan kasar sifatnya. Mereka tidak pernah durhaka kepada Allah malah sentiasa melaksanakan apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka” [al-Tahrim 66: 6]
Ya, ibu bapa bertanggungjawab mencegah ahli keluarga daripada menjadi bahan bakar neraka murka Allah. Tetapi cegahan itu mestilah bermula dengan mencegah diri masing-masing terlebih dahulu daripada segala keburukan. Tidak mungkin seorang lelaki bisa mencegah isteri dan anak-anaknya daripada kemurkaan Allah jika dirinya sendiri bergelumang dengan dosa.
Sekali lagi al-Quran mengemukakan contoh proaktif, bahawa mulakan perubahan daripada diri kita sendiri, wahai para suami, para bapa, dan seterusnya isteri dan ibu di dalam rumahtangga.
Taklimat keselamatan di dalam pesawat menjadi peringatan kepada saya tentang hal ini.
3. KISAH KASIH SEORANG AYAH
“Kasihnya ibu membawa ke Syurga, kasihnya ayah…” lirik lagu P. Ramlee ini sudah sebati dengan kita.
Di dalam budaya kita, filem Anakku Sazali adalah suatu fenomena. Seorang bapa yang menafsirkan kasih sayang sebagai “beri apa sahaja yang anak mahu” telah akhirnya menghasilkan manusia sejahat Sazali.
Tetapi tragedi 23 Mac 1994 memberikan teladan yang lebih dahsyat. Ketika itu saya berada di tahun satu pengajian di Jordan. Berita mengenai tragedi ini sampai melalui berita yang saya tonton di TV. Dalam banyak-banyak teladan yang saya temui berkaitan dengan pengalaman bermusafir di ruang udara, kisah yang satu ini paling menggugat rasa. Kerananya juga, saya tidak jemu melayan taklimat keselamatan sebelum pesawat berlepas. Kisah itu juga menghentak suatu pengajaran besar bagi saya selepas menjadi bapa.
aeroflot
Pesawat Aeroflot penerbangan 593 dari Moscow ke Hong Kong menceritakan segala-galanya. Jika dahulu saya hanya dengar-dengar sahaja tentang dahsyatnya kejadian itu, kini saya dapat menyaksikan lakonan semula yang disiarkan melalui dokumentari National Geographic Channel.
You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video
Penerbangan Kebangsaan Rusia ini memang mempunyai reputasi keselamatan yang teruk. Ia sering menjadi bahan senda gurau, terutamanya kepada anak-anak Malaysia yang pulang bercuti dengan bajet rendah. Mereka menaiki pesawat dari London ke Kuala Lumpur melalui Moscow, sebagai penerbangan yang paling menjimatkan walaupun banyak cerita yang tidak enak dibualkan.
Tetapi kejadian 23 mac 1994 menjadikan segalanya bukan lagi satu gurauan.
Pilot yang mengendalikan pesawat Airbus A310 itu, Yaroslav Kudrinsky, membawa bersama dua anaknya bercuti ke Hong Kong kerana Aeroflot ketika itu menawarkan diskaun buat kakitangannya untuk membawa ahli keluarga terbang ke mana-mana destinasi dunia. Aeroflot pula ketika itu sedang rancak dengan kempen rebranding mereka pasca kejatuhan Soviet Union.
Penerbangan itu adalah penerbangan yang penuh dengan kasih sayang. Si bapa, amat teruja membawa anaknya Yana dan Eldar pergi bercuti. Kedua-duanya yang seronok duduk di belakang, gembira dan berasa bangga kerana pesawat yang mereka naiki itu dipandu oleh ayah mereka sendiri. Namun keseronokan itu diperpanjangkan lagi dengan lawatan mengejut Yana dan Eldar yang ditemani oleh bapa saudara mereka ke cockpit di hadapan. Mana-mana sahaja penumpang, pasti ghairah untuk masuk ke bilik kawalan pesawat. Segala peralatan yang canggih, juga pemandangan daripada tingkap depan pesawat, ia sangat eksklusif. Yana dan Eldar bertuah berbapakan seorang juruterbang.
Yaroslav sangat menjiwai dirinya sebagai seorang bapa. Lantas beliau bertindak di luar jangkaan.
Kasihnya sebagai seorang bapa, telah membawa beliau menawarkan tempat duduknya kepada Yana. Anak perempuannya itu sangat gembira. Tetapi Yana sekadar menyentuh kolum kawalan. Apabila Yaroslav mengajak anak lelakinya Eldar mengambil tempat Yana, beliau begitu gembira dengan pelawaan ayahnya. Yaroslav terlupa bahawa pesawat itu sedang memecut pada kelajuan ratusan kilometer sejam. Lupa kepada posisi pesawat yang berada pada ketinggian puluhan ribu kaki dari paras bumi. Lupa kepada nyawa manusia yang dipertaruhkannya.
Eldar telah menolak kolum kawalan dengan kuat dan tindakannya itu menyanggah sistem autopilot selama 30 saat. Apa yang tidak diketahui sesiapa, tindakan Eldar itu sebenarnya telah memutuskan pesawat daripada sistem autopilot yang mengawal penerbangan.
Biar pun lampu amaran telah menyala, tiada sesiapa pun yang menyedarinya kerana nyalaan itu berlaku tanpa bunyi amaran. Kecuali Eldar. Beliau telah memanggil bapanya dan ketika itu semua orang tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku.
Pesawat telah membelok setajam 45° dan terus menerus membelok. Kesan g-force telah menghalang Yaroslav untuk kembali ke tempat duduknya dan memegang kembali kolum kawalan pesawat. Setelah puas berusaha, akhirnya Yaroslav dan pembantunya berjaya mengawal pesawat tetapi kedudukannya sudah terlalu rendah hingga tidak memungkinkan ia diselamatkan. Airbus A310 bersaiz gergasi itu menjunam dan terus menjunam.
Penerbangan Aeroflot 593 terhempas di pergunungan Siberia!
Seluruh kakitangan dan penumpang maut terbunuh. 75 nyawa maut dalam pelukan kasih seorang bapa bernama Yaroslav.
yaroslav
Yaroslav Kudrinsky
kurdrisnky-kids
Yana & Eldar Kudrinsky
aeroflot593
Kasih ayah membawa ke ‘neraka’ - [source]
Sesungguhnya dalam kejadian yang amat dahsyat itu, kasih seorang bapa benar-benar membawa ke ‘NERAKA’!
Semoga menjadi iktibar buat semua.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang
WordPress Plugin
ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Saifulislam.Com mengalu-alukan sumbangan anda untuk menampung perjalanan server. Klik di sini untuk menyumbang. Terima kasih... [Abu Saif]
Tuesday, March 31, 2009
Kasih Ayah Membawa ke ‘Neraka’!
Posted by Allahyarham achit at 1:20 AM 0 comments
Buah Tangan Buah Fikiran
Buah Tangan Buah Fikiran
March 25th, 2009 | by Abu Saif | 3,183 views | Print Print | Email Email |
radix-long
pohontin
Draf muka depan buku Rindu Bau Pohon Tin
Agar dirimu tidak mati dengan kematianmu, tinggalkanlah buku-buku sebagai warisan.
Itu yang sering saya fikirkan tatkala menatap kitab-kitab karangan ulama’ silam. Al-Imam al-Nawawi yang kembali kepada Allah pada usia yang muda, matinya tidak mematikan amalnya. Bukunya terus dibaca, dikaji, dijadikan panduan dan inspirasi hidup umat zaman berzaman.
Saya takut mati tanpa amal jariah. Mati yang memutuskan amalan dan ‘bantuan talian hayat’ 7 kaki di bawah sana. Justeru dalam apa sahaja agenda kehidupan, menulis buku mesti diusahakan.
Terima kasih kepada Galeri Ilmu Sdn. Bhd. yang membantu saya. Bukan tidak ada syarikat lain yang melamar, tetapi Galeri Ilmu ringan tangan membantu saya dalam banyak hal termasuklah soal penghasilan manuskrip yang amat mencabar. Kelahiran buku AKU TERIMA NIKAHNYA pada April 2008, benar-benar menjadi batu penanda kepada keyakinan saya, bahawa dalam soal dakwa, keutamaan harus diberikan kepada usaha memberitahu manusia bukan apa yang kita tahu, tetapi apa yang mereka perlu. AKU TERIMA NIKAHNYA masih bergerak di pasaran sebagai ikhtiar kecil saya untuk membantu mengisi keperluan hidup manusia.
bannerpestabuku
Bulan depan, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIBF 2009) tiba lagi.
Kali ini, Insya Allah saya akan bersama dengan Galeri Ilmu, melancarkan dua buah buku iai
Agar dirimu tidak mati dengan kematianmu, tinggalkanlah buku-buku sebagai warisan.
Itu yang sering saya fikirkan tatkala menatap kitab-kitab karangan ulama’ silam. Al-Imam al-Nawawi yang kembali kepada Allah pada usia yang muda, matinya tidak mematikan amalnya. Bukunya terus dibaca, dikaji, dijadikan panduan dan inspirasi hidup umat zaman berzaman.
Saya takut mati tanpa amal jariah. Mati yang memutuskan amalan dan ‘bantuan talian hayat’ 7 kaki di bawah sana. Justeru dalam apa sahaja agenda kehidupan, menulis buku mesti diusahakan.
Terima kasih kepada Galeri Ilmu Sdn. Bhd. yang membantu saya. Bukan tidak ada syarikat lain yang melamar, tetapi Galeri Ilmu ringan tangan membantu saya dalam banyak hal termasuklah soal penghasilan manuskrip yang amat mencabar. Kelahiran buku AKU TERIMA NIKAHNYA pada April 2008, benar-benar menjadi batu penanda kepada keyakinan saya, bahawa dalam soal dakwa, keutamaan harus diberikan kepada usaha memberitahu manusia bukan apa yang kita tahu, tetapi apa yang mereka perlu. AKU TERIMA NIKAHNYA masih bergerak di pasaran sebagai ikhtiar kecil saya untuk membantu mengisi keperluan hidup manusia.
Kali ini, Insya Allah saya akan bersama dengan Galeri Ilmu, melancarkan dua buah buku iaitu TRAVELOG TARBIAH: RINDU BAU POHON TIN dan siri susulan ATN iaitu BERCINTA HINGGA KE SYURGA.
Musim yang sibuk untuk penerbit, penulis dan pembaca. Pastikan anda memperuntukkan masa sebaik mungkin di antara 17 hingga 26 April 2009 akan datang. Insya Allah saya juga akan berada seperti biasa di gerai Galeri Ilmu Sdn Bhd dan temujanji rasminya ialah pada jam 3 petang, Sabtu 25 April. Itu adalah temujanji rasminya. Pada kesempatan-kesempatan yang lain, saya akan menjenguk ke Pesta Buku dari semasa ke semasa dengan izin-Nya. Update akan dimaklumkan di blog ini Insya Allah.
Moga semuanya berjalan lancar.
Salam ukhuwwah.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang
WordPress Plugin
ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Saifulislam.Com mengalu-alukan sumbangan anda untuk menampung perjalanan server. Klik di sini untuk menyumbang. Terima kasih... [Abu Saif]
Posted by Allahyarham achit at 1:18 AM 0 comments